Tips Buat Duit Dengan Adsense

Sunday, April 16, 2017

Satu cara yang kita perlu tahu dalam menjana pendapatan menerusi Pay Per Click (PPC) macam adsense khususnya memerlukan satu cara yang betul untuk menjana klik sebagaimana kita juga mempunyai cara untuk membuat posting yang boleh convert kepada jualan, begitu juga dengan Adsense iaitu teknik menjana klik yang betul.

High Paying Niche
Ianya bukan terletak pada jumlah trafik yang tinggi sahaja, bahkan bukan juga terletak pada script yang bagus untuk memaksa mereka klik pada iklan kita, tetapi lebih kepada cara yang betul untuk membuatkan mereka klik pada iklan tersebut.

Bagaimana Menjana Klik Yang Tinggi?

Menyediakan satu informasi yang betul adalah tunjang kepada content yang bagus kepada pembaca. Tetapi dalam konteks menjana klik, satu cara yang boleh kita praktikkan ialah dengan menyediakan satu blogpost yang semi-information.
Tujuannya adalah supaya mereka menggunakan link-text ads sebagai alternatif untuk mereka mendapatkan informasi yang lebih lanjut. Daripada situlah kita sebenarnya menjana klik yang berkualiti sekaligus menjana pendapatan daripada PCC ini.
p/s : people love to click link ads compared to banner ads.

Click Through Ratio Yang Tinggi Berbahaya?

CTR yang tinggi sebenarnya tidaklah terlalu bahaya selagi mereka yang klik pada ads tersebut datangnya daripada IP yang berbeza. Tidak pernah dinyatakan dalam TOS google Adsense bahawa CTR yang tinggi itu berbahaya bahkan teknik membeli trafik juga tidak pernah menyalahi undang-undang google adsense kalau betul caranya.
Percaya atau tidak, kita sebenarnya dibolehkan untuk mengiklankan blog kita pada servis pengiklanan di blog yang bertrafik tinggi dan juga search engine seperti Bing dan Google.
“You’re welcome to promote your site in any manner that complies with our program policies. However, AdSense publishers are ultimately responsible for the traffic to their ads. So if you choose to partner with a third-party service to increase traffic to your site, it’s critical that you monitor your reports closely to gauge the impact that each source has on your ad traffic.”
Diluar sana ada banyak servis yang menjalankan servis tarik trafik tapi berhati-hati dengan servis yang mengarut macam click bot dan sebagainya. Tak semua tak bagus dan yang bagus, aku sendiri tak nafikan memang susah nak jumpa.
See how this people make money with adsense through advertising ads :
Untuk beriklan dengan search engine, amatlah tidak digalakkan untuk beriklan dengan google Adwords kerana kos yang diselaraskan oleh pihak google semestinya lebih kurang sahaja dengan CPC yang bakal kita peroleh nanti.
Kesimpulannya, kita harus bijak dalam mencari ruang idea untuk menjana trafik dengan ROI yang berbaloi. Buat duit dengan PPC ini bukanlah jumlah trafik yang tinggi sahaja tetapi perlu diketahui juga cara yang betul untuk convert kepada klik yang banyak. 🙂
Tanak keluar modal? Guna lah teknik SEO, private blog network atau miliki sendiri blog yang bertrafik tinggi. Ianya memakan masa tetapi pasti berbaloi dengan usaha yang dilakukan nanti. Semoga berjaya.
Continue Reading----->

Google Adsense : Susah Dapat Trafik dari Google?

Saturday, April 15, 2017

Sejak beberapa bulan aku mengkaji cara nak buat duit dengan adsense ni, banyak artikel dan perkongsian ilmu yang aku jumpa di internet, cuma tak sempat je nak kongsi dengan korang semua. 😛

adsense
Mana tak nya, aku tersangat sibuk dengan assignment dan report yang nak kena submit setiap minggu ni. Dalam tension-tension tu, bila online je ada la terms yang aku akan google untuk cari maklumat sikit. Passion and mission, two different things. 🙂
Kita tak akan rasa bosan ataupun jemu kalau benda yang kita buat tu boleh buat kita suka, tu yang dipanggil passion. Terasa mencari ilmu tentang perkara yang kita minat tu lebih cepat nak dihadam daripada apa yang aku belajar kat kelas. hoho.

Adsense Banned?

Memang kebanyakan kita yang menjana duit dengan Adsense ni takan pernah lari daripada masalah kena ban. Kalau blog yang unique content pun boleh kena ban, apatah lagi yang jenis auto generate ke, black hat ke white hat ni kan. Cumanya yang membezakan bagaimana kita susun atur strategi untuk bebetul buat duit dengan Pay Per Click macam Adsense ni.

Case Study Buat Duit Dengan Adsense

Tempoh hari aku ada share tentang bagaiman menjana trafik dengan teknik ads-over-ads yang mana kita memang dibolehkan untuk ‘membeli’ trafik untuk buat duit dengan Adsense tetapi haruslah bersesuaian dengan kehendak sebenar Google Adsense.
Secara mudahnya korang cuma fikir, Google adalah medium pengiklanan, jadi mereka memerlukan publisher yang benar-benar menepati ciri-ciri seorang publisher sahaja dibenarkan mohon Adsense untuk bantu dia capai matlamat antara Google dengan advertiser. Faham? ke blur-blur gitu?
Mungkin korang tak paham ayat skema TOS google Adsense tu kan, secara mudahnya kita harus bantu google dengan sediakan informasi yang bagus kat blog kita, dan jadikan iklan kat google tu sebagai penambah rasa ataupun sebagai medium maklumat tambahan kalau pengunjung rasa mereka perlukan maklumat tambahan. Itu lah point sebenarnya.

Teknik Beli Trafik Yang Betul

Dan perlu ambil tahu, teknik membeli trafik ni maksudnya yang jenis kita drive visitor ke blog kita dengan tujuan asal adalah untuk menyampaikan maklumat dan bukannya untuk buat duit atas modal kita beriklan tu.
Kalau Adsense anda kena ban atas sebab-sebab tertentu dan nak buat permohonan pembetulan (appeal form) dan korang nyatakan yang korang beriklan dengan tujuan buat duit dengan Adsense dengan cara beli trafik macam gitu, alamat terkubur la akaun korang nanti.
Ada orang buat duit dengan Adsense ni dengan bertungkus-lumus nak generate trafik punya hal, update setiap hari lebih 10 artikel tu semata-mata nak buat duit dengan Adsense. Aku memang respect dengan mereka yang rajin ni walaupun kebanyakkan adalah artikel yang dikutip daripada laman berita, korang pusing-pusing blog mana-mana pun artikel lebih kurang sama je sekarang.

Blog Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

Ramai yang merungut CPC kecil sebab guna bahasa Melayu. Kalau nak rasa CPC besar, guna lah blog bahasa Inggeris. Insyaallah earning CPC korang nanti akan lebih besar daripada sebelumnya. Dan daripada maklum balas yang aku terima, kebanyakkanya cakap tak pandai berbahasa Inggeris, susah nak dapatkan trafik untuk blog BI ni dan macam-macam lagi.
Kalau korang tengok tab page Resources aku kat atas tu, ada aku kongsikan mana nak dapatkan artikel berbahasa Inggeris ni, sama ada korang nak beli setiap satu artikel ataupun upahkan penulis untuk menulis kat blog korang tu. Kalau rasa nak jimat lagi, beli la tools artikel generator ke apa jugak jenis tools untuk content generator. Boleh google sendiri. 🙂 Tapi aku tak berapa galakkan pakai tools bagai ni sebab mana-mana tools pun kebanyakkannya kurang kualiti.
Zaman algoritma baru google ni dah tak boleh pakai dah blog-blog yang artikel cuma 10 je dalam satu blog untuk rank tinggi kat google sebab sekarang google utamakan ‘user experience’ di mana blog yang artikel yang sedikit ni memang akan kena tendang jauh-jauh kerana kurangnya authority.

Ada Apa Dengan Pinterest Social Network?

Ada lagi satu tips aku jumpa orang buat duit dengan Adsense ni guna trafik dari Pinterest je. Lagi mudah, jauh lebih mudah daripada nak bertarung dalam peperangan SEO ni. Sebabnya Pinterest ni pun laman sosial jugak cumanya orang Malaysia ni tak main sangat Pinterest social network ni atas alasan Facebook sudah segala-galanya.
Mungkin ada yang tak tahu, Pinterest dan StumbleUpon ni antara laman sosial yang famous kat luar negara. Mereka lagi suka main pin gambar ni daripada Instagram sebab pin ni dia ada function re-pin macam ala-ala re-tweet gitu la. 
Tips yang aku kongsikan ni lebih kepada long term effect sebab blog niche ni lebih evergreen dan tahan lama berbanding short term macam ikut trending dan hot search sahaja. Mudah kalau rajin dan aku yakin semua orang boleh buat duit dengan Adsense dengan trafik dari Pinterest ni. Tak perlu pening-pening nak ikut algo google sangat. Ingat trafik bukan daripada google semata-mata.
Aku jamin teknik ni seratus peratus selamat sebab refferal trafik blog korang nanti adalah daripada sosial network dan bukannya direct trafik yang mana direct trafik ni boleh menimbulkan kemusykilan pada mata Google Adsense. Direct trafik ni dikira sebagai ‘suspicious traffic’ dan kalau kena ban, korang kena nyatakan kenapa banyak direct traffic dan daripada sumbernya. Leceh!
Okay itulah sedikit sebanyak tentang buat duit dengan Adsense yang proven berkesan dan mudah, long term effect dan less work to generate traffic. 🙂 Ini baru dipanggil Smart Passive Income. Insyaallah kalau aku jumpa cara lain nanti, aku cuba kongsikan lagi kat sini untuk bantu korang buat duit jugak dengan PPC macam Adsense ni ya. Stay handsome semua.
Continue Reading----->

Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik!

Tuesday, May 20, 2014

Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik! Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk seminar Missing Chapter 2014 anjuran Tuan Jamal, sifu FbAds Malaysia.

Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik!

Mungkin ramai yang dah tahu dan mengenali seorang insan bernama Tuan Jamal yang menggelar dirinya Sifufbads. Ya, memang dia sifu dan master dalam segala tools yang disediakan di facebook. Segalanya!

Facebook marketing merupakan salah satu lagi lubuk untuk melebarkan sayap perniagaan kita di laman sosial tersebut, dengan jumlah pengguna facebook sendiri yang begitu ramai, maka tiada yang mustahil untuk menjana ribuan ringgit dalam masa sehari!

Aku begitu kagum dengan petah beliau berbicara di hadapan ratusan usahawan yang mencari ilmu, tidak lupa juga yang sanggup datang dari Terengganu, Johor dan rasanya ada yang dari Sabah dan Sarawak juga semata-mata untuk mendengar seminar beliau.

Kekuatan beliau dalam mengolah setiap tips dan teknik begitu telus, detail dan rasanya tidak akan ada di mana-mana ebook, video atau apa juga di carian internet. Tiada ayat 'gula-gula' bagai semua tapi penuh dengan content yang mebuatkan semua terpaku tekun untuk mendengar.

Fanpage Sebagai Alternatif Website

Itulah gambaran yang aku dapat daripada seminar tersebut. Fanpage korang tu sebenarnya merupakan gantian laman sesawang milik kita bukan sepenuhnya tetapi cara penjagaannya haruslah sepertimana kita menjaga blog kita sendiri.

Kerana di fanpage itulah terdapatnya prospek pembeli kita. Daripada likers yang kita peroleh itu lah yang akan menjana pendapatan bagi kita. Baik dari segi engagement, copywritting yang menarik perhatian, segalanya lengkap sepanjang seminar itu diadakan.


Fanpage umpama kedai alam maya kita di facebook yang mana kita berinteraksi dengan pembeli yang singgah kedai kita untuk berjual beli.

Apa yang menjadi masalah bagi sesetengah orang ialah aktiviti membeli likes itu sendiri sebenarnya tidak bagus kerana mereka bukanlah targetted buyer kita. Memang patut pun kita duk promote produk kita sampai habis air liur pun takda sale jugak. 

Teknik bidding juga diajar satu persatu di mana setiap bid seperti CPC, CPM, OPCM mempunyai tujuannya yang tertentu. Teknik ini pada aku sangat penting bagi mengurangkan kos perbelanjaan kita untuk mendapatkan targetted prospek. 

Kalau silap, boleh jadi rugi besar! Itu pentingnya ilmu dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Jadi jangan takut untuk melabur untuk ilmu yang bermanfaat. Lebih baik bayar RM100 untuk hadir seminar daripada rugi RM1000. :)


Fanpage Dengan Website. Mana Lagi Bagus?

Pada aku, dua-dua bagus. Pertama, fanpage kita di facebook tu bukan 100% kita punya. Jadi kita tak boleh nak tergantung terus dengan fanpage. Kita perlu ada satu aset simpanan database kita sendiri untuk client kita.

Sebagai contoh, facebook berhak untuk unpublish page yang dirasakan melanggar etika facebook. Apa etika facebook? erkk maaf lah aku tak kaji pulak algo facebook ni. haha.

Tetapi apa yang pasti, aku sangat berpuas hati dengan seminar yang diadakan tempoh hari. Sifu Jamal, anda memang hebat! Jarang saya jumpa seminar yang siap ada buat demo depan orang ramai buat ads ala-ala bengkel camtu. Siap tunjuk terus sales yang terjana! Mantap!

p/s : Aku diinterview untuk testimoni seminar haritu. Mintak-mintak masuk video. hehe. Oh lupa mention, blogger Azri Johan pun datang jugak.
Continue Reading----->

Pemasaran Email Memang Terhebat

Monday, March 31, 2014

Setelah Lama Bercuti

Akhirnya setelah seminggu lebih aku bercuti, dapatlah jugak aku curi masa sikit untuk update blog ni. Maaflah kepada yang rajin singgah tapi takda apa yang baru. 

Banyak yang aku pelajari dalam beberapa minggu ni termasuklah terjebak dalam dunia internet marketing yang mana sangatlah baharu bagi aku. Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu yang berguna untuk akan datang.

Melibatkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan dan bentuk jana pendapatan sampingan ni pada aku bukan sahaja membuka mata kita untuk melihat peluang yang ada tetapi kegunaannya untuk masa akan datang juga.

Daripada pemerhatian aku sendiri, dalam perniagaan internet ini lebih tertumpu kepada teknik promosi yang digunakan. Ya, ada banyak teknik promosi yang boleh kita gunakan untuk meningkatkan jualan kita.


Pemasaran Email Menjamin Keuntungan Lebih Baik

Antara yang paling popular ialah teknik pemasaran email yang digunakan oleh ramai otai-otai usahawan internet pada masa sekarang. Dalam sistem jual beli itu sendiri, jualan akan lebih banyak terhasil jika kita berinteraksi terus dengan prospek pembeli dan pemasaran email adalah yang paling berkesan sekali.

The secret to getting more sales from your lists is to create small campaigns for each, and always be reaching out to touch those people.

Namun, bagaimana cara yang harus kita ambil untuk mendapatkan prospek kita sendiri juga harus diambil kira. Memandangkan kos untuk email autoresponder juga sudah memerlukan kos yang tinggi jika prospek kita semakin ramai, itu bukanlah satu halangan untuk kita menidakkan teknik promosi pemasaran email ni.

Sebagaimana yang aku bagitau sebentar tadi, targetted email list memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, beberapa teknik tarik trafik untuk mengumpul prospek pembeli yang berkesan haruslah menepati beberapa kriteria tertentu.

Idea yang baharu sahaja aku fikirkan dalam beberapa minggu menceburi bidang pemasaran internet ini mungkin boleh diambil manfaat untuk anda sekalian. Teknik ini adalah merupakan teknik aku sendiri yang meminimumkan kos pengelenggaraan kita.


Mailing List Prospek Pembeli Sebenar

Membina landing page yang professional
Landing page yang nampak professional biasanya meningkatkan lagi tahap keyakinan pembeli kepada produk yang ingin kita jual disamping menerapkan ayat yang menarik perhatian pembeli.

Namun bagi aku juga, menggunakan platform blog personal juga mempunyai kekuatan tersendiri dengan menjadikan diri kita sebagai testimonial yang pernah mencuba produk tersebut sekaligus memberi kepercayaan kepada produk yang ingin kita jual.

Memberikan bahan bernilai secara percuma
Teknik ini lebih menjurus kepada teknik mengumpul email list yang berkesan dengan memberi satu bahan yang mempunyai nilai yang tersendiri seperti bahan yang biasanya dijual tetapi kita berikannya secara percuma kepada prospek kita.

Menentukan bahan yang ingin diberikan juga haruslah berkaitan dengan jenis produk yang ingin kita jual kerana mereka yang mendaftar ini pastinya mereka yang serius ataupun memang berminat untuk mendapatkan produk anda tersebut. 

Selari dengan autoresponder yang berbayar, jadi jangan takut untuk mengeluarkan modal kerana insyaallah pulangannya nanti pasti lebih berbaloi.

Follow up email yang sistematik
Memandangkan sistem autoresponder ini menggunakan sistem balas email secara automatik, jadi eloklah kiranya kita menetapkan teknik yang sesuai bagi follow up email kepada prospek kita.

Sistem follow up email ini pada aku terbahagi kepada dua, yang pertama adalah untuk jualan secara pasif (tanpa closing date) dan yang kedua ialah secara aktif (dijual beberapa hari sahaja).

Namun keduanya tetap mengaplikasikan teknik penjualan yang lebih kurang sama di mana keduanya akan menggunakan 3 perisian email utama : 

1. Pertamanya ialah pendahuluan, terima kasih dan pengenalan.
2. Kedua, pengisian produk, kandungan. soft-selling dan lebih kepada mesra pembeli.
3. Ketiga, menumpukan kepada urgency ataupun teknik yang agak memaksa sedikit supaya mereka lebih cepat bertindak, closing date dan sebagainya.


Checklist Jika Kurang Berkesan

3 perisian utama (list building recipe) tersebut bagi aku cukup penting dan jika sudah mencapai tahap ketiga, anda masih belum mendapat jualan, maka beberapa langkah harus dilihat semula seperti : 

1. Ayat yang digunakan mungkin tidak bersesuaian dengan jenis prospek produk kita. Ayat yang digunakan haruslah berbeza bahasanya bagi setiap kategori produk, begitu juga target prospek kita sama ada lelaki mahupun perempuan, pelajar atau sudah bekerja, masih bujang atau sudah berumahtangga.
2. Landing page kurang menarik untuk mereka membeli. Kekuatan untuk menjana jualan adalah kepada keyakinan dan kepercayaan pembeli jadi sebab itu pentingnya menimbulkan keyakinan pembeli terhadap kita.

Ini adalah antara yang aku pelajari dalam dunia pemasaran internet. Sungguh tak aku sangka banyak lagi ruang yang harus diperbaiki dalam usaha mencari pendapatan sampingan dengan internet ni.

Perkongsian ini juga adalah idea aku sendiri daripada pemerhatian, pemikiran dan minat mendalam dalam dunia blogging + pemasaran internet. Aku juga tak pernah menghadiri sebarang kelas marketing, webinar dan sebagainya jadi segala kekurangan, harap dapat dikongsikan di ruangan komen di bawah.

p/s : perkongsian ini juga kepada mereka yang pm inbox facebook mengenai soalan pemasaran internet yang aku lakukan. 

Memandangkan aku sendiri sibuk dengan tugasan aku sebagai pelajar, perkongsian ini sebagai ganti kepada mereka yang minta aku buat kelas SEO, study case dan internet marketing. Insyaallah akan datang kalau berkesempatan aku cuba buat kelas untuk anda semua.
Continue Reading----->

Strategi Pemasaran Produk Yang Baik

Saturday, March 8, 2014

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Sebelumnya saya bersyukur sangat-sangat kehadrat allah di atas kurniaNya ni yang merupakan percubaan pertama saya dalam JV affiliate InfoKerjaya baru-baru ini.

Muslim Niaga

Sehingga ke hari ini dan saat ini juga saya masih lagi tidak percaya yang artikel promosi saya, berbekalkan SATU blogpost sahaja, TANPA FOLLOW UP EMAIL, blog niche personal tetapi sudah mendapat jualan tertinggi dan menjadi Top affilliater pulak buat masa sekarang.

Berbalik kepada perkongsian ilmu saya yang sedikit ini, diharap dapatlah diambil dan diamalkan oleh semua affiliater ya.

PLATFORM PROMOSI

platform promosi yang paling saya galakkan ialah menggunakan blog ataupun website sendiri. Dengan menggunakan platform blog ini, kita boleh ulas dan 'basuh' mereka dengan sebaik-baiknya dengan teknik penulisan yang betul.


TRAFIK

perkara terpenting sekali ialah cara untuk kita menarik pembeli ataupun prospek kita untuk ke blog kita. caranya? SEO? ya, satu-satunya teknik tarik trafik ke blog saya yang saya gunakan ialah SEO.

SEO merupakan teknik yang paling berkesan dalam dunia internet marketing berbentuk promosi apatah lagi trafik yang datang ke blog kita tu adalah targetted buyer/prospek sebab mereka yang mencari keyword untuk mendapatkan panduan seumpama ini.

untuk mengimpletasikan teknik SEO, ini memerlukan kemahiran yang agak tinggi seperti keperluan On page dan Off page SEO bersesuaian dengan kehendak google algorithma. (saya juga masih dalam proses pembelajaran daripada bacaan di google tentang SEO).

trafik dijana dengan mudah dan targetted buyer/prospek apabila artikel promosi kita berada di muka surat pertama dan TOP page muka surat pertama tersebut. Kemungkinan besar pembeli akan pergi ke blog promosi saya.

sehingga kini, post artikel saya sudah mencecah 11000pageviews, 1282 klik ke website infoKerjaya dan sudah generate 108 sales setakat ini kalau tak silap dengan satu blogpost sahaja.

stats flow of trafik to convert into sales:
google targetted trafik > post promosi (11k targetted buyer) > website infoKerjaya dari artikel promosi (1282 klik) > (108) sales (komisen)!

ratio conversion = 108/1282x100 = 8.424%! satu ratio yang cukup bagus bagi saya.

pp/s : kurang mahir dengan SEO, boleh cuba google Adword. saya rasa itu lebih berbaloi dari guna fb ads sebab set dalam minda, google trafik ini adalah targetted buyers. kalau dah ada ilmu sikit, memang anda keluar modal 0 sen macam saya lah.



TEKNIK PENULISAN

Setelah menjana targetted trafik, teknik penulisan pula yang menjadi key factor kepada pembeli untuk membeli. Di sini, kemahiran menulis juga amat diperlukan.

Saya gunakan teknik jangan memaksa! Gunakanlah istilah membantu mereka dan bukannya kita mahu menjual produk. berbeza "membantu" dengan "menjual". contoh :
A) mungkin panduan ini sangat berguna untuk anda.
B) belilah produk ini untuk panduan anda nanti.

mana satu yang anda akan lebih tertarik nak beli dengan IKHLAS? fikirkan.

seeloknya kalau nak buat satu blogpost macam saya ni, lebih elok gunakan teknik penulisan yang saya kongsikan ini ye :
1. pengenalan tentang exam.
2. kenapa ramai gagal (masalah yang sering dihadapi)
3. perkenalkan jenis soalan yang bakal dihadapi.
4. BARULAH perkenalkan produk.
5. kepentingan produk (bukti panduan InfoKerjaya ini berkualiti)
6. Ajar bagaimana nak dapatkan panduan tersebut, memudahkan pembeli.
7. tekankan kegunaan panduan tersebut, bukti bernilainya panduan tersebut.

teknik penulisan juga seharusnya tidak terlalu menekan pembeli untuk beli tetapi biarkan mereka, tinggalkan mereka dengan persoalan untuk membeli atau tidak selepas kita bagitau kepentingan produk tersebut kepada mereka.

jadi secara ringkasnya, dua elemen penting dalam dunia promosi ini. Teknik SEO dan teknik penulisan. Jika dua faktor ini anda kuasai, insyaallah, ada lah rezeki untuk anda. Niat haruslah jujur ingin membantu mereka lulus peperiksaan, bukan ingin mendapat jualan semata-mata.

sekian sahaja. terima kasih semua.
Khairul Asrol,
Peminat tegar SEO.



Artikel ini diambil daripada perkongsian strategi pemasaran internet yang saya kongsikan tempoh hari di group InfoKerjaya yang lalu. Semoga ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca blog ini juga.
Continue Reading----->

Blog Berautoriti Wordpress Memang Mencabar

Sunday, February 9, 2014

Blog Berautoriti Wordpress Memang Mencabar

Assalamualaikum semua. Agak lama jugak aku menyepi dalam beberapa hari ni ye. Sebenarnya aku sedang mengolah segala apa yang ada dalam platform wordpress ni dan tak khatam lagi. Mungkin masih belum serasi dengan fungsi yang ada.

Namun, segalanya tampak jelas yang wordpress lebih mudah untuk dipasang dan lebih fleksibel dalam pengeditan bahagian tertentu terutama sekali pada CSS bagi setiap bahagian plugin yang ada.

Coding PHP pun boleh tahan mencabar, tambahan lagi dengan sumber yang terhad pada carian google. Kebanyakkannya berkongsi tentang plugin, download dan install sahaja.

Untuk apa aku buat blog wordpress?

Sebenarnya aku bercadang untuk menjana pendapatan sampingan menerusi Adsense dengan blog berautoriti niche yang mana google lebih suka blog microniche yang berautoriti, kandungan yang banyak dan lebih mesra pengguna dilengkapi dengan interaksi sosial.

Nampak macam susah, ya memang susah! Haha. Aku rasa makan berbulan jugak nak kuasai semua ni. Apapun, aku target dalam bulan Mei atau Jun nanti aku dah boleh setup sekurang-kurangnya satu website yang lengkap dengan semua tu.

Nak buat pelan-pelan, takut hilang mood pulak. Nak buat laju-laju, rabak pulak mata aku nanti. Kalau dari awal aku kenal wordpress dari blogger kan bagus. Jadi tak lah aku terasa janggal dengan semua ni. 

Dari segi SEO, kedua-dua platform ni sama sahaja. Yang membezakan ialah wordpress boleh dikawal dari A-Z, itu yang aku suka. Cukuplah sekadar itu, nanti papehal aku cerita lagi.

Oh ya, contest SEO Custom Made Sticker Kereta yang berlangsung sekarang ni pun entah ranking ke berapa blog ni. 

Memang aku sengaja publish post lambat, nak try and error boleh ke nak rank tinggi kat SERP kalau publish lambat. Nampaknya, ibarat orang dah lari 100 meter, aku baru nak bermula di garisan permulaan. boleh menang ke agak-agak?
Continue Reading----->
 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts