Masalah gambar tak keluar di facebook adalah perkara yang seringkali berlaku dalam kalangan blogger khususnya ketika mereka berkongsikan artikle menarik korang di laman sosial facebook.
Ketika aku berblogwalking ke beberapa website SEO, aku terjumpa satu teknik baharu untuk memperbetulkan thumbnail yang bakal keluar ataupun gambar yang betul bagi setiap artikel yang anda kongsikan di facebook dengan menggunakan image open graph.
Cara Meletakkan Open Graph Gambar
1. Edit template anda dan letakkan code di bawah tepat selepas tag <b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<b:if cond='data:blog.postImageUrl'> <meta expr:content='data:blog.postImageUrl' property='og:image'/><b:else/> <meta content='Put URL of default image for homepage' property='og:image'/></b:if>
2. Klik save dan tunggu beberapa jam sebelum anda kongsikan artikel anda di laman sosial facebook untuk mengilangkan cache facebook itu sendiri. kredit open graph code kepada bloggersentral.com
Memaparkan gambar yang relevan kepada pengguna lain mungkin dapat menjana trafik yang lebih tinggi (rate sharing conversion) ke blog kita selain memberikan informasi yang tepat kepada mereka.
Ketahui Bahaya Redirect Link
Satu lagi perkongsian menarik yang aku baca sebentar tadi di google webmastertools blog ialah mengelakkan daripada penggunaan redirect link kerana bahayanya sehingga blog kita hilang di carian google engine.Seringkali kita lihat, kebanyakkan blog yang memaparkan iklan khususnya daripada syarikat yang kurang popular akan cuba menggunakan script tersembunyi untuk menarik trafik ke website mereka.
Baru-baru ni terjadinya kes redirection link yang dianggap agak menggemparkan dunia blogger Malaysia apabila sesetengah blog yang menggunakan script ping blog telah membawa pengunjung ke website yang lain kerana redirect link tersembunyi pada script tersebut.
Redirect link ini biasanya tersembunyi di script iklan ataupun mana-mana script daripada luar yang kita import ke website kita seperti google code, widget, plugin dan sebagainya.
PERINGATAN : redirect link mungkin tidak berlaku kepada pengunjung yang menggunakan browser tetapi boleh jadi ianya berlaku hanya kepada pengunjung daripada mobile view sahaja.
Bagaimana nak atasi masalah redirect link ini jika berlaku? Satu-satunya cara yang harus dilakukan ialah mengkaji satu persatu script yang terdapat di blog anda, sama ada uninstall plugin yang disangka menjadi punca ataupun membuang satu persatu script untuk mencari di mana punca redirect link itu tersebunyi.
Google sangat membenci redirect link ini kerana menganggap ianya menyalahi kriteria google sebagai penyampai maklumat terbaik kepada pengguna google itu sendiri dan kita sebagai penyampai maklumat (third party) kepada pihak google haruslah telus dalam menyampaikan maklumat yang benar.
Oleh itu, haruslah berjaga-jaga ketika anda merasakan blog anda mengalami masalah redirect link ke website lain. Jika tidak, tidak mustahil google akan BAN domain kita dan hilang terus daripada carian di google search engine. Semoga bermanfaat.
Share :
Saya jumpa ini dalam masalah wordpress
ReplyDeletehttp://wordpress.org/support/topic/facebook-grabs-incorrect-thumbnail-image-why
thanks bro atas perkongsian untuk pengguna wordpress.
Deletesaya tak pernah guna ..tapi kena masalah ini adalah,,
ReplyDeleteRedirect link tu susah sikit nak hadam.. nanti aku pm kau eh tanya
ReplyDeleteredirect link tu macam ko klik link facebook, tapi facebook redirect ke twitter. jadi macam informasi tu tak betul lah. ala ala menipu pengguna. boleh jadi nanti google ban facebook sebab tipu user.
Deleteboleh ke fb redirect ke twitter? ada contoh lain tak? haha sorry part ni susah nak hadam ler
Deleteyang tu kita memang tak boleh la nak buat sebab kita tak own domain fb tu bro. hahaha. kecuali kita boleh letakkan script redirection tu dalam fb punya coding. tu kalau hang pro hacker lah.
Deletecontoh lain, ko guna widget related post yang aku custom, lepas tu coding related post tu ada script .js dari aku punya. maknanya ko bagi aku pecah masuk coding blog ko melalui script tu. walaupun aku tak boleh nak edit CSS dia ke hapa, tapi redirection adalah perkara yang memang boleh dibuat kalau blog ko tu load script .js aku tu. paham ke idok? pm fesbok ah. :3
ok saya faham :D
Deleteredirect link itu mcm mana? pop up ke link lain ke?
ReplyDeletepop up link tu lain. yang itu dia bukak browser baru. yang ini memang dia direct terus daripada link asal ke link yang lain.
Deleteblogger-blogger zamaan sekarang je yang rajin wat skrip bukan-bukan dan pelik-pelik macam nih..
ReplyDeleteitu lah. semua nak cara mudah je tarik trafik. asal ada visitor. kah!
DeleteDulu memang ada masalah tengan isu ini, ALHAMDULILLAH sudah selesai.
ReplyDeletesampai skang aku tatau apa masalahnya GA banned site aku dari letak ads...katanya ada apa tah..nasib la URL ni ok...masih ada kesempatan..:D
ReplyDeleteAssalammualaikum.. khairol,
ReplyDeletekalau pautan blog mselim3 menghala ke halaman lain ..contohnyer kalau bagi link ke tonton.com.my salah tak...
mselim3
waalaikumsalam selim. yang tu outbound link. outbound ni tu macam external link. kalau yang itu dibenarkan. yang dimaksudkan dengan redirect link ini adalah jenis yang membaca visitor terus ke website lain. contohnya bila orang klik http://mselim3.blogspot.com/ tetiba terus ke website lain. yang itu tidak dibenarkan.
DeleteOoo macam tu. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeletememang kadang2 terserempak ngan blog yg redirect ni. sampai tak boleh nak baca content pun sebab reload je, dia redirect lagi.
ReplyDeleteSusah jugak nak hadam ilmu macam ni. Haha
ReplyDeletePernah jumpa blog kena redirect ... bila klik link blog dia, terus bawa ke blog lucah. Pasang script iklan pun hati-hati. Memang pening kepala kalau kena redirect link ni..
ReplyDelete