Blog Berautoriti Wordpress Memang Mencabar

Sunday, February 9, 2014

Blog Berautoriti Wordpress Memang Mencabar

Assalamualaikum semua. Agak lama jugak aku menyepi dalam beberapa hari ni ye. Sebenarnya aku sedang mengolah segala apa yang ada dalam platform wordpress ni dan tak khatam lagi. Mungkin masih belum serasi dengan fungsi yang ada.

Namun, segalanya tampak jelas yang wordpress lebih mudah untuk dipasang dan lebih fleksibel dalam pengeditan bahagian tertentu terutama sekali pada CSS bagi setiap bahagian plugin yang ada.

Coding PHP pun boleh tahan mencabar, tambahan lagi dengan sumber yang terhad pada carian google. Kebanyakkannya berkongsi tentang plugin, download dan install sahaja.

Untuk apa aku buat blog wordpress?

Sebenarnya aku bercadang untuk menjana pendapatan sampingan menerusi Adsense dengan blog berautoriti niche yang mana google lebih suka blog microniche yang berautoriti, kandungan yang banyak dan lebih mesra pengguna dilengkapi dengan interaksi sosial.

Nampak macam susah, ya memang susah! Haha. Aku rasa makan berbulan jugak nak kuasai semua ni. Apapun, aku target dalam bulan Mei atau Jun nanti aku dah boleh setup sekurang-kurangnya satu website yang lengkap dengan semua tu.

Nak buat pelan-pelan, takut hilang mood pulak. Nak buat laju-laju, rabak pulak mata aku nanti. Kalau dari awal aku kenal wordpress dari blogger kan bagus. Jadi tak lah aku terasa janggal dengan semua ni. 

Dari segi SEO, kedua-dua platform ni sama sahaja. Yang membezakan ialah wordpress boleh dikawal dari A-Z, itu yang aku suka. Cukuplah sekadar itu, nanti papehal aku cerita lagi.

Oh ya, contest SEO Custom Made Sticker Kereta yang berlangsung sekarang ni pun entah ranking ke berapa blog ni. 

Memang aku sengaja publish post lambat, nak try and error boleh ke nak rank tinggi kat SERP kalau publish lambat. Nampaknya, ibarat orang dah lari 100 meter, aku baru nak bermula di garisan permulaan. boleh menang ke agak-agak?


Share :

31 comments

  1. ok malas nak komen yang awal, tertarik nak komen pasal publish last minit untuk contest SEO

    ada kesan baik dan meletup kalau pemenang contest ditentukan cepat-cepat selepas tarikh tutup.. kalau ambik masa berbulan memang tenggelamlah kalau tak buat support dari teknik lain :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesan baik dan meletup tu tetap bergantung kepada autoriti blog tersebut dari segi pagerank terutamannya. memang kalau blog ada pagerank tinggi akan terus ranking tinggi kalau baru publish.

      dan macam yang ko cakap, akan tenggelam jugak kalau takde support. :)

      Delete
    2. Aku baru paham yg kalau publish awal, takde support mmg ke lautan dalamlah entri tu....hoho

      Delete
  2. cis gua punya artikel dan tegelincak jauh dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. inilah masanya guna turbo, pecut lagi beberapa hari.

      Delete
  3. Wah, dah nak berhijrah ke WordPress ke bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah try buat untuk money sites je. tak siap lagi bahkan lama lagi nak siap sepenuhnya. hahahaha.

      Delete
    2. nanti dah kaya leh belanja aku cendol lah semangkuk ;)

      Delete
    3. sebelum kaya boleh gak sedekah!

      Delete
  4. kena banyak usaha, itu yang aku dapat cakap. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks titan atas sokongan yang tidak berbelah bagi bagai mencurang air ke ladang gandum. kahkahkah

      Delete
  5. Replies
    1. ehh mana ada power. masih belajar lagi ni bro. :)

      Delete
  6. Mantaplah bro projek baru ini!

    Moga berjaya yer bro

    ReplyDelete
  7. rasanya wordpress memang menarik...banyak perkara boleh diterokai dengan mudah

    ReplyDelete
  8. Tak lama lagi dah ada wordpress la pas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada memang ada, nak menguruskannya tu. makan masa sikit lah.

      Delete
  9. semoga bro semakin hebat dalam dunia blogging terutama wordpress..KB tumpang gembira atas kejayaan bro nanti..keep it up!

    ReplyDelete
  10. Bab SEO tu mmg kawe tak pernah paham.. Rasa mcm faham tapi bila lawan contest SEO kalah, so kira tak ler paham sangat :D
    Cuma yg buat kawe suka WP ialah mudah mereka bentuk blog. Mcm hang cakap semuanya kita kawal A to Z. Tu yg bestnya!

    ReplyDelete
  11. mesti dah banyak hasil dari adsense kan.

    ReplyDelete
  12. tapi rasanya sekarang blogspot pun berautoriti tinggi juga
    malah selalu juga tengok bp kalahkan wp.

    ReplyDelete
  13. memang ambil masa nak setup tue semua kan. ^_^ anyway good luck ye.

    ReplyDelete
  14. ouhh baru paham... ceq baru niat nk publish lambat2 :D hahah

    ReplyDelete
  15. Wahhh..nanti leh ceritakan kat sini kelebihan wordpress ek...saya tak tahu mana lagi ni..hehe..

    ReplyDelete
  16. kita pun masih kaji pasal wordpress ni..byk lg blum explor

    ReplyDelete
  17. Kabo dah, kena ada aku kat sebelah baru membantu. Hehehe. :p

    ReplyDelete
  18. wordpress wordpress!!dh tiga org suh cheq guna wordpress tp x berminat lol ..knp la cheq knl blogspot dlu..ni la ssh bila orangnya setia..eh :v

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecececehh. tukar jela. kita pun kenal blogspot ni dulu daripada wordpress. hehe

      Delete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts