Pencapaian Terbaik Dengan Nuffnang

Saturday, September 28, 2013

Nuffnang Asia Pasifik Blog Advertising Community

Apa sebenarnya Nuffnang ni? Kenapa ramai yang pasang iklan Nuffnang? Sebenarnya Nuffnang Asia Pasifik Blog Advertising Community merupakan salah satu syarikat pengiklanan terbesar di Malaysia ini. 

Rata-rata blogger semuanya memasang iklan ini dengan harapan mendapat sedikit hasil daripada penulisan blog mereka jika iklan terpapar di laman sesawang blog tersebut.

Hasil daripada pemerhatian aku, ramai yang berpuas hati dan ramai juga yang mengeluh disebabkan kerana kurangnya hasil yang mereka perolehi dengan alasan yang kukuh.


Nuffnang, Antara Duit dan Komuniti

Sebahagian besar daripada kita sendiri mempunyai hal dan tujuan masing-masing menulis blog. Tujuan mereka berbeza mengikut kepentingan. 

Ada yang menulis untuk duit, ada yang menulis untuk sekadar menjalin hubungan antara satu sama lain dan membina satu rangkaian sahabat alam maya.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, kalau aku betul-betul menulis semata-mata kerana duit, aku tidak akan memilih syarikat pengiklanan yang tidak memuaskan diri aku berdasarkan jumlah trafik yang masuk dan juga pendapatan yang diperoleh.

Ya, aku tak nafikan banyak lagi syarikat pengiklanan di Malaysia ini yang memberikan pulangan yang lebih lumayan. Tepuk dada tanya diri.

Iklan Nuffnang dibayar berbeza mengikut pengiklan yang berdaftar di syarikat Nuffnang itu sendiri. Kelebihan Nuffnang ini pada aku ialah kita akan dibayar dengan dua cara iaitu mengikut jumlah klik (CPC Campaign) dan juga mengikut jumlah pengunjung (CPUV Campaign).

Ramai yang tidak berpuas hati kerana walaupun jumlah trafik tinggi tetapi masih juga tidak diberikan CPUV Campaign. Malah tidak kurang juga yang berkata Nuffnang ini pilih kasih dengan blogger tertentu sahaja.

Nuffnang Asia Pasifik Blog Advertising Community
6 CPUV Ads On Going

Pada aku sendiri, selagi aku rasa aku boleh buat duit dengan sesuatu syarikat pengiklanan tu, aku akan terus cuba untuk memberikan yang terbaik selagi mana aku mampu bertahan.

Dan alhamdulillah ini merupakan CPUV Campaign paling banyak yang aku terima sepanjang aku dengan Nuffnang ini. Dalam hati ini nak juga merasa cek beratus ringgit macam blogger lain dapat tu.

Tips? Aku rasa dulu aku pernah kongsikan macamana cara nak dapatkan CPUV Campaign ni dalam ENTRI INI dan itulah yang sebenarnya yang aku lakukan.

Tambah lagi kalau boleh pelbagaikan jenis penulisan blog korang tersebut sesuai dengan jenis pengiklanan yang korang dapat supaya pengunjung yang datang itu mendapatkan informasi yang lebih sekali gus menjana klik untuk iklan korang tersebut.

Berbalik dengan CPUV Campaign ini, aku baru sahaja menghantar satu tiket kepada pihak Nuffnang untuk meminta tips bagaimana cara yang sebenar untuk memaksimumkan pendapatan.

Sekali lagi, aku bukan lah orang yang pakar buat duit dengan Nufnang ini tetapi hanya berkongsi sedikit tips yang aku tahu tentang Nuffnang ini. 

Nuffnang, bukan syarikat pengiklanan semata-mata tetapi satu komuniti alam maya yang terbaik dengan pelbagai aktiviti. Kena rajin singgah blog Nuffnang untuk mengikuti perkembangan mereka.


Share :

24 comments

  1. As salam. Akak still dgn Nuffnang even takla banyak lagi... baru je nak belajar dalam dunia blogging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe lelama nanti ade lah tu. kalau boleh bagi nuffnang perasan dengan kewujudan blog kita.

      Delete
  2. tengah ada 6 jugak running..tapi blog macam tengah problem dengan search engine..trafik organik jatuh mendadak..rugi..rugi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa tahniah laa. ni aku first time dapat ni. run sekali 6!

      Delete
  3. payah nak ikut aktiviti nuffnang
    jarak memisahkan

    ReplyDelete
  4. saya buat akaun nuffnang untuk tool semak trafik..ada faedah juga

    p/s : jom baca entri terkini saya 7 Rutin Sebagai Seorang Blogger

    ReplyDelete
  5. Sekarang nie Fillrate die dah bertambah.. Takla kosong je mcm dulu

    ReplyDelete
  6. sama la kita...6 iklan tgh berlegar legar dalam blog... ^^

    ReplyDelete
  7. Dulu pernah letak iklan nuffnang nih dekat blog tp makin lama rasa macam benda nih tak membawa faedah pun lantas saya terus buang iklan tersebut. Hidup saya kini lebih bahagia

    *lol dah mcm karangan formal*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. kalau tak berkenan letak baik tak payahh. kadang buat semak je kann.

      Delete
  8. alhamdulillah..tahniah
    ada 1 lg kempen paling masyuk berkaitan nuffnang ni..kempen blogbuster
    dalam beberapa minggu sahaja boleh raih ratusan n ribuan ringgit
    tp depend dgn iklan tu..makin byk iklan blogbuster keluar makin masyuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamana nak dapat iklan blogbuster ye? mintak tunjuk ajar boleh?

      Delete
  9. yap, memang leh wat duit dengan nuffnang ni. Nak atau tak nak aje..

    ReplyDelete
  10. So far, puas hati dengan nuffnang. Walaupun kadang2 ada jgk yg tak dapat cpuv langsung. biasa la tu. tapi nuffnang memang terbaik setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa dapat, rezeki kita. kalau tak rezeki orang lain lah tu. hehe

      Delete
  11. 4 bulan dgn nuffnang, tiap minggu ada hasil...masih setia dgn nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik lahh. ada rezeki dengan nuffnang la tu. hehe

      Delete
  12. kalau dapat sampai 6 kmpen maknanya sentiasa ada la iklan nuffnang berbayar kat blog ni ya pada waktu tu

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts