Belajar Tinggi Mana Pun Gaji Belum Tentu Boleh Kalahkan Cristiano Ronaldo!

Thursday, October 24, 2013

Apa tujuan kita belajar?


Belajar Tinggi Mana Pun Gaji Belum Tentu Boleh Kalahkan Cristiano Ronaldo? Ni ayat yang lecturer aku bagitau kat budak-budak kelas aku siang tadi.

Belajar tinggi pun belum tentu lagi boleh capai gaji seminggu $300000! kadang bila fikirkan balik ada betulnya jugak. 

Kenapa mereka yang berpendidikan tinggi sekarang seperti diperlekehkan masyarakat? Persoalan yang semakin kita dengar setiap hari.

Apa Tujuan Kita Belajar?

Ramai yang berpendapat mereka semua belajar kerana mahukan masa depan yang cerah, dengan pekerjaan yang bergaji lumayan dan professional.

Apa yang menyebabkan masyarakat memandang rendah dengan pelajaran ketika ini ialah membandingkan gaji yang dicapai itu tidaklah sebesar mana ditambah lagi dengan isu pengangguran yang semakin bertambah dalam kalangan mereka yang berkelulusan tinggi.

Kalau mereka berpendapat sedemikian, mereka silap sebenarnya. Tujuan kita mencari ilmu itu adalah mendapatkan Barakah, supaya kita berfikiran lebih matang, jauh lebih mendalam dan mendapatkan keredhaan olehNya.

Kalau mengejar gaji yang besar semata-mata, lebih baik dari kecik kita belajar sepak bola dengan betul, main bola sampai ke luar negara dan mewakili Malaysia.

Tetapi jangan kita lupa, menuntut ilmu tu kan sampai bila-bila. Janganlah kita samakan dengan nilai ilmu itu dengan nilai gaji yang bakal kita peroleh nanti. Soal gaji itukan ketentuan ilahi.

Semua itu sudah ditulis atas rezeki masing-masing. Sebab tu adanya ayat tingginya martabat seseorang itu terletak kepada kemantapan ilmu di dada. Selagi ada peluang untuk terus mencari ilmu, jangan sia-siakan!

Kebanyakkan daripada kita apabila sudah memegang duit yang banyak ketika usia muda sudah tidak mahu belajar lagi. Masa depan kita bukan hanya di dunia ini sahaja tapi kita juga ada matlamat kita di akhirat kelak.

Cuba kita cermin balik diri kita, betulkan niat kita. Janganlah kerana wang semata-mata, kita jadi buta dengan memandang rendah ilmu yang sangat luas ini. Ubahlah persepsi masyarakat! Kala bukan bermula dari diri kita sendiri, siap lagi? Renungkan.


Share :

25 comments

  1. Belajar tinggi mana belum tentu boleh berjaya.. tapi kalau nak berjaya kena usaha.. tu je..

    ReplyDelete
  2. Well.. ada betul jugak tu.. hehe.. btw baru tahu yg awk blaja kt uia.. sy still kt cfs.. ta abes lg..
    heyy.. jemput singgah blog sy.. :)
    carirara.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Nice entry. Kadang2 orang belajar untuk naik pangkat semata2 bukan sebab nak ilmu tu. Y penting belajar la selagi boleh belajar

    ReplyDelete
  4. setuju sangat dengan pendapat yang cukup bernas di atas...kena betulkan persepsi masyarakat kita

    ReplyDelete
  5. Perenggan ke-2 akhir itu memang terbaik. (Y)

    Ambe nak bagi satu metafora:

    "Kalau kita kejar gadis comel, lagi dia lari."

    Sama juga seperti: Kalau kita kejar gaji lumayan, nescaya ia akan lari."

    ReplyDelete
  6. Kena menyelami pepatah lama Melayu, "Ulat dalam batu pun boleh hidup".

    ReplyDelete
  7. Ko dah suruh lecturer ko baca entri ni ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi bro. lecturer aku tu foreigner, tak fasih bahasa melayu kott.

      Delete
  8. haisssyyyy... menuntut ilmu tu kan fardhu atas setiap muslim,, gaji tu dah perkara kedua kot,,

    ReplyDelete
  9. Paling penting nak kena faham yg ada ilmu itu penting. Apa yg datang kemudiannya, adalah ganjaran... =)

    thanks bro berkongsi dan membuka minda utk berfikir

    ReplyDelete
  10. Hahaha patot suruh lecturer tu baca entri ni. Copy paste translate, salam perkenalan bro

    ReplyDelete
  11. Lagi satu, pandangan terhadap nilai itu sendiri dari masyarakat kita sudah berubah. Nilai tinggi dan rendah darjat seseorang itu pada mata masyarakat Melayu Muslim Malaysia sekarang terletak pada harta yang dimilikinya.

    Pandangan orang bodoh yang kaya lebih dihormati daripada pandangan orang pandai yang miskin pada zaman ini.

    ReplyDelete
  12. ya saya sokong kadang gaji tinggi pun belum tentu depa tahu hal kerja bawah2 hee..tetiba dapat jawatan atas,,padahal bila turun bawah dg anak buah habuk tak tahu dah tu malu pula bertanya sakit hati gak ni huu..

    ada juga gaji tinggi tapi perangai tak bagus budi bahasa teruk sabar sahajalah kita rendah hanya mampu buat kerja nak kata lebih tak boleh

    ReplyDelete
  13. Punya gaji besar bila tidak dibarengi dengan ilmu yang mumpuni kitanya juga tidak bakalan bisa mengatur uang yang segitu banyak, Jika tidak bijak dpat menjerumuskan kita ke hal2 negatif
    Belajar tinggi lebih penting dari gaji tinggi. Bila dapat gaji tinggi, anggap ini sebagai hadiah dari kerja keras kita menuntut ilmu yang setinggi langit
    Btw salam kenal mas bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya mas. itu benar sekali. emangnya ilmu itu tidak harus dipandang rendah. makasih sudi singgah sini dan salam kenal juga. :)

      Delete
  14. Salam singgah, setuju sangat dgn Tajuk. Studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. sokong! masyarakat kita sekarang ni juga lebih suka mengejar duit, belajar belajar belajar tapi belum tentu lagi gaji berapa, hehe. ilmu agama pun kena seiring dengan ilmu dunia, dua2 penting...

    ReplyDelete
  16. belajar untuk mendapat ilmu..supaya hidup lebih senang dapat duit

    p/s: Entri terkini saya bertajuk- 3 Tabiat Hebat Blogger

    ReplyDelete
  17. Susah jer..belajar buat duit dengan ilmu..long term punya kebaikannya..haha..

    ReplyDelete
  18. memang masih ada yang berfikiran
    belajar tinggi untuk dapat gaji tinggi

    kesilapan yang paling besar dalam pendidikan

    ilmu dan pendapatan adalah dua perkara berlainan
    walau pun saling berkaitan

    ReplyDelete
  19. lawan gaji memang lah kalah. cuba ajak lawan main dam haji..

    haha..

    ReplyDelete
  20. Setuju dengan entri ini..bilalah nak kaya macam christiano..

    ReplyDelete
  21. 2 la...org dok mengata belaja tingi2 xguna...jd org kurang respect sape yg belaja tinggi2...

    ReplyDelete
  22. and ilmu pun tak semestinya yang kita belajar di IPT aje... orang yang tak masuk IPT tak bermaksud dia tak menuntut ilmu..

    macam Ronaldo, ilmu main bola sepak dia sangat tinggi berbanding orang lain ;)

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts