Intensedebate
Kenapa Aku Tak Install Intensedebate? Apa itu intensedebate ni? Kepada korang yang tak tahu, intensedebate ni salah satu komen yang lebih advance kepada pengunjung.
Intensedebate menyediakan satu sistem balas komen yang lebih kemas dan keistimewaan yang paling aku suka ialah plugin yang disediakan iaitu CommentLuv.
Apa pula CommentLuv ni? CommentLuv ini ialah plugin yang tersedia dalam intensedebate ni. Kelebihannya tidak lain dan tak bukan, memberikan backlink kepada pengunjung yang hadir lengkap dengan entri terakhir mereka.
Tapi pengalaman aku sendiri yang pernah menggunakan plugin ini, korang akan dapati yang beberapa widget dan trick blogger yang berlambak kat internet tu akan tidak berfungsi dengan baik.
Contohnya macam komen counter, komen terbaru dengan tajuk artikel tidak akan berfungsi sebab koding tersebut tidak menyokong sistem intensedebate ni.
Memang intensedebate ni ada menyediakan plugin macam tu tetapi pada aku perkara ini akan melambatkan loading blog korang sebab perlu tunggu javascript loading daripada website intensedebate itu sendiri? Paham? Tak paham sudah. haha.
Ala sebenarnya komen yang blogger sediakan sendiri pun kira cantik la jugak kalau kita pandai ubah suai bagi nampak menarik sikit. Itu hanya perlu mahir sedikit koding sahaja dan semua tu boleh kita cari kat google kalau tak tahu.
Untuk pengomen yang mahukan backlink ke blog korang, boleh la gunakan "Comment as : Name/URL". Itu lebih sistematik pada mata SEO dan jugak memudahkan aku untuk singgah blog korang pula. Tak gitu?
p/s : Ada yang berminat nak pasang intensedebate atau nak tengok contoh blog yang gunakan sistem komen macam gitu? Boleh la tengok sini cara pasang intensedebate untuk blogger.
Share :
Kalau guna Google+ comment lagi best. :D
ReplyDeleteTapi, malas nak install.
dengarnya kalau guna Google+ ada point kat seo. tapi macam tak ada benefit je kepada pengomen tegar nanti. haha
Deleteawal2 dulu mmg terasa nak pasang intensedebat ini..sebab tengok org lain pasa lawa je...nasib baik xpasang bro..hu3..sbb jumpa costum comment box tuk blogger
ReplyDeleteitu lah bila fikir balik memang nampak kemas tapi rugi sikit sebab banyak trick tak boleh guna nanti.
Deletesaya abaikan trick itu semata-mata untuk guna commentLuv...setakat ini loading masih macam biasa
ReplyDeleteEntri Terkini Saya : 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
saya abaikan trick itu semata-mata untuk guna commentLuv...setakat ini loading masih macam biasa
ReplyDeleteEntri Terkini Saya : 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
kalau nak buat manual macam bro ni pun bagus jugakk. tapi biasanya blogger akan detect comment yang ada link manual ni macam spam dan akan diletakkan bahagian moderation. takpa kalau komen bukan spam saya tak kisah. nanti aku approve la. haha
Deletebetul tu, loading akan lmbt sikit, nak tukar blk pada sistem komen yg asal tp dh tkde dah.
ReplyDeletedh try embedded, popup semua tk keluar2 gak kotak komen blogger tue...
pksa la stick intensedebate smpi skrng...
tu mungkin sebab dia dah digest kot comment form tu, merajuk la kononyaa sebab awak dah tak nak guna dia dulu. ekekeke
Deletehahahaa...maybe la kot, sensitif gak blogger ne erk :P
Deleteskrg pun dh makin cntik dh sistem komen blogger ne, dh ada update dh..
Kalau saya lebih suka Google Plus..
ReplyDeletetak ada pengalaman lagi install menda ni..hehe..
ReplyDeletebro dah pakai wordpress tak payah guna dah benda ni. dah cantik dah tu ada CommentLuv. :)
DeleteOrait..thank bro..hehe
DeleteSentiasa suka singgah ke blog ini kerana entri-entrinya yang segar dan berinformasi. Blog Khairul dah berwajah baru sekarang - segar, kemas dan lebih bergaya. Tahniah.
ReplyDeleteterima kasih lyn sudi singgah sini. blog ini blog baru dengan domain yang tak sampai seminggu punn. saja nak bermula dari bawah.
Deletemuja suka comment box yang skrg je untuk blogger.. tak perlu commentluv or intensedebate,, huhuu
ReplyDeleteblogger pun dah update interference untuk comment box diorang. just tambah css sikit je bagi nampak cantik. hehe
Deleteyang jenis macam ini lebih nampak profesional dan nampak mudah nak komen.
ReplyDeletemasih suka dgn comment g+. kalo letak comment box yg lama, komen g+ akan hilang semuanya. tulah kelemahan komen g+ yang akak nampak. tak kisahlah, janji ada org sudi komen haha
ReplyDeletedalam proses nak pasang commentluv, tapi ada masalah. so malas lah nk layan. pakai jer mcm biasa. mudah.......
ReplyDeleteMy recent post : SERIBU PELURU.. BALISTIK
ReplyDeletecek suka yang sekarang ni je,,
ReplyDeleteSaya pasang kedua-duanya, intensedebate dan google +, mereka boleh pilih mana saja yg berkenan. Kalau komen kedua-duanya sekali lagi bagus.
ReplyDeleteAssalammualaikum...khai,
ReplyDeletemenarik..entry nie. Informatif.. dulu ingat nak paka intensedebate gak.. lepas 2 fikir2 takyah lah...hehehe
mselim3
pergh artikel ini dah lama baru aku baca, tapi dah pasang malas pulak nak buang intensedebate
ReplyDelete