Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak ok? Ini adalah entri penyertaan Buffet Ramadhan Casa Ombak yang dianjurkan oleh saudari Akma Omar.
 
Buffet Ramadhan Casa Ombak


Casa Ombak Creatives adalah satu syarikat perniagaan yang berlandaskan perancangan perkahwinan yang mantap baik dari segi pengurusan atau perjalanan sepanjang majlis, reka bentuk pelamin, kanopi, lokasi yang menarik dan lain-lain lagi. 

Pakej yang disediakan juga mempunyai harga dan kelebihan yang tersendiri bergantung dengan pakej yang dipilih mengikut kemampuan anda. Secara mudahnya, segalanya ditanggung beres oleh pihak syarikat dan anda hanya perlu harga pakej pilihan anda sahaja.

Syarikat ini juga dimiliki oleh anak bumiputera yang mana lebih mudah bagi sesetengah orang untuk berbincang mengenai budget dan persiapan untuk majlis yang bakal diadakan nanti. 

Buka Puasa Dengan Buffet Ramadhan 

Buffet Ramadhan Casa Ombak



Bersempena dengan Ramadhan Al-mubarak yang menjelang tiba, Casa Ombak Creatives mengambil inisiatif baru dengan menyediakan buffet Ramadhan dengan juadah makanan yang pelbagai citarasa mengikut selera anda.

Mempertaruhkan masakan kampung sebagai menu utama, inisiatif ini dirasakan sebagai senjata utama untuk menarik minat dan selera pengunjung khususnya bagi masyarakat bandar yang inginkan kelainan dari segi citarasa.

Suasana dalam taman sebagai lokasi terbaik menambah lagi seri suasana dalam keramaian tatkala masuk waktu berbuka puasa. Tidak dilupakan juga, kemudahan untuk solat juga disediakan kepada semua pengunjung yang hadir.


Terdapat juga Instant cook corner di mana anda dapat merasai hidangan yang dimasak secara terus dan semestinya kehangatan masakan tersebut menambah selera makan anda nanti sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.

Harga dan Cara Membuat Tempahan

Harga bagi buffet ini adalah mengikut umur dewasa dan kanak-kanak. Casa Ombak juga menerima tempahan bagi kumpulan, keluarga mahupun syarikat bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Tempahan boleh dibuat secara dalam talian ataupun melalui facebook fanpage Casa Ombak Creatives. Berikut adalah maklumat untuk tempahan : 

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal supaya anda tidak terlepas untuk buffet kali ini kerana tempat adalah terhad dan hanya yang menempah awal sahaja dapat merasai keenakan masakan di sini.

Lokasi Casa Ombak Creative

Buffet Ramadhan Casa Ombak
 
Buat tempahan anda sekarang supaya tidak ketinggalan dengan promosi ini. Buffet Ramadhan anjuran Casa Ombak pastinya memberi satu kepuasan yang tidak terhingga kepada anda dan keluarga. 
 

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

author

Author: 

Kegagalan itu adalah apabila kita tidak pernah mencuba. Apa yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi saya dan perkongsian khas daripada saya untuk para pembaca. Semoga bermanfaat.

  1. salam ramadam dari saya sekeluarga

    memang power terus 1 page :)

    AUC July 2, 2014 at 2:52 am
  2. Memang power betul teknik SEO yang diguna ni. Dalam 10 jam ja dah masuk 1st SERP.

    Arieon Maison July 2, 2014 at 7:53 am
  3. Salam ramadam dari saya En.Khairul Asrol

    onlajer July 2, 2014 at 8:02 am
  4. terbaik bro.. gud luck

    explorasa July 2, 2014 at 9:50 am
  5. Tu dia…pakar SEO dah join.. gerun!! hehe….
    Salam Ramadan & Good luck bro!

    BM July 2, 2014 at 2:59 pm
  6. Salam Ramadhan buat anda…. semoga mendapat keberkatan dan ganjaran pahala berlipat ganda. Semoga berjaya dengan contest ini…peluang jadi pemenang tetap ada buat Khairol Asrol…. pakar seo yang hebat bila join contest.

    kamil salleh July 2, 2014 at 4:53 pm
  7. tu dia dah naik first page..ahaha..aku gak kena tendang jauh dah..:D

    reezluv July 3, 2014 at 4:39 am
  8. Terima kasih sudi join contest akak…do the best..pakar SEO ni hehe

    Akma Omar July 3, 2014 at 6:54 pm
    • pulak. mana ada pakar kak akma. hehe. akak target google.com.my macam susah je blog baru saya ni. tskk tskk.

      Khairul Asrol July 3, 2014 at 8:52 pm
  9. Kalau kawe pergi makan kat sini, mula-mula sekali ialah tempah tiket kapal terbang dulu. then book hotel…………

    Ismail N July 4, 2014 at 12:00 am
  10. menarikk

    Farid Laham July 4, 2014 at 9:06 am
  11. assalam.

    ok. ni 1st entri aku singgah utk kontest sis akma..

    nampak gayanya, entri ni dah makin bagus serp nya…cayalah bro!

    Hafiz Mohd July 5, 2014 at 12:46 am
  12. Semakin lama semakin meningkat entri nie di SERP

    Hati Putera July 15, 2014 at 7:11 am
  13. terkebelakang lah entry ceq kalau hang join :D gamaknya kena pulun part entry kreatif.. tapi macam dua2 da kena hambat.. semua terer2 :D apa2 pun, memeriahkan contest, dapat mengeratkan hubungan sesama blogger, ye dak ? :D

    amal singgah sini… dibulan ramadhan ni, moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin
    cik amal recently posted…BUFFET RAMADHAN CASA OMBAKMy Profile

    cik amal July 15, 2014 at 2:11 pm
  14. Jagung sedap bro!
    hafizmd recently posted…Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!My Profile

    hafizmd July 15, 2014 at 2:30 pm
  15. Mana pulak perginya komen2 bernas aku…hehe
    hafizmd recently posted…Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!My Profile

    hafizmd July 15, 2014 at 2:32 pm
  16. Lama tak berkunjung ke blog en. khairul asrol ni..berwajah baru ye…nice wordpress…salam ramadhan dari saya :-)

    Azzahairi July 15, 2014 at 3:34 pm
  17. Salam Ramadhan dr sis..entry yg padat..tahniah

    Sis dah terjah tempat ni untuk beriftar..memang suasana disini betul2 santai dan makanan dia pun sedap2..Rasa nak repeat je lagi beriftar disini..:)
    hannyabdullah recently posted…Jualan Super Raya Bersama LazadaMy Profile

    hannyabdullah July 15, 2014 at 7:57 pm
  18. Hebakkk dah guna wordpress dah sekarang.. weewwwiitttt…
    Ainaa Roseberry recently posted…GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRYMy Profile

    Ainaa Roseberry July 16, 2014 at 5:24 am
  19. Salam bro… senjata lama dah tumpul, org lain guna senjata SEO baru.. tajam brtul… ygbprliknya yg last2 minit join berada di page 1, yg lama terus ke laut. Kalau begitu lain kali kena publish last minit.
    Kamil Salleh recently posted…Iftar Bersama Blogger 2014My Profile

    Kamil Salleh July 19, 2014 at 4:29 am
    • dia bergantung pada autoriti jugak bro Kamil. kebanyakkan blogger kat malaysia ni autoriti dah kuat untuk google.com.my jadi agak sukar bagi blog lain nak fight. teruskan blogging, insyaallah nanti blog bro Kamil pun boleh dapat autoriti dari google.com.my jugak. :)
      khairul asrol recently posted…Daripada Blogger ke WordPress PlatformMy Profile

      khairul asrol Author July 19, 2014 at 6:42 pm
  20. Semoga berjaya..ramai yang sertai contest ni.
    zara recently posted…6 Langkah Meningkatkan Sistem Imuniti Anak AndaMy Profile

    zara July 20, 2014 at 9:09 am
  21. Assalammualaikum… khai,

    blog yang berautoriti tu adakah blog atau blogger yang femes atau blog biasa aje pilihan google.com.my…

    mselim3
    mselim3 recently posted…Cara Solat Sunat TahajjudMy Profile

    mselim3 July 21, 2014 at 1:39 pm
    • waalaikumsalam mselim. blog berautoriti ni maksudnya dia sudah ada banyak backlink daripada blog yang mempunyai jaringan backlink yang juga banyak dari malaysia. contohnya, blog mselim dah ada banyak pada bloglist rakan blogger malaysia. maknanya, mselim dapat backlink berkualiti daripada rakan blogger tersebut.

      kelebihan kepada blogger femes biasanya link blog mereka terpapar pada blog-blog lain (link percuma) dan ini sebenarnya secara tidak langsung menaikkan autoriti blog blogger femes tu pada carian google.com.my. harap membantu.

      jadi, kalau betul kita minat pada seseorang/sesebuah blog tersebut, jangan kedekut nak bagi backlink kerana kualiti artikel yang dikongsikan adalah memang bagus dan harus mendapat kredit carian tertinggi di mata google. itulah tujuan utama google menggunakan sistem backlink secara dasarnya untuk merankingkan sesebuah artikel di carian google engine.
      khairul asrol recently posted…Daripada Blogger ke WordPress PlatformMy Profile

      khairul asrol Author July 21, 2014 at 5:07 pm
  22. Pakar SEO pun turun padang sekali untuk memeriahkan Contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak… Dah dapat agak dah siapa yang berkemungkinan akan memenangi Contest ini… ;)
    Anuar recently posted…Solat Tarawih Bersama Imam Gaza dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan GazaMy Profile

    Anuar July 21, 2014 at 4:45 pm