Salah Faham Tentang Bacaan Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah!

Tuesday, November 12, 2013

Bacaan Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun HijrahBacaan Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah

Salah Faham Tentang Bacaan Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah! Rata-rata ramai yang mengiyakan tentang bacaan doa ketika awal dan akhir tahun bulan hijriah dan menjadi amalan sunat dalam kalangan orang islam.

Namun kesahihan disebalik apa yang diamalkan itu adalah belum tentu benar sekali walaupun ianya dianggap sebagai satu amalan yang baik pada tanggapan manusia, tetapi tidak di mata yang maha Esa.

Hasil daripada pemerhatian, kajian dan perbincangan dengan lecturer aku baru-baru ini, ada beberapa faktor yang dianggap kesahihan tentang bacaan doa ini masih belum terungkai.

Tiada Amalan Bacaan Doa Ketika Awal dan Akhir Tahun Hijriah

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. 

Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama-ulama luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. 

Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:

Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. 

Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:

Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka. Hadis Mutawtir

Ibnu Masud pernah berkata yang bermaksud:

Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).

Ibnu Abbas juga pernah berkata:

Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.

Kesimpulan

Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. 

Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Doa akhir tahun & Doa Awal Muharram telah mula di anjurkan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Ia bukanlah di adakan sebagai suatu rukun atau ketetapan tapi sebaliknya pada peringkat ini adalah sebagai suatu usaha dakwah disamping mengeratkan perpaduan ummah.

 Ini secara analogi dapat kita lihat pada amalan membaca Yassin setiap malam Jumaat oleh umat Islam di Nusantara. Ia bukanlah suatu rukun atau kewajipan tetapi suatu usaha utk meramaikan jemaah di surau2 yang mana secara tak langsung mengeratkan ukhuwah Islamiah.

Kalendar Hijrah juga adalah inisiatif khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab sebagai satu usaha untuk memperingati ulang tahun penghijrahan besar umat Islam dari Makkah ke Kota Madinah. 

Namun, perlu diingatkan di sini bahawa, Hijrah nabi ke Madinah bukanlah berlaku dalam bulan Muharram, sebaliknya dalam bulan Safar.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. 

Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. 

Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:

Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:

dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya ada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian.
RujukanFatwa Islamiyah-Sheikh Abdul Aziz bin Baz-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh CouncilDisusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad
Khilafiah, Bidah dan Maslahah UmumOleh Ustaz Basri Ibrahim
Bidah Menurut Ahli SunnahOleh Rasul Dahri
Dua The Weapon of the BelieverOleh Abu Ammaar Yasir Qadhi
www.Islamonline.comhttp://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&CR=0&dgn=3http://islam.tc/ask-imam/index.php

Ini adalah informasi yang diperolehi daripada sumber internet dan pernah juga diajukan kepada mereka yang lebih berilmu tentang hukum hakam islam. Sebenarnya terdapat banyak lagi hukum hakam dalam islam yang masih belum kita ketahui kesahihannya.

p/s : Dalam perkembangan terbaru, kajian mengenai hukum mengadakan kenduri arwah juga dalam kes yang sama iaitu bukan menjadi amalan Rasulullah tetapi ramai yang menggap ianya suatu yang baik dan boleh mengakibatkan lari akidah. Wallahualam.



Share :

11 comments

  1. Nak kena faham betul2...

    Thanks bro berkongsi

    ReplyDelete
  2. perghhh. tetiba seram baca entry ni. cek pernah gitau abah pasal kenduri ni tak baik, dia cakap dia tahu dah, tapi dia nak buat jugak. cek pun ingat2 lupa dia bagi jawapn cemana. moga kita tak lari dari landasan. amiin

    ReplyDelete
  3. Menda ni bukan semuanya orang faham dengan sempurna termasuk lah diri saya..terima kasih sekali lagi..hehe

    ReplyDelete
  4. perkara ini perlu mendapat rujukan dari para ulamak muktabar..

    ReplyDelete
  5. The ratings on the apps variety from reviews of users and
    the attributes of the apps themselves. Sony PS3 was initial released in Japan in the
    year 2006 and later on launched in the worldwide marketplace.


    my site - http://parramattas.blogspot.it/2009/12/parramatta-lord-mayor-leads-delegration.html (myarmygames.com)

    ReplyDelete
  6. Great post. I was checking constantly this blog and I am inspired!
    Extremely useful information specifically the remaining part :) I handle such information much.
    I used to be looking for this particular info for
    a long time. Thanks and best of luck.

    Here is my web-site :: motorcycle insurance quotes franklin tn

    ReplyDelete
  7. Normally I don't learn article on blogs, but I wish to say that this write-up very forced me to try and
    do so! Your writing style has beenn amazed me.
    Thank you, very great post.

    My site :: bootboys

    ReplyDelete
  8. Wow, this post is good, my younger sister is analyzing such things, thus I am going to inform her.


    Here is my web-site ... locked keys in car locksmith

    ReplyDelete
  9. Tiada siapa yg salah faham. Ia doa yg baik. Boleh baca bila2 masa. Yakni menutup tahun lama dgn doa yg baik dn memulakan tahun baru dengan doa yg baik sebagai muhasabah diri. Sebaik nya berpesan dgn bkhemah yakni bukn sunnah tapi digalakkn baca utk diri sendiri

    ReplyDelete
  10. https://www.facebook.com/share/hEbyfPHWbPXNzpqm/?mibextid=WC7FNe

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts