Sejak beberapa bulan aku mengkaji cara nak buat duit dengan adsense ni, banyak artikel dan perkongsian ilmu yang aku jumpa di internet, cuma tak sempat je nak kongsi dengan korang semua. 

Mana tak nya, aku tersangat sibuk dengan assignment dan report yang nak kena submit setiap minggu ni. Dalam tension-tension tu, bila online je ada la terms yang aku akan google untuk cari maklumat sikit. Passion and mission, two different things. 

Kita tak akan rasa bosan ataupun jemu kalau benda yang kita buat tu boleh buat kita suka, tu yang dipanggil passion. Terasa mencari ilmu tentang perkara yang kita minat tu lebih cepat nak dihadam daripada apa yang aku belajar kat kelas. hoho.
Adsense Banned?
Memang kebanyakan kita yang menjana duit dengan Adsense ni takan pernah lari daripada masalah kena ban. Kalau blog yang unique content pun boleh kena ban, apatah lagi yang jenis auto generate ke, black hat ke white hat ni kan. Cumanya yang membezakan bagaimana kita susun atur strategi untuk bebetul buat duit dengan Pay Per Click macam Adsense ni.
Case Study Buat Duit Dengan Adsense
Tempoh hari aku ada share tentang bagaiman menjana trafik dengan teknik ads-over-ads yang mana kita memang dibolehkan untuk ‘membeli’ trafik untuk buat duit dengan Adsense tetapi haruslah bersesuaian dengan kehendak sebenar Google Adsense.
Secara mudahnya korang cuma fikir, Google adalah medium pengiklanan, jadi mereka memerlukan publisher yang benar-benar menepati ciri-ciri seorang publisher sahaja dibenarkan mohon Adsense untuk bantu dia capai matlamat antara Google dengan advertiser. Faham? ke blur-blur gitu?
Mungkin korang tak paham ayat skema TOS google Adsense tu kan, secara mudahnya kita harus bantu google dengan sediakan informasi yang bagus kat blog kita, dan jadikan iklan kat google tu sebagai penambah rasa ataupun sebagai medium maklumat tambahan kalau pengunjung rasa mereka perlukan maklumat tambahan. Itu lah point sebenarnya.
Teknik Beli Trafik Yang Betul
Dan perlu ambil tahu, teknik membeli trafik ni maksudnya yang jenis kita drive visitor ke blog kita dengan tujuan asal adalah untuk menyampaikan maklumat dan bukannya untuk buat duit atas modal kita beriklan tu.
Kalau Adsense anda kena ban atas sebab-sebab tertentu dan nak buat permohonan pembetulan (appeal form) dan korang nyatakan yang korang beriklan dengan tujuan buat duit dengan Adsense dengan cara beli trafik macam gitu, alamat terkubur la akaun korang nanti.
Ada orang buat duit dengan Adsense ni dengan bertungkus-lumus nak generate trafik punya hal, update setiap hari lebih 10 artikel tu semata-mata nak buat duit dengan Adsense. Aku memang respect dengan mereka yang rajin ni walaupun kebanyakkan adalah artikel yang dikutip daripada laman berita, korang pusing-pusing blog mana-mana pun artikel lebih kurang sama je sekarang.
Blog Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?
Ramai yang merungut CPC kecil sebab guna bahasa Melayu. Kalau nak rasa CPC besar, guna lah blog bahasa Inggeris. Insyaallah earning CPC korang nanti akan lebih besar daripada sebelumnya. Dan daripada maklum balas yang aku terima, kebanyakkanya cakap tak pandai berbahasa Inggeris, susah nak dapatkan trafik untuk blog BI ni dan macam-macam lagi.
Kalau korang tengok tab page Resources aku kat atas tu, ada aku kongsikan mana nak dapatkan artikel berbahasa Inggeris ni, sama ada korang nak beli setiap satu artikel ataupun upahkan penulis untuk menulis kat blog korang tu. Kalau rasa nak jimat lagi, beli la tools artikel generator ke apa jugak jenis tools untuk content generator. Boleh google sendiri.
Tapi aku tak berapa galakkan pakai tools bagai ni sebab mana-mana tools pun kebanyakkannya kurang kualiti.

Zaman algoritma baru google ni dah tak boleh pakai dah blog-blog yang artikel cuma 10 je dalam satu blog untuk rank tinggi kat google sebab sekarang google utamakan ‘user experience’ di mana blog yang artikel yang sedikit ni memang akan kena tendang jauh-jauh kerana kurangnya authority.
Ada Apa Dengan Pinterest Social Network?
Ada lagi satu tips aku jumpa orang buat duit dengan Adsense ni guna trafik dari Pinterest je. Lagi mudah, jauh lebih mudah daripada nak bertarung dalam peperangan SEO ni. Sebabnya Pinterest ni pun laman sosial jugak cumanya orang Malaysia ni tak main sangat Pinterest social network ni atas alasan Facebook sudah segala-galanya.
Mungkin ada yang tak tahu, Pinterest dan StumbleUpon ni antara laman sosial yang famous kat luar negara. Mereka lagi suka main pin gambar ni daripada Instagram sebab pin ni dia ada function re-pin macam ala-ala re-tweet gitu la.
Tips yang aku kongsikan ni lebih kepada long term effect sebab blog niche ni lebih evergreen dan tahan lama berbanding short term macam ikut trending dan hot search sahaja. Mudah kalau rajin dan aku yakin semua orang boleh buat duit dengan Adsense dengan trafik dari Pinterest ni. Tak perlu pening-pening nak ikut algo google sangat. Ingat trafik bukan daripada google semata-mata.
Aku jamin teknik ni seratus peratus selamat sebab refferal trafik blog korang nanti adalah daripada sosial network dan bukannya direct trafik yang mana direct trafik ni boleh menimbulkan kemusykilan pada mata Google Adsense. Direct trafik ni dikira sebagai ‘suspicious traffic’ dan kalau kena ban, korang kena nyatakan kenapa banyak direct traffic dan daripada sumbernya. Leceh!
Okay itulah sedikit sebanyak tentang buat duit dengan Adsense yang proven berkesan dan mudah, long term effect dan less work to generate traffic.
Ini baru dipanggil Smart Passive Income. Insyaallah kalau aku jumpa cara lain nanti, aku cuba kongsikan lagi kat sini untuk bantu korang buat duit jugak dengan PPC macam Adsense ni ya. Stay handsome semua.

Share :
No comments:
Post a Comment
Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.