Bahaya Error 404 Not Found di Google Webmaster Tools

Sunday, April 16, 2017

Kebanyakan daripada kita mungkin tak pernah sedar mengenai masalah error not found pada dashboard google webmaster tools, dan tidak kurang juga yang memang tak pernah pun menghantar pengesahan google webmaster ke atas blog kita. 

Google Webmaster Tools
Penerangan atau perkongsian kali ini aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri selepas bertukar ke wordpress dan pelbagai masalah yang aku alami secara langsung dan tidak langsung dalam menggunakan platform wordpress ini.
Mana tak nya, sebaik sahaja aku bertukar ke wordpress, banyak benda aku belajar dan cuba try and error sehinggalah terjumpanya masalah error not found di webmaster tools yang tetiba menaik secara mendadak.
Sebelumnya suka aku ingatkan error not found (404 error) ini adalah broken link ataupun link yang tiada isi yang menunjukkan bahawa blog kita adalah tidak bagus di mata google kerana tidak dapat memberikan informasi yang dicari pengguna kepada kita dan blog kita bakal kena Red Flag sekaligus menjatuhkan authoriti blog kita di carian tertinggi google.
Kalau korang baca blog aku dari dulu, aku selalu tekankan mengenai authoriti yang google berikan ini sebab authoriti ni menentukan sejauh mana blog kita ni menjadi agen informasi terbaik kesukaan google untuk diletakkan tinggi di SERP.
Okay, kembali kepada tajuk utama entri ini, aku akan cerita bagaimana autoriti blog ini sedikit sebanyak boleh jatuh di carian SERP berbanding dahulu walhal menggunakan domain yang sama, teknik posting yang sama dan macam-macam lagi yang serupa. 🙂

Daripada Mana Error 404 Terjadi dan Apakah Puncanya?

Pertama, sebaik sahaja aku bertukar ke wordpress daripada blogspot, aku pernah cerita mengenai masalah permalink yang akan berubah secara sendirinya tatkala kita import semua post ke wordpress ni terutamanya pada tajuk yang panjang.
Seperti mana yang kita tau, blogspot menghadkan url yang pendek berbanding wordpress yang tidak menghadkan jumlah karakter yang ada di platform blogger ni. Jadi, kejadian error 404 akan berlaku apatah lagi kalau kita pernah masukkan internal link ke dalam entri-entri kita. Red Flag!
Kedua, percubaan aku menggunakan teknik SEO redirection 301 gagal berjalan dengan baik di mana aku masih baru lagi waktu itu untuk memindahkan semua url subdirektori kepada domain baharu. Contohnya khairulasrol.com/rumah kepada rumah.com.
Kesannya, makin bertambahlah 404 error di domain aku ni dan sedikit sebanyak menjatuhkan lagi ranking blog ni di SERP. Buktinya, index rate aku menjadi terlalu lambat sehingga terpaksa menunggu sehingga 4 ke 5 jam untuk artikel aku berada di carian google. Red Flag!
Apa itu SEO redirection? Sebenarnya ianya bagus untuk mempercepatkan lagi autoriti domain baharu tersebut dengan bantuan PA dan DA yang sedia ada di blog khairulasrol.com ini melalui pemindahan subdorektori kepada domain baharu setelah subdirektori tersebut terindex dengan cepat. 🙂
Ketiga, aku banyak bertukar theme wordpress daripada thesis ke genesis, kemudian bertukar ke Elegance Theme dan akhirnya kembali kepada thesis theme setelah aku mendapat coding comment.php yang compatible dengan wordpress 4.0.
Untuk pengetahuan, komen form korang akan hilang kepada sesiapa yang menggunakan thesis 1.8.5 pada wordpress 4.0 kerana terdapat sedikit bug dalam theme tersebut dan alhamdulillah, credit kepada Azri Johan di atas coding comment.php yang baharu ini.
Keakraban kita menukar theme ini jugak sedikit sebanyak mengganggu crawling google bot untuk mengakses website kita kerana laluan tersebut sudah berubah dari satu theme kepada theme yang lain. Tak percaya? Cubalah tukar theme anda, dan update entri baharu dan semak status index entri baharu tersebut di carian google. Ianya terjadi di blog ini dan tak mustahil jugak berlaku di blog anda.
Keempat, aku pernah menggunakan servis pengiklanan google adwords semasa membuat try and error promosi satu produk affiliate untuk lebih cepat mendapat prospek pembeli. Namun, dalam diam sebenarnya membuat pengiklanan dengan google juga membuatkan autoriti domain ini jatuh kerana terdapat proses ‘Adrank Calculation’ semasa aku membuat pengiklanan.
Mana tidaknya, blog personal seperti blog aku sememangnya tiada niche spesifik apatah lagi untuk membuat promosi sesuatu produk dan apabila aku membuat pengiklanan Adwords, memang sukar untuk mendapat skor yang tinggi. Akibatnya, CPC menjadi mahal, ROI yang kurang berbaloi dan SEO blog juga terganggu. Red Flag!
Kelima, kesalahan kelima ini bukanlah berkaitan dengan error 404 tetapi sedikit sebanyak menganggu autoriti domain blog ni. Pernah dengar kan Content is King? ya, blog yang kurang update akan dianggap tidak aktif dan kurang memberi signal yang bagus di mata google bot kerana tiada isi baru setiap kali mereka hadir ke blog ini. 🙂

Jadi, Bagaimana Nak Selesaikan Error 404 dan Naikkan Balik Autoriti Blog?

Macam yang aku sendiri sedia maklum, blog ini pernah berada di mana ia pernah berada di mata carian google. Jadi, kembalilah kepada cara bagaimana kita bermula dahulu. Anggap sahaja apa yang aku lakukan ini sebagai pengajaran untuk korang semua supaya korang tidak mengalami masalah yang sama.
Kunci utama adalah rajin update entri yang bagus. Memang pada peringkat awal, ianya sesuatu yang sangat pedih untuk bermula. Tetapi percayalah untuk jangka masa yang panjang, ianya pasti berbaloi dan pastinya kerja anda akan menjadi lebih mudah.
Tujuan utama update entri adalah untuk mendapatkan kembali kepercayaan yang google berikan. Dengan menyediakan kualiti artikel yang bagus di blog kita, pasti suatu saat ianya menjadi rujukan kepada orang lain. Daripada itu wujudnya pagerank pada setiap artikel kita.
Blog yang bagus adalah blog yang menerima kunjungan setiap hari dan memberikan manfaat kepada banyak orang dengan tujuan membantu mereka dan menyelesaikan apa juga masalah yang mereka hadapi. Insyaallah jika ini menjadi tunjang kepada setiap gerak kerja anda, rezeki itu akan hadir dengan sendirinya.
Oh ya, jangan lupa pulak setiap artikel kita juga sebenarnya mempunyai pagerank, sama seperti domain utama kita. Elakkan daripada berlakunya error 404 yang keterlaluan kerana ianya akan memberi signal yang buruk kepada domain blog anda.
Ada ke sesiapa kat sini pernah alami masalah index macam aku jugak? Macam mana keadaannya sekarang dan bagaimana anda selesaikan? 🙂 Kalau ada persoalan, boleh la tujukan kat komen di bawah. Insyaallah kalau aku tau aku balas dengan sebaik mungkin. Cheers!
Continue Reading----->

Tips Buat Duit Dengan Adsense

Satu cara yang kita perlu tahu dalam menjana pendapatan menerusi Pay Per Click (PPC) macam adsense khususnya memerlukan satu cara yang betul untuk menjana klik sebagaimana kita juga mempunyai cara untuk membuat posting yang boleh convert kepada jualan, begitu juga dengan Adsense iaitu teknik menjana klik yang betul.

High Paying Niche
Ianya bukan terletak pada jumlah trafik yang tinggi sahaja, bahkan bukan juga terletak pada script yang bagus untuk memaksa mereka klik pada iklan kita, tetapi lebih kepada cara yang betul untuk membuatkan mereka klik pada iklan tersebut.

Bagaimana Menjana Klik Yang Tinggi?

Menyediakan satu informasi yang betul adalah tunjang kepada content yang bagus kepada pembaca. Tetapi dalam konteks menjana klik, satu cara yang boleh kita praktikkan ialah dengan menyediakan satu blogpost yang semi-information.
Tujuannya adalah supaya mereka menggunakan link-text ads sebagai alternatif untuk mereka mendapatkan informasi yang lebih lanjut. Daripada situlah kita sebenarnya menjana klik yang berkualiti sekaligus menjana pendapatan daripada PCC ini.
p/s : people love to click link ads compared to banner ads.

Click Through Ratio Yang Tinggi Berbahaya?

CTR yang tinggi sebenarnya tidaklah terlalu bahaya selagi mereka yang klik pada ads tersebut datangnya daripada IP yang berbeza. Tidak pernah dinyatakan dalam TOS google Adsense bahawa CTR yang tinggi itu berbahaya bahkan teknik membeli trafik juga tidak pernah menyalahi undang-undang google adsense kalau betul caranya.
Percaya atau tidak, kita sebenarnya dibolehkan untuk mengiklankan blog kita pada servis pengiklanan di blog yang bertrafik tinggi dan juga search engine seperti Bing dan Google.
“You’re welcome to promote your site in any manner that complies with our program policies. However, AdSense publishers are ultimately responsible for the traffic to their ads. So if you choose to partner with a third-party service to increase traffic to your site, it’s critical that you monitor your reports closely to gauge the impact that each source has on your ad traffic.”
Diluar sana ada banyak servis yang menjalankan servis tarik trafik tapi berhati-hati dengan servis yang mengarut macam click bot dan sebagainya. Tak semua tak bagus dan yang bagus, aku sendiri tak nafikan memang susah nak jumpa.
See how this people make money with adsense through advertising ads :
Untuk beriklan dengan search engine, amatlah tidak digalakkan untuk beriklan dengan google Adwords kerana kos yang diselaraskan oleh pihak google semestinya lebih kurang sahaja dengan CPC yang bakal kita peroleh nanti.
Kesimpulannya, kita harus bijak dalam mencari ruang idea untuk menjana trafik dengan ROI yang berbaloi. Buat duit dengan PPC ini bukanlah jumlah trafik yang tinggi sahaja tetapi perlu diketahui juga cara yang betul untuk convert kepada klik yang banyak. 🙂
Tanak keluar modal? Guna lah teknik SEO, private blog network atau miliki sendiri blog yang bertrafik tinggi. Ianya memakan masa tetapi pasti berbaloi dengan usaha yang dilakukan nanti. Semoga berjaya.
Continue Reading----->

Panduan Sebelum Blogger Bertukar Ke WordPress


Panduan Blogger ke WordPress
Assalamualaikum semua. Sebelumnya, aku nak mintak maaf sedikit sebanyak sebab lama tak update blog ni. Sebenarnya banyak yang berlaku ke atas blog ni selepas bertukar ke wordpress dan aku rasa perkongsian kali ini lebih kepada mereka yang inginkan panduan sebelum bertukar platform mahupun yang baru nak buat blog dengan wordpress.
Okay, cerita terus kepada tajuk entri ni, aku tulis berdasarkan pengalama aku sendiri dan aku sendiri rasakan benda ni terlalu penting untuk diambil tahu memandangkan tak ada satu pun blogpost yang menceritakan pasal panduan sebelum menggunakan platform wordpress ni.

Ciri-ciri Utama Dalam Menggunakan Platform WordPress

  1. Pemilihan hosting yang bagus.
  2. Setting permalink yang betul.
  3. Theme dan plugin yang sesuai.
Okay cukup 3 perkara ini. Ianya nampak mudah, simple tapi kalau korang tak ambil kisah pasal ni, lebih baik guna platform blogger je. Aku tak nafikan untuk memiliki blog wordpress yang bagus memerlukan kos tambahan yang lebih tinggi tapi kalau berbaloi dengan apa yang akan kita peroleh, mengapa tidak bertukar ke wordpress? 🙂

Pemilihan Hosting

Pemilihan hosting pada dasarnya memainkan peranan yang penting terutama sekali pemilihan server yang bagus daripada hosting provider korang. Server yang tidak bagus akan melambatkan loading blog korang dan kesannya bukan sahaja pengunjung malah ranking artikel anda di carian google search pun akan menurun.
Daripada sudut pandangan dan penelitian blog yang lambat loading atas sebab server ataupun kehabisan bandwidth akan memberi kesan negatif kepada kedudukan artikel korang. Perlu ambil tahu, aku bercerita lebih kepada kesan SEO dan SERP blog anda kerana tanpa kedudukan yang bagus pada carian google, tidak akan ada yang akan menjumpai artikel anda nanti.
Slow Loading > No High SERP > No Traffic > No Money!
Jangan kata korang buat blog bukan sebab duit kalau iklan bersepah terapung-apung, advertorial dan selit link affiliate kat mana-mana entri korang tu. hehe. 😀 Kesan SERP ni jugak terbukti dalam entri contest Forblogger.net dalam contest SEO “Eyriqazz vs Denaihati” suatu masa dahulu apabila kedudukannya dipintas oleh blog lain tatkala blog Forblogger.net tu ‘down’ seketika kerana kebanjiran trafik yang melampau.
Kesilapan membeli hosting seperti server yang kurang laju, selalu down server akan merosakkan SERP artikel anda di carian google khususnya. Hosting provider yang menyediakan server yang baik biasanya memakan kos yang lebih mahal dan apabila anda menggunakan server yang bagus, SERP pun sudah cantik, kebanjiran pengunjung akan berlaku dan tak mustahil akan down jugak nanti. Pada saat itu, menaiktaraf hosting diperlukan untuk menampung jumlah pengunjung yang datang.

Setting Permalink Yang Baik

Permalink (URL) yang bagus juga adalah sangat-sangat penting. Kesilapan pada permalink akan merosakkan sitemap yang korang hantar ke webmaster tools dan index entri akan menjadi perlahan kerana feed yang anda hantarkan tersebut sudah berubah. Perkara ni berlaku di blog aku sendiri di mana entri pertama aku menggunakan platform wordpress memerlukan hampir 5 jam sebelum ianya terindex di carian google. 🙁
Setting permalink yang bagus bukan sahaja menggunakan ‘month’ dan ‘year’ sahaja sebagaimana yang ditetapkan platform blogger terdahulu seperti ini :
http://khairulasrol.com/%year%/%monthnum%/%postname%.html
Tetapi harus juga disertakan www.domain.com sebagaimana ketika anda menggunakan platform blogger. Ini kerana ketiadaan www di hadapan nama domain anda akan mengakibatkan sitemap anda sudah bertukar nama dan semua entri anda di carian google akan jatuh kerana kehilangan backlink yang telah anda buat sebelum ini ke atas entri-entri anda. Penting!
http://www.khairulasrol.com/%year%/%monthnum%/%postname%.html
Masalah ini mungkin pada mata kasar kita boleh gunakan teknik redirection www to non-www tetapi daripada pencarian google robot, anda sebenarnya kehilangan semua backlink yang terdahulunya anda buat. Apabila sitemap anda kembali di index, maka entri anda menjadi tidak cukup kuat di carian google (SERP).
Setting Error 404 (not found) jugak perlu dititikberatkan dan kejadian Error 404 ini pasti berlaku kerana permalink kita pasti akan berubah terutama sekali kepada entri kita yang bertajuk lebih panjang. Perlu tahu permalink kita pada platform blogger adalah dihadkan kepada beberapa karakter sahaja berbanding wordpress yang tidak menghadkan karakter permalink kita.

Pemilihan Theme dan Plugins

Pada bahagian ni, ianya tidaklah terlalu penting sebagaimana dua faktor besar di atas ke atas SEO blog korang tu. Ya, pemilihan theme adalah terpulang kepada anda selagi ianya menepati ciri-ciri SEO dan user-friendly, ianya sudah cukup untuk meletakkan blog anda di carian teratas google. 🙂
Daripada pandangan peribadi aku sendiri, semestinya ianya simple dan kemas, pemilihan warna yang sesuai dan responsive bagi pengguna mobile. Interface (front-end) yang bagus juga memainkan peranan selain isi kandungan blog yang terbaik.
Okay cukup panduan ringkas tetapi sangat penting untuk diambil tahu sebagai pengetahuan tambahan. Harapan sedikit sebanyak membantu mereka yang inginkan panduan sebelum bertukar ke platform wordpress. WordPress adalah platform terbaik untuk melangkah jauh, tapi bersedialah dengan kos tambahannya. Semoga bermanfaat. 
Continue Reading----->

Taubat Aku Beli Age Domain!

Saturday, June 28, 2014

Taubat Aku Beli Age Domain

Taubat Aku Beli Age Domain? Ya memang aku dah taubat nak beli domain berusia ni. Tak tau lah mana silapnya tapi aku rasa agak leceh nak beli domain yang berusia ni.

Memang kita selalu digembar-gemburkan dengan kelebihan mempunyai domain berusia ni tapi TAHUKAH korang bahawa domain yang berusia ni perlukan penelitian yang khusus dan terperinci sebelum korang membelinya?

Banyak faktor yang perlu diperhatikan seperti Trust Flow, Backlink Health, Backlink profile dan sebagainya. Harus diingat satu perkara, membeli domain berpagerank tinggi tidak semestinya domain itu 'sihat' dan backlink profile domain tersebut haruslah dilhat dahulu supaya ianya sesuai dengan niche blog yang bakal kita pilih nanti.


Domain Sedap dan Tinggi Exact Match Domain

Kebanyakan domain yang mempunyai volume search yang tinggi adalah domain yang mempunyai bunyi yang sedap. Contoh seperti libraryarticles.com, marketingtoday.com dan macam-macam lagi.

Tapi itu juga masih tidak menjamin kesihatan domain tersebut. Membeli domain diibaratkan seperti mengambil anak angkat yang sudah agak dewasa mengikut jumlah umur dan latar belakangnya harus diambil kira.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku membeli expired domain dan masa tu memang zero pasal kajian domain ni. Selepas setup kat blog, sampai sekarang artikel tu masih tidak diindex walaupun dah guna template super power (on page betul) dan off page sesuai dengan blog baharu.

Selepas aku membaca artikel tentang "how-to-build-a-high-pr-blog-network" ni, baru aku sedar yang aku telah buat kesilapan besar. Dan ianya ternyata benar apabila aku beli domain lain, dengan entri yang sama dari segi tajuk, domain baharu mendahului domain yang lama dari segi index status.

Checking The Backlink Profile Of The Domain
This is freaking important!
This is freaking important!
This is freaking important!

Haa tu ayat yang aku baca dari blog Tung Tran tadi tu. Memang sangat sangat penting untuk check dulu profile domain tu. Kalau tak, memang korang akan mengalami murung yang berpanjangan nanti.

Kalau ada yang masih ingat dalam entri aku sebelum ni, aku pernah berjanji untuk kongsikan mengenai google Pagerank. Sampai sekarang masih simpan draft artikel-artikel tersebut. 


Terfikir jugak nak buat Private High Pagerank Blog Network sendiri. Aku perasan dan ada IM yang mulakan PBN ni dah mula memperoleh pagerank yang tinggi perlahan-lahan. Bagus! Boleh je nak buat rangkaian blog untuk naikkan pagerank dengan blogger lain, tapi malu ah. Blog aku ni baru lagi.
Continue Reading----->

Bahaya Guna Google Adwords

Monday, June 2, 2014

Bahaya ke guna Adwords? Kenapa ranking artikel kita berubah di carian engine menggunakan SEO selepas menggunakan servis google ads? Ini adalah persoalan tempoh hari berkaitan dengan entri Kesan SERP Selepas guna Adwords yang aku kongsikan tempoh hari.

Bahaya Guna Google Adwords

Setelah aku membuat kajian, ringkasnya selepas aku membuat carian mudah di internet, kes seperti ini sememangnya kerap kali berlaku kepada penggemar SEO yang menggunakan servis Adwords.

Antara artikel yang aku jumpa menceritakan mengenai masalah penggunaan google Adwords ini adalah :


Ini pula adalah antara respon terbaik dalam forum yang aku jumpa. Bersungguh betul dia explain panjang-panjang. Diorang ni tak kedekut ilmu.


This is a great question. The official answer from Google is no, Adwords campaigns do not directly affect organic rankings. One indirect side effect of running a Google Adwords PPC campaign is that Google is paying closer attention to your website. In order to compute quality score for keywords, Google must scan the landing pages and other parts of your site in order to get an accurate number. This increases both the amount and consistency with which the search engine indexes pages (for advertisers websites).

So, content on your site gets indexed faster than it otherwise would have. In theory, there may have been things about your site that Google does not like (accounting for the change in ranking to #230 in SERP’s) and Google just hadn’t noticed it right away because content had not yet been indexed. As soon as your Adwords campaign went live, Google took a more recent snapshot of your site and saw something it didn’t like compared to the last time it took a look.
Check out this thread on SEOMoz about the subject,
http://www.seomoz.org/q/does-an-adwo...-your-rankings
At this link, Google clearly states (under the Adwords Express and Organic listings link) that Adwords does not affect organic rankings,
http://support.google.com/adwords/ex...answer=2481410
This post on searchengineland goes in depth about organic and paid listings,
http://searchengineland.com/paid-and...he-truth-44678
I hope this helps,
Shawn.

Daripada soal jawab masalah yang aku lontarkan tempoh hari, ya memang Adword sebenarnya memberikan kesan kepada SERP artikel kita dan ianya berkaitan dengan SEO On page dan SEO Off page sesebuah blog tersebut.

Secara mudahnya, google akan membuat review secara menyeluruh kepada blog tersebut, baik dari segi coding, isi kandungan blog tersebut, niche yang relevan dan macam-macam lagi. Pihak google akan meneliti secara menyeluruh kepada blog tersebut sebelum menetapkan Ads Rank korang tersebut. Rujuk What is Adrank?

Dan disebabkan oleh review itu jugaklah, akan ada dua kesan besar kepada blog tersebut sama ada ianya positif ataupun negatif! Positif apabila SERP artikel anda rendah tetapi akan naik semua selepas buat Adwords ataupun kesan negatif dan sekaligus menjatuhkan SERP blog tersebut.

Antara point penting yang boleh diambil manfaat ialah :

  • Adwords dan SEO adalah dua benda yang berbeza dan tiada kaitan antara satu sama lain dari segi pengurusannya, Adwords guna "score value" dan SEO guna Algoritma.
  • Walaupun berbeza pengurusan, aktiviti review Adwords oleh pihak google mungkin akan menjejaskan SERP kita kerana faktor yang aku nyatakan di atas. 
  • "Contohnya, niche artikel yang tidak relevan. Blog niche pendidikan jangan dicampurkan dengan niche pelancongan. Mungkin pada awalnya anda menulis mengenai pendidikan dan google sudah memberikan autority kepada anda sebagai informer pendidikan tetapi selepas buat Adwords, google terjumpa artikel yang tidak berkaitan dengan pendidikan. Jadi dari situ lah google perasan akan ketidak-relevanan blog korang tersebut sekaligus menjatuhkan SERP domain anda."
  • Jangan campurkan blog berniche dengan artikel merapu (mix niche) kerana permainan niche ini adalah agak berbahaya kerana kita harus jaga penulisan kita supaya tidak lari daripada tujuan website itu diadakan.
  • "Content is KING!"
  • Buat blog personal jugak paling best sebab kita bebas nak tulis apa yang kita suka! 
Okay itu adalah penerangan yang dapat aku kongsikan. Berbalik kepada kes client aku tu, ya memang dia ada mixkan artikel lain ke blog tersebut. Cuba anda bayangkan,website yang mempunyai Exact Match Domain homestay, artikel berkaitan homestay, meta pun menggunakan keyword yang ditarget semua tetapi dicampur dengan cerita lain seperti informasi semasa.

Pada peringkat awal blog tersebut memang menceritakan mengenai homestay sahaja dan sebab itu boleh rank first page google. Namun, sekali menggunakan servis Adwords, review Adwords dijalankan, maka jatuhlah blog tersebut di SERP kerana content yang tidak relevan dan itu amatlah MENGERIKAN!

Kesimpulannya, aku dapat rasakan tools yang sebenarnya terbaik untuk menguji kekuatan SEO blog berniche kita ialah dengan menggunakan Google Adwords itu sendiri. Kenapa? Sebab aktiviti review Adwords lah yang menentukan di mana kedudukan blog dan kekuatan SEO blog anda yang sebenar nanti. 

Jadi macam yang aku cakap lah, buat blog personal lagi best. Lagi kurang nak kena penalti bagai. Memang patut pun algo google sentiasa berubah tapi tak ramai blog personal yang terkena. Perasan tak? Okay kalau ada tak paham, boleh ajukan komen korang kat bawah.
Continue Reading----->

Keyword Pakar SEO Malaysia Dipolitikkan? Bahaya Sertai Contest SEO

Wednesday, May 7, 2014

Kenapa Keyword Pakar SEO Malaysia Dipolitikkan?

Kenapa Keyword Pakar SEO Malaysia Dipolitikkan? Aku kadang tak berapa nak paham dengan sesetengah orang yang melabelkan keyword panas tu menjadi suatu topik perbualan malah menjadi sindiran katanya menunjuk dan membangga diri dalam kalangan sesetengah orang/pemerhati.

Adakah keyword Pakar SEO Malaysia itu menjadi penanda aras tentang siapa yang lebih pakar SEO? adakah disebabkan carian tertinggi di google dengan keyword tersebut sudah boleh diangkat menjadi pakar?

Satu perkara aku nak jelaskan, permainan keyword di google ini tiada beza pun dengan perlawanan contest SEO yang lain, yang berbeza hanyalah keyword yang dirankingkan dan sebenarnya tidak membawa sebarang makna sekali pun. Jadi jangan sempitkan pemikiran hanya disebabkan permainan keyword semata-mata.

Tiada istilah menunjuk ataupun membangga diri apabila artikel kita di carian tertinggi bahkan kita akan lebih selesa jika dianggap sebagai orang biasa yang hanya menulis sekadar berkongsi ilmu semata-mata dengan harapan ianya memberi manfaat kepada pembaca blog kita. Itu sahaja.


Bahayanya Menyertai Contest SEO

Baru-baru ini, aku menerima satu pertanyaan berkaitan SEO yang menyatakan bahawa :
Apakah bahaya daripada menyertai contest SEO yang dianjurkan dan apakah kesan buruk kepada penganjur dan pesertanya.

Sebenarnya banyak kelebihan daripada keburukan daripada menyertai contest SEO. Antaranya ialah :

  1. Kita dapat tahu sejauh mana tahap autoriti yang google berikan kepada blog kita sama ada ianya cukup bagus, cukup disayangi google ataupun masih ditahap mancari hala tuju di carian google.
  2. Memberikan kelebihan kepada blog yang menyertai contest kerana dengan menyertai contest seumpama itu, maka terhasil lah satu entri yang memenuhi keperluan SEO google sekali gus memberikan sedikit SEO point kepada domain tersebut untuk dirankingkan di carian tertinggi google untuk artikel-artikel yang lain.
  3. Dapat berkenalan dengan blogger lain dengan kunjungan balas sekali gus membina jenama kita dalam dunia blogging melalui hubungan yang terjalin antara blogger.
Namun, satu perkara yang harus diingat, permainan keyword yang ingin dirankingkan jugak haruslah diambil berat. Ini kerana penggunaan keyword yang salah boleh mengakibatkan kita memberikan informasi yang salah kepada pengguna google itu sendiri.

Sebagai contoh, keyword "Laman Sosial Paling Popular di Dunia", jikalau entri yang menyertai kontest SEO tersebut tidak menceritakan pun laman sosial seperti facebook dan twitter yang sememangnya popular malah menceritakan satu laman sosial yang baharu untuk tujuan promosikan laman sosial yang baharu tadi.


Dari segi promosikan laman sosial yang baharu memang tidak salah tetapi keyword yang digunakan tersebut adalah salah di sisi google kerana memberikan maklumat yang salah kepada pengguna google yang memerlukan fakta yang betul.

Contoh keyword lain yang dirankingkan seperti "pakar SEO Malaysia" tempoh hari, jikalau pihak google dapat kesan yang artikel yang menduduki antara carta teratas adalah sekeping gambar sahaja, pastinya artikel tersebut adalah artikel yang memberikan maklumat yang salah kepada pengguna google.

Akibatnya, domain yang memberikan maklumat yang salah itu boleh jadi diban terus daripada carian google. Jadi berhati-hati ketika kita menyertai contest SEO, pastikan keyword tersebut tidak menyalahi terma google.

Dan satu lagi kesan negatif yang aku baru jumpa ialah kes yang sama seperti masalah di atas. Penggunaan keyword yang mungkin salah juga menjadikan sesetengah orang beranggapan ianya seperti suatu yang serius dan fakta sedangkan keyword tersebut tiada bezanya dengan merangkingkan keyword-keyword yang lain.
Continue Reading----->
 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts