Kajian Kedudukan SERP Dengan Algoritma Google

Friday, February 14, 2014

Kajian Kedudukan SERP Dengan Algo
credit gambar : duniafarisya.com

Seperti mana yang semua orang tahu, satu contest SEO "custom made sticker kereta" baru sahaja tamat dan keputusannya agak memeningkan kepala semua orang.

Eh tapi sebelum tu, tahniah kepada para pemenang, korang memang power! Tengok artikel aku pun jauh dah kebelakang entah page nombor berapa, kelaut dalam sedalam-dalamnya kot. haha. Memang sengaja aku post lambat nak tengok apa kesannya.

Pemerhatian Terhadap Kedudukan SERP

Aku cuba ulas top #3 sahaja daripada keputusan yang diambil oleh pihak penganjur baru-baru ni dengan screen shot gambar di atas tu. Tak larat nak kaji semuanya. Tengok betul-betul.

Tempat Pertama
Backlink ke entri tu lebih daripada 2ribu! Okay apa korang rasa kalau dah backlink dengan banyak tu? Mana dapat? Cubalah pergi tanya dia camne dia buat. Tak pun tanya Titan, dulu entri kontest dia pun sampai berpuluh ribu! Camana aku tau? Banyak tools kat internet ni, cubalah cari. Biasa aku guna MajesticSEO.com je.

Keduanya adalah kekuatan pada sosial signal. Sosial signal sekarang memainkan peranan yang penting jugak. G+ sampai 157 recommended kat google, fuhh tinggi kan. Dulu mungkin tak berapa penting tapi sekarang mungkin algo dah pentingkan sosial signal jugak. Sikitlah kot.

Tempat Kedua
Okay aku sebenarnya tertarik dengan kedudukan blog Akak Akma kita yang hebat ni. Macamana boleh blog dummy dia lebih tinggi daripada entri penyertaan dia sendiri?

Lepas aku tengok pelan-pelan, rupanya :

Entri utama memberikan backlink kepada dummy blog TAPI dummy blog tak bagi link ke entri utama. Jadinya crawler masuk blogpost entri penyertaan tu, kemudian pergi ke blog dummy sebab ada link ke blog dummy dan last-last berhenti kat blog dummy tu. Jadi blog dummy tu dianggap lebih relevan daripada entri penyertaan.

Dari segi backlink tak sampai seratus pun tapi artikel tetap ranking tinggi dalam SERP. Kenapa? Okay yang ini pada aku, mungkin kesemuanya backlink ke entri tu adalah backlink yang berkualiti. Mana tak nya, backlink dari blog AkmaOmar.com itu sendiri sudah ada pagerank 3!

Tempat Ketiga
backlink lebih daripada 600. Usia domain pun lebih kurang dengan tempat pertama tadi iaitu sekitar tahun 2012. Tak banyak beza dengan tempat pertama jadi tanak ulas banyak sangat.

Bezanya entri bro ni kekuatan dia pada anchor text/keyword #1 "Contest SEO Car Stickers Malaysia" dan #2 "custom made sticker kereta". Aku rasa kalau anchor text dia #1 tu adalah keyword kontest, mesti dah menang kot.

Ilmu Yang Diperoleh

Okay ini yang sebenarnya korang perlu tau dalam dunia SEO ni. Mari kita sama-sama belajar dengan contest SEO kali ini. 

Anchor Text memainkan peranan utama! boleh jadi sampai menukar tajuk entri kita kat SERP! Percaya tak? Kekuatan Anchor text ni bukan calang-calang sebab dia menunjukkan apa keyword sebenarnya yang paling sesuai nak rankingkan blog korang tersebut.

Trust Flow! Apa tu? haa ni satu lagi ilmu SEO aku nak kongsikan. nak buat backlink pun ada cara dia bukan main hentam je wahai pengamal ilmu SEO sekalian. Trust flow ni lebih kepada cara backlink itu dibuat. Adakah ianya berterusan ataupun sekali gus terus! 

Okay cukup dua teknik tu aku bagitau. Mungkin aku akan ulas lebih pada apa itu anchor text dan cara yang terbaik trust flow yang google mahukan supaya anda tidak kena penalti.

Nak lebih? Baca artikel menarik ni pulak :

Aku suka kaji contest SEO daripada pebelajaran SEO yang general sebab contest SEO ni akan lebih mudah kita nak kesan kat mana kekuatan entri seseorang tu sekali gus mengorek rahsia algoritma google. Semoga bermanfaat!


Share :

60 comments

  1. Trust Flow? Apakah?

    Tak pernah dengar lagi. Ini kali pertama dengar. Hoho.

    Walau apapun, memang terbaik bro. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trust flow tu lebih kepada sejauh dan setakat mana artikel kita tu relevan untuk dirankingkan kat google. tu ringkasnya lah.

      Delete
  2. Bro..mau Tanya benarkah link di g+ sekarang no follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru check kat google+, link aku adalah rel=nofollow. boleh tengok kat sini.

      href="http://www.khairulasrol.com/2014/02/kajian-kedudukan-serp-dengan-algoritma.html" rel="nofollow"

      Delete
    2. sedikit masa lalu ianya adalah dofollow tetapi google mengubahnya. Mungkinkah lepas nie backlink semakin hilang powernya berbanding konten. pendapat aku jer. maaf kalau salah. Noob

      Delete
    3. Macam tak berbaloi dah dapat g+ banyak2 sebab nofollow.

      Delete
    4. mungkin kelebihannya pada sosial signal tu lah kot. :)

      Delete
    5. Saimi Ramlan : pembetulan! baru check balik. yang rel="nofollow" tu pada gambar yang kita share kat google+ tapi LINK tu adalah rel="dofollow" . harap membantu.

      Delete
  3. aku penah terbaca satu artikel.. google ade pentingkan backlink dr google plus.. entah kat mana aku baca.. problogger ke copyblogger,, tak ingat dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm boleh jadi jugak. rasanya kualiti backlink dari google+ pun lebih kurang dengan backlink dari youtube kot.

      Delete
  4. perkongsian yg sgt menarik khairul, mmg google+ sekarang ni memainkan peranan pentingkan. blog yg menang tmpt pertama tu sy tgk analisa g+ akaun google+ die top 3 antara yg paling popular dan aktif dalam malaysia.. mybe tu salah satu faktor kejayaannya, wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok pun memang ramai orang dalam circle dia.

      Delete
  5. haha..rajin benar ko gi check ye. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah janji dengan bebudak nak kongsikan kat blog kalau ade vote. hahahah

      Delete
  6. tuan blog nak tnya napa ye blog yg first tu dekat serp google paparkan pic die kt tepi? mcm mana ye nak kasi blog kita dpt macam tu jugak. harap dpt jwb soalan sy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang start 19 december 2013 haritu google dah reduce kan gambar yang keluar gambar kat tepi tu. hanya blog yang dah lama usia domain, berautoriti sahaja akan terpampang gambar tu. kira google dah cop diorang ni penulis yang baik lah bagi google. boleh rujuk artikel sini :

      http://searchengineland.com/confirmed-google-reduces-authorship-rich-snippets-in-search-results-180313

      Delete
    2. Banyak yang menggunakan rich snippet spam ataupun spammy structured markup. Sebab itu google reducekan 15% di seacrh engine. Malahan sudah ada yang kena penalti kerana guideline. boleh baca artikel berbahasa malaysia

      http://www.saimiramlan.com/2014/02/amaran-google-tentang-penyalahgunaan-rich-snippet-structured-markup

      Delete
    3. soalan dan jawapan yg sgt bagus!

      Delete
  7. sekadar tengok, baca, dan belajar dari otai ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh mane ade otai bro. sama-sama kita belajar la ni. harap membantu jugak. algo kan berubah-ubah. :)

      Delete
  8. Satu ulasan yang terbaik untuk pemenang SEO custom made sticker Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh aku bukan pemenang contest ni pun bro. saje buat kajian simple sikit. mane tau berguna untuk orang lain. semoga bermanfaat.

      Delete
  9. pergh terbaiklah bro tips ni..aku nk cuba la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh laa untuk pengetahuan semua orang. cuba jangan tak cuba! :D

      Delete
  10. weh jom jom join cntest seo muslim niaga*joget2*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade lagi eh? tengok la macamana. kalau umpan jadi ye mengena kat top google tu. hehe

      Delete
  11. dia sudah mula tunjuk taring

    www.doktorpemasaran.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang lagi masta bro dah siap main marketing tu. fuhh kaya! :D

      Delete
  12. bila master dah bentang hasil kajian, memang mantap! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol. ajar aku pulak weyh pasal bisnes marketing. asik nak makan seorang je ko ni. keh3

      Delete
  13. bila dah peringkat macam nie..pening kepala juga nak faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe bro, pelan-pelan hadam. saya pun makan tahun gak nak paham benda ni dan sampai sekarang masih belajar SEO. :)

      Delete
  14. aku yang baca ni pun terasa ilmiah betul entry ko ni bro

    ReplyDelete
  15. aku baca , cuba fahami, pastu cuba untuk contest seo bulan ini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh terbaik lah bro. sila cuba. buat perancangan dulu dari A-Z baru jalankan projek. :D

      Delete
  16. dari malam tadi aku memang nak baca entri ko ni.. hahaha.. aku save entri ko ni untuk rujukan pada masa hadapan,, terlampau bannyak ilmu yang boleh aku pelajari.. bila la nak sembang ngopi ngan kau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak open table boleh je bro. tapi ko kena sediakan soalan yang ko nak tanya aku dulu ah. tanak pishang nanti. kehkehkeh

      Delete
  17. Mohon admin blog buat tutorial mcm mana bila kita letak cursor kt gambar entry blog, keluar button pin it kt bwh pic mcm kt blog ni, kene ade akaun pin it dulu ke baru boleh buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai cik anon. tutorial semua saya cari kat google. nak tau dari saya boleh. sila email saya atau hubungi saya kat fb ye. :)

      kalau masih nak jadi anon : guna fake acc. haha

      Delete
  18. masih mencuba belajar juga ini satu sumber ilmu yang bermanfaat buat saya juga.thnks

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum..khairol,

    terima kasih sangat2 ilmu nie.. saudara khairol rajin study pasal seo nie.. moga berjaya , ilmu seo nie sentiasa berubah2 kan. Pape mselim3 kena rajin study gak pasal seo nie.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam selim. ha ah memang berubah-ubah. jadi kita akan terus belajar lah. hehe

      Delete
  20. bro try wat analisi yg dpt no.4 tu jugak..gua nak tau jugak..buat main hentam je..xberaoa nk reti bab analisi SEO ni

    ReplyDelete
  21. insyaallah bro kalau ada masa nanti saya explain lebih kalau ada masa.

    ReplyDelete
  22. hg ni terer betul...
    thumbs up! thanks tau :D

    ReplyDelete
  23. Wahhh hehe. Aku dua ada jawapan bagi 'percubaan sertai contest SEO awal or lambat'.

    Jawapan yang diringkas: bermula sekitar hujung tahun 2011 hingga kini (2014), sertai awal jauh lebih baik. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. otai kita datang. :D

      okay bro, take note! mintak ajar algo yang baru sekarang kalau ada masa. hehe

      Delete
  24. boleh terangkan tak maksud anchor text tu?masih blur

    ReplyDelete
    Replies
    1. anchor text tu macam "read more" "baca sini" atau apa juga tulisan yang ada link ke sesebuah entri, blog ataupun website. biasa kan orang tulis, BACA SINI, haa tu anchor text la tu. cumanya kalau tulis "baca sini", "lihat sini" tu semua takde value.

      Delete
  25. nice info bro
    Sop mmg lemah bab SEO nih :)

    ReplyDelete
  26. Thanks kongsilan ilmu yang bermanfaat ni..emm seronok kan kalau saya tahu banyak macam bro ni..hehe..lama mana buat kajian ni bro???

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama pun tak lama sangat lah. dah biasa ngadap tools ni semua, mudah lah sikit jadinya. hehe

      Delete
  27. Kalau kita faham bahasa inggeris...lagi mudah kita nak belajar SEO ni... bro kan?
    Banyak artikel berkaitan SEO berbahasa inggeris. Macam saya ni ko inggeris agak sukar nak godek.. cuma mengharap rakan2 spt bro tolong kongsi dan info di entri masing2.

    Saya suka terjah blog bro...pasal satu je..banyak ilmu berkaitan blog/seo/tool dll. Harapan saya pelbanyakkan lagi infonya. Sama2 dpt manfaat.

    Kalau bro.. check berapa lama saya godek blog bro di sini?

    TQ...

    ReplyDelete
  28. betul tu bro. banyakkan baca artikel kat google untuk dapatkan informasi terkini google algo. memang tujuan saya untuk berkongsi dengan rakan blogger yang lain mengenai dunia seo ni. dunia seo ni luas. jadi tak salah untuk kita kongsikan kat blog.

    ReplyDelete
  29. Menarik part backlink tu..especially part Blog Akma tu..kena baca banyak kali..nway dah register kat Majestic SEO. Tqvm!!!

    ReplyDelete
  30. Hamba dtg menuntut. Terima kasih bro sifu

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts