Cubaan Melangkah ke Peringkat Seterusnya

Thursday, October 3, 2013

The Next Level

Hai semua. Minta maaf lah aku dah jarang update sekarang. Tumpuan aku kini lebih kepada pelajaran dan sambil itu mencari idea baru untuk meluaskan bidang perniagaan internet sebagai pendapatan sampingan.

Semua sedia maklum, kita semua ni sebagai blogger adalah mini developer website yang mana kita bermain dengan koding blog dan juga belajar tentang selok belok dalam dunia SEO.

Alhamdulillah aku sendiri tengok ramai dah buat duit dengan pelbagai cara seperti affiliate marketing, syarikat pengiklanan dan banyak lagi. Satu pencapaian yang dah cukup bagus aku rasa buat industri blogging kat Malaysia ni.

Dan disebabkan itu juga lah, aku berfikir untuk melangkah setapak lagi kehadapan dengan menjadi web developer secara besar-besaran, tidak lagi memerlukan blogging dan sebagainya.

Ini sebab aku sendiri rasa dengan masa aku yang terhad, sekarang aku bercadang untuk membina satu website khas yang bertaraf antarabangsa dengan menggunakan sistem social readers, dan semestinya berbahasa inggeris.


Bagaimana Caranya?

Sebelumnya aku bersyukur sangat-sangat kehadrat Allah SWT kerana menemukan aku dengan seorang web developer yang mahir dalam dunia website ni dan dia dari MALAYSIA!

Dia juga kini menjana pendapatan secara konsisten dengan website yang sudah ramai penggunanya dan menggunakan Adsense sahaja sehingga pegawai bertugas untuk melunaskan cek Adsense dia tu pelik bagaimana dia boleh cash out begitu banyak setiap bulan.

Berbalik kepada teknik yang digunakan, dia mencipta satu laman web yang memerlukan social interaction dan tugasnya hanya mempromosikan laman web tersebut di seluruh dunia, dan bayaran bulanan untuk hosting. Itu sahaja!

Kelebihan menggunakan social interaction ini adalah kita tidak perlu lagi sibuk untuk menaip untuk setiap entri, tidak perlukan banyak masa di hadapan laptop, hanya beberapa jam sahaja setiap minggu untuk maintainance dan backlink setiap entri yang ditulis oleh pengguna website tersebut.

Oleh sebab itu, aku bercadang untuk memulakan sesuatu yang baru, yang aku panggil 'the next level of internet marketing' dengan memulakan langkah pertama tidak lama lagi.

Masalah yang aku rasa paling besar ialah modal yang diperlukan semestinya agak besar berbanding dengan dunia blogging ni terutama sekali pada peringkat permulaan.

Aku harap korang semua sudi mendoakan segalanya berjalan dengan lancar dan insyaallah kalau semuanya menjadi, aku tidak akan segan silu untuk memberi tunjuk ajar kepada korang semua nanti. 


Share :

12 comments

  1. good luck, outstanding people arent afraid taking risk :)

    ReplyDelete
  2. woow.. maju setapak lagi.. jangan lupa ajar orang kg.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye bro. rilek duluu. nanti kita buat network kita okay? :)

      Delete
  3. tolong la share,, nak gak earn online,, pelajar ipg pun tak dijamin posting dh sekarang, :'(

    ReplyDelete
  4. semoga semua yang di plan akan menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  5. Jadi web developer? Hebat.

    Saya doakan bro sukses selalu. :)

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah.Niat memainkan peranan.Gud Luck Khairul :)

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts