Rindunya Nak Menulis!

Saturday, April 15, 2017

Rasanya dah berbulan jugak aku menyepi daripada dunia blogging ni ye. haha. sebenarnya fokus aku untuk sebulan dua yang lalu adalah kepada penambahbaikan dari segi asset blog yang aku miliki untuk lebih banyak buat duit. Ya, aku lebih fokus kepada blog yang boleh bagi income yang aku rasa lebih berbaloi daripada yang lainnya.

Tak banyak yang aku dapat kongsikan lagi kat blog ni sebab dah selalu main coding dan setup blog serta support-support tertentu lebih terarah kepada blog-blog lain termasuklah belajar lagi pasal SEO dengan forum-forum indonesia, blog-blog mat salleh, webinar dan macam-macam lagi.
Jadi sedikit sebanyak mood menulis tu dah jadi agak kelaut. Sampai masa tu, ingat nak take down ke website ni tapi apabila teringat tujuan utama blog ni ditubuhkan adalah untuk memberi seberapa banyak manfaat kepada blogger lain tentang dunia internet dan SEO walaupun pernah mendapat tentangan dan sindiran daripada beberapa pihak tertentu, aku teruskan jugak menulis tentang apa yang aku tahu untuk manfaat semua orang.

Fokus Blog Bernilai Tinggi

Tiba masanya kita tak boleh nak fokus kepada satu blog sahaja. Ya, aku tak nafikan sesetengah daripada blogger yang berjaya sudah cukup dengan satu blog sahaja, menjana income dengan pelbagai produk affiliate, advertorial, review dan sebagainya, tetapi bagi mereka yang ingin fokus kepada satu niche tertentu, boleh la pelan-pelan mengatur strategi baru daripada bawah untuk peringkat permulaan blog berniche anda. 🙂
Ramai yang terlalu risau dengan backlink. Sebenarnya tak perlu pun off-page SEO tu. Bukan maksudnya tak penting, backlink sangat penting untuk rankingkan sesebuah website. Tapi untuk kesan jangka panjang, anda haruslah tidak terlalu aggresif untuk buat backlink. Ini kita panggil backlink velocity. Ianya sangat berkait dengan seberapa kerap anda buat posting untuk blog tersebut.
Kalau untuk buat blog set and forget macam saya sekarang, anda haruslah fokus kepada building backlink dengan konsistan menggunakan teknik tier backlink yang dirasakan cukup untuk mengalirkan juice untuk rank top google first page. teknik juice ini dah biasa orang guna untuk jenis set and forget! Selagi mana kekuatan juice yang diberikan kepada blog itu tidak ditandingi, selagi itulah akan tetap duduk first page google.
Banyak cakap banyak salah dan silapnya. Aku sendiri pun belajar daripada orang lain, daripada bahan bacaan yang ada di google serta webinar SEO yang aku sertai. Sesetengah orang berjaya buat, sesetengah orang tak menjadi. Banyak sangat faktor yang mempengaruhi. boleh jadi domain yang anda beli itu tidak cukup bagus atau mempunyai reputasi tidak baik.
Insyallah akan datang kalau aku mula konsistan dengan blog-blog aku ni, aku akan cuba bukak course ini kepada korang semua ya. 🙂 Dengar macam ada kontest SEO sedang berlangsung. Semoga berjaya blogger sekalian. Semoga terus rancak dunia blogger Malaysia!
Continue Reading----->

Kesan SERP Selepas Guna Google Adwords

Saturday, May 31, 2014

Kesan SERP Selepas Guna Google Adword

Assalamualaikum. Setelah agak lama aku menyepi, akhirnya tertulis jugak lah entri ni di blog Khairul Asrol mengenai Google Adwords. Sebenarnya aku baru sahaja habis peperiksaan akhir semester aku bagi tahun 2013/2014 ni.

Okay, entri kali ni bukanlah nak cerita panjang mengenai Google Adwords itu sendiri tetapi lebih kepada kesan ataupun boleh aku katakan ianya suatu teori yang masih belum jelas dan terbukti ianya betul atau tidak.

Kes terbaru yang aku temui mengenai kedudukan blog di carian google ini adalah satu kes yang agak terpencil di mana kedudukan domain tersebut telah pun berubah sebaik sahaja menggunakan servis Google Ads ini tetapi ianya masih tiada bukti kukuh untuk mengatakan ianya adalah kesan daripada pengunaan Adwords tersebut.

Adword merupakan jalan pintas untuk berada di carian tertinggi google dengan servis pengiklanan yang google sediakan dan ianya memakan kos yang agak tinggi serta tidak kekal lama. Jadi, lebih baik gunakan servis SEO kerana ianya sesuai untuk kesan jangka panjang. :)


Kedudukan SERP Berubah Selepas Guna Adwords?

Kesan SERP Selepas Guna Google Adword

Dalam kesibukan aku tu, ada seorang client ni mengadu blog bisnesnya jatuh merudum baik-baik cun dekat first page sudah jatuh ke page 4 atau 5. 


Bill dlm 1 bulan lbh gak pending. Sy dah settle baru2 ni.. Tlg tau.. Sy xfhm seo ni. Habis la biz saya kalo blog jatuh..

Daripada soal jawab yang aku lakukan, beliau cakap memang ada pending bill adword yang tertunggak. Oleh sebab dia mempromosikan blog-blog beliau menggunakan Adwords dan pending bill tersebut masih belum berbayar, secara tiba-tiba kedudukan domain blog tersebut jatuh pada carian engine.

Ini adalah kes pertama aku jumpa dan aku tak rasa teori ni betul sebabnya kedudukan di carian engine adalah seratus peratus menggunakan On page dan Off page SEO yang aku dah setupkan di blognya sebelum ini menggunakan teknik Long Term SEO strategy.

Dan mustahil blog yang sudah mempunyai ranking yang baik, secara tiba-tiba jatuh tanpa sebab musabab yang mengaitkan dengan dua faktor utama SEO tersebut. Jadi di mana silap yang sebenarnya?

Persoalan ini masih lagi dalam kajian terbaru aku dan sekarang masih lagi melakukan monitoring blog-blog tersebut. Insyaallah kalau aku dah jumpa penyelesaiannya, aku akan kongsikan kat blog ni nanti.

Terbaru, aku ada terbaca mengenai Google Pagerank di mana semua orang pasti tercari-cari kaedah sebenar google dalam memberikan pagerank kepada sesuatu blog. Dan akhirnya, teori kajian tersebut mungkin sudah aku temui cumanya untuk melakukan ujikaji, ia memerlukan beberapa blog yang sudi untuk bekerjasama dengan blog aku ni nanti.

Google Pagerank TIADA kena mengena dengan On Page dan Off Page SEO. Ianya 100% menggunakan backlink yang bersesuaian dengan niche dan pagerank diberikan berdasarkan menggunakan KAEDAH PENGIRAAN ataupun mudahnya menggunakan Calculation Pagerank Score.

Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan mengenai Google Pagerank ni dan akan dikupaskan lebih mendalam dalam entri yang akan datang "Study Case : Google Pagerank!"

UPDATE! Hasil kajian : http://www.khairulasrol.com/2014/06/bahaya-guna-google-adwords.html

p/s : Ada orang nak servis SEO, harga aku letak untuk permulaan servis tapi demand nak rank google.com.my sekali. Untuk pengetahuan, nak rank google.com.my memerlukan geography visitor (autorithy) yang tinggi bagi daripada sesebuah negara tersebut dan tentunya ianya memakan masa yang agak lama terutama bagi website baru. Dengan harga yang begitu rendah, maaf tiada bajet untuk aku terus konsisten buatkan servis tu. 

pp/s : Untung dah aku rankkan first page google.com. Lagi mau google.com.my dengan bajet RM50. Haiyaa.
Continue Reading----->

Domain .My Percuma Dari MyNic

Saturday, March 15, 2014


Domain percuma? Ya, MyNic berbesar hati untuk memberikan blogger yang hadir ke SBB2014 hari tu secara percuma (2tahun) secara pukal. Disebabkan ramai yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi SBB tahun ini, 300 domain disediakan kepada mereka yang berminat.

Setiap blogger hanya dibenarkan untuk mendaftar satu (1) domain sahaja. Kepada korang yang berminat, boleh lah daftar dekat website MyNic tu untuk pengesahan domain masih available atau tidak.

Cara Dapatkan Domain Percuma

  1. Pergi ke Laman Sepetang Bersama Blogger.
  2. Isikan borang => Borang Daftar Domain .My
Itu sahaja. Nampak mudah, ya memang mudah pun. haha. Aku memang bercadang nak beli domain baru tapi domain .Com sebab dah jumpa domain best berpagerank dan berusia sikit.

Kepada yang masih menggunakan subdomain, boleh dah slow-slow tukar ke Top Level Domain. Banyak kelebihannya ni kalau guna TLD berbanding subdomain. Tunggu apa lagi? Pergi daftar sekarang!
Continue Reading----->

Komisen Yang Keberapa Entah dari Jobdirumah

Saturday, January 18, 2014

Jobdirumah

Assalamualaikum semua. Ini merupakan entri terbaru mengenai komisen Jobdirumah yang baru je aku dapat siang tadi. Agak terkejut jugak bila tengok ada email komisen ni padahal lama dah aku tak buat promosi pasal jobdirumah.


Lagi Hairan Tak Ada Email Pengesahan

Yang ini tak tau la silap aku ke silap pihak jobdirumah sendiri. Secara tiba-tiba je aku dapat email pembayaran. Mungkin rezeki la ni kot sebab aku check kat akaun bank aku ada la duit masuk sikit.

Dah alang-alang aku cakap pasal affiliate program ni, aku ada terbaca yang user akan lebih terpengaruh dengan follow up email ads. Apa tu? Email marketing la apa lagi.

Pada aku email ads ni bagus jugak sebab dia 100% tidak akan kenakan penalti baik dari segi SEO ataupun penyampaian artikel promosi tersebut. Itu bagusnya email marketing, walaupun artikel korang tu copy paste semata-mata!

Tapi jangan la copy paste, lebih elok korang tulis sendiri ayat tu, kan lebih baik dan lebih bagus. Lagi bagus kalau korang bagi sekali backlink kat mana artikel korang copy tu. hehe.

Jangan abaikan jugak yang email ni jugak salah satu sumber trafik kepada blog. Ala macam ala-ala facebook fanpage laa. Bayangkan kalau korang ada beribu likers fanpage, mesti berduyun-duyun orang terjah blog tu kalau ada cerita menarik kan.

Bezanya kat sini cuma kita tak panggil likers, kita panggil subsribers. Okay sekadar bayangan ringkas je pasal email marketing ni. Ada masa nanti aku ulas lebih lanjut lah eh. 

p.s : kalau fanpage kena ada trick nak naikkan likers kan, email marketing pun ada trick dia jugak nak cepat naikkan subscriber. ;)
Continue Reading----->

Minggu Yang Murah Rezeki

Monday, December 30, 2013

Minggu Yang Murah Rezeki
Minggu Yang Murah Rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum apa-apa aku mintak maaf slow sikit blogging. Baru habis minggu pertama peperiksaan aku. Ada lagi dua paper hari jumaat dengan sabtu ni.


Rezeki Minggu Peperiksaan

Semalam aku cek email aku kejap, tetiba ada email komisen daripada Forex Sebenar. Alhamdulillah. Macam paham-paham je dah hujung semester ni duit aku dah tak banyak sangat. Boleh kumpul nak pergi kelas Master SEO dengan Shah Danial awal tahun depan.

Dulu masa awal-awal aku berjinak dengan trade forex ni, rajin la jugak aku update pasal jumlah pips yang aku dapat tapi sekarang stop sekejap sebab aku takde masa nak buat kajian pasal graph semua tu.

Nak belajar Forex jugak? Download Preview eBook ni PERCUMA!

Dulu harga eBook ni dalam RM197 je kalau tak silap tapi sejak harga naik ke RM397 ni, sales pun makin kurang tapi berbaloi la jugak sekali dapat tu. hehe.

Contest SEO yang aku join tu pun dah hampir ke penghujungnya, eh esok la 31 Disember 2013 kan? Harap ada rezeki, boleh menang lagi. Insyaallah.

Nampaknya trick yang aku gunakan daripada ebook yang aku download percuma kat Affiliate Master tu menjadi la jugak. Kena banyak lagi nak belajar ni, pelan-pelan.

Nak jugak download percuma? Download KAT SINI.

Kena pandai grab peluang, kalau korang cepat bertindak, maka korang akan leading sales daripada orang lain. 

Contoh kalau korang cepat tahu produk tu bakal HOT MARKET kemudian korang buat satu entri promosi pasal produk tu, tak perlu SEO pun, mula indeks je artikel tu kat google konfem first page punya sebab keyword tu low competition lagi.

Boleh jadi publish malam, esok pagi dah dapat sales cecah RM1k macam entri Titan pasal Panduan Terkini Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat ni dah buat komisen RM900+ kalau tak silap dalam masa satu malam eh. Betulkan titan kalau aku silap.

Tengok macamana cara dia ambil peluang, tak tunggu masa dah. Aku rasa artikel tu tinggi kat SERP masa tu, itu pasal sales mencanak-canak. Tu memang kelebihan Titan, pandai ambil peluang yang ada pada waktu yang terbaik.

Lepas ni nak cuba test market Amazon pulak la. Insyaallah kalau ada masa, aku akan cuba terus bertindak. Aku tengah belajar dengan Mamat Filipina ni cara nak buat Micro niche item dari amazon. 

Kalau rajin meh baca artikel cara macamana dia buat :
How I Built A Niche Site That Ranked #1 in Google and Made $93.32 in 38 days

Continue Reading----->

Kesan SERP selepas Google Update Pagerank. Adeh!

Monday, December 9, 2013

Kesan SERP selepas Google Update Pagerank

Macam yang semua orang tahu, google baru update diorang punya pagerank dan berikan autoriti kepada blog yang mempunyai pagerank yang lebih tinggi.

Dan semestinya ini memberi kesan kepada ranking artikel di carian google engine, bersuka-ria lah mereka yang naik pagerank. Dan aku? ya aku tetap aku. Google tak beri pun pagerank kat domain ni.


Mustahil ke Domain Baru Nak Naik Pagerank?

Memandangkan domain aku sendiri baru berusia dua bulan lebih, jadi aku nak cerita sikit lah pasal pagerank dan domain baru ni. Mustahil ke nak naik pagerank kalau domain baru macam aku ni?

Jawapan aku tak mustahil! Tengok jela dulu blog ForBlogger.net masa owner dia Shah Danial, domain baru 2 minggu dah naik PR4! Jadi kat situ aku pasti memang tak mustahil nak naik pagerank terus.

Cumanya, cara dan teknik yang digunakan itu kita tak tahu. Kalau nak tahu, jom join aku pergi kelas Master SEO dengan dia kejap lagi. Ramai yang cakap :
  1. Kena komen kat blog berpagerank tinggi.
  2. Submit domain ke mana-mana directori untuk tujuan backlink.
  3. Buat anchor link text ke domain baru.
  4. dan macam-macam lagi.
  5. lain-lain jugak.
Walau apa pun cara yang kita cuba, itu semua cuma try and error sahaja dan tak tentu betul lagi sebab itu semua rahsia google! Tapi tak salah, dengan cara try and error tu kalau menjadi, maknanya betul la cara yang kita buat tu.

Kesan SERP Selepas Update Pagerank

Kelebihan kepada korang yang naik pagerank, korang diberikan autoriti untuk mendapat ranking yang lebih baik dalam carian google engine. Kalau tak naik pagerank, maka jadi macam aku lah.

Entri contest SEO yang berlangsung pun dah jatuh entah ranking ke berapa sekarang. Tapi masa untuk contest ni masih panjang, jadi ada baiknya google update pagerank sekarang. 

Kenapa pulak? Sebabnya dengan masa lebih kurang 3 minggu ni, boleh la aku pasang strategi lain untuk contest ni. Haha strategi lah sangattt. -.-'

Final Exam Semakin Hampir

Komitmen aku terbahagi kepada pelajaran dan juga blogging. Jadi aku cuba buat yang terbaik dan semudah serta seringkas mungkin untuk contest ni. 

Aku punya 2 minggu lagi untuk terus bekerja keras, struggle sebelum final exam aku ni. Doakan lah yang terbaik untuk pelajaran aku ye. Aku tau korang semua baik-baik belaka kann. :)
Continue Reading----->
 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts