By the way, aku ada satu cerita menarik yang aku rasa patut untuk aku kongsikan kat korang semua. Ianya berkaitan antara Islam, Muslim dan Melayu. Apa kaitannya?
Jangan Tersalah Sangka!
Islam, Muslim dan Melayu adalah 3 perkara yang berbeza walaupun ianya seringkali dikaitkan dengan agama islam dan bangsa Melayu itu sendiri.Muslim adalah panggilan kepada mereka yang memeluk agama islam dan tidak semestinya ianya berbangsa Melayu! Rata-rata masyarakat bukan melayu di Malaysia memandang mereka yang masuk agama Islam sebagai "jadi melayu" kerana agama islam diangkat sebagai agama rasmi dan kelebihannya yang tersendiri seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Aku tak nak bercerita panjang mengenai sejarah kat sini tapi apa yang aku nak sentuh ialah masalah persepsi orang terhadap agama islam itu sendiri.
Islam adalah sebuah agama suci Allah, islam itu indah dan sempurna untuk para pengikutnya. Tetapi kenapa orang yang beragama lain tidak memandang islam sebegitu rupa? Ada yang cakap, hidayah tiada pada mereka.
Tetapi sedarkah korang semua bahawa, yang silap sebenarnya adalah muslim yang tidak mempamerkan ciri-ciri keislaman dalam kehidupan mereka?
Islam Bukan Hanya Untuk Melayu
Ya, islam adalah agama yang universal tidak mengira bangsa atau latar belakang seseorang tersebut. Janganlah kita memandang hina mereka yang berbangsa lain dan menganggap bangsa kita adalah yang terbaik untuk islam.
Masalah utama yang kita hadapi sekarang ialah racisme yang wujud sesama islam. Aku ada mendengar cerita mereka yang berasal dari Nigeria, di sesetengah tempat, mereka yang beragama islam ini dipinggirkan dan dianggap sebagai musuh di sesetengah negara bukan islam.
Mereka sangat bersyukur kerana di Malaysia masih ada lagi badan-badan dakwah yang memberi bimbingan kepada penganut agama islam yang baru ni dan menganggap Malaysia adalah antara negara yang paling stabil dari segi ekonomi dan penyatuan rakyat berbilang bangsa.
Hakikatnya, kita semua adalah SATU di sisi Allah, satu agama di bawah satu bumbung keislaman, tidak mengira bangsa, kaum, warna kulit dan sebagainya tetapi hanya di bezakan dengan amalan, dosa dan pahala, bukan pangkat dan harta semata-mata.
Share :
Aku ada menemui saudara baru kita tak lama dahulu.. dia cukup bangga dia mengenal Islam dengan hanya mendengar alunan azan.. Aku tersentak.. Agak terkejut dengan apa yang dia beritahu.,.
ReplyDeleteKita ni dari sejak lahir dah Islam.. Tapi kita juga yang runtuhkan Agama kita sendiri.. sedarlah wahai saudaraku.. Yang dunia ini memang tua, dan kita tak pasti bila pintu taubat kita akan di tutup..
Sebenarnya kita semakin jauh daripada kelas ilmu. Dengan belajar sendiri daripada tv dan sebagainya, kita tidak dapat 100% permahamannya.
ReplyDeleteSue tahu bukan senang hendak membezakannya. Tapi kita semua boleh lakukakannya.
masih ramai yang sedang leka ketika ini..ohh
ReplyDeleteKadang-kadang dilahirkan sebagai seorang islam ada yang take for granted. Berbanding mereka yang menerima hidayah islam. Harap saya menjadi muslim yang baik.
ReplyDelete2 minggu yang lepas pi masjid putrajaya sana ada degar seorang gadis ucap syahadah..suci dia bagai bayi baru lahir
ReplyDeleteSaya setuju dengan perkara yang menjadi kekeliruan masyarakat tentang masuk Islam ini dianggap seperti masuk Melayu. Padahal Islam itu agama manakala Melayu itu kaum. Islam mampu menyatukan seluruh umat manusia tanpa mengira kaum dan darjat.
ReplyDeleteMasalahnya, bila orang politik masuk campur, ia akan menjadi seperti sangat berat untuk difahami.
kalau baca definisi Melayu, untuk jadi Melayu wajib beragama Islam. tapi ramai yang menganggap untuk jadi Islam wajib berbangsa Melayu. tu yang jadi orang lain takut nak peluk agama Islam. wallahu a'lam.
ReplyDeletememang ada segelintir yang terkeliru dengan definisi Melayu dan Islam
ReplyDeleteKebanyakan orang melayu, islam dari semenjak lahir, tu kenikmatan islam ada yang tak rasa dan bersyukur dengannya. Lain pula kalau orang masuk islam kerana menerima hidayah dari Allah, mereka akan lebih bersyukur dan menghargai nikmatnya...
ReplyDeleteEmm terima kasih...sedikit sebanyak artikel ni ada lah juga part yang boleh memberikan saya kesedaran...
ReplyDeleteramai orang salah faham dan tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya. Kadang-kadang mengambil jalan mudah. Tunggulah pembalasan dari ALLAH S.W.T
ReplyDelete