Gambar Sekitar SBB 2014. Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati Network pada tahun ini adalah paling meriah yang pernah aku rasa berbanding tahun sebelumnya.
Abaikan gadis-gadis di sebelahku.
Kehadiran 350 blogger dari seluruh negara, Brunei dan Indonesia menarik perhatian ramai terutama media dan juga sesama blogger itu sendiri. Pada aku, inilah masa yang paling tepat untuk bersua muka secara dekat dengan blogger yang kita kenal di alam maya selama ini.
Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2014 kali ini ditaja oleh pelbagai pihak dan syarikat besar seperti Yeos Malaysia, Lazada, MyNic, Ephyra dan banyak lagi. Dengan penajaan yang begitu banyak ni, memang tak terkata lah meriahnya.
Gambar Sekitar SBB 2014
Ni adalah blogger Hafiz Mohd, pemenang bagi contest Yeos Malaysia tempoh hari, memenangi Samsung Note 3! Tahniah bro.
Kehadiran selebriti seperti Norman Hakim dan isterinya, Memey ketika slot Ephyra memeriahkan lagi suasana.
Ahli panel mini forum blogger Hazman Fadzil, RedMummy, Ben Ashaari dan Zarul Umbrella.
Alamak, lupa pulak nama mat salleh dari Itali ni. Aku suka dia cerita bab SEM dengan SEO serta Internet Marketing Strategy, memang terbaik!
Ni bro BoniKacak! Nyanyikan satu lagu khas untuk Yeos selaku penaja utama SBB 2014 kali ni. Sekali terlupa lirik, tapi tetap cool!
Ni abam speaker yang hensem. Sempoi dan santai tapi best, jadi suasana lebih meriah!
Bro Zarul Umbrella dengan tagline, "The Singing Blogger" bercerita kisahnya dalam dunia blogging.
Antara blogger hebat yang hadir. Dari kiri, BoniKacak, Azri Johan, Kozumiro, Khairil Mazri.
Antara keseluruhan blogger yang hadir bergambar beramai-ramai sebelum bersurai! Meriah!
Secara keseluruhannya, segalanya berjalan dengan sangat lancar disertai dengan tentatif program yang diselitkan dengan cabutan bertuah setiap kali selepas sesi forum atau ucapan dari pelbagai pihak.
Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah aku tak siapa yang tahu. Dalam banyak-banyak cabutan bertuah tu, tak tersenarai pun nama aku untuk menang hadiah. haha. Belum ada rezeki la tu.
Terima kasih kepada #TeamDenaihati atas penganjuran program sebesar ini, terima kasih kepada yang sudi hadir, yang sudi tegur aku, jumpa aku. Korang memang the best! Semoga tahun mendatang akan lebih hebat lagi.
credit gambar : ILuvTour.com dan AkuBioMed.com
Share :
Bro ... kita semeja kan...first time kita jumpa memang masing-masing segan la kot.... takpe akan datang ada rezeki kita jumpa boleh borak-borak lagi yea...
ReplyDeleteha ah kita semeja bro. agak ralat jugak nak tegur first time jumpa. hehe. okay bro, lain hari boleh jumpa.
Deletewei mana gambar sweet kau tu? tunjuk laa.. hehehe
ReplyDeletehaha!
Deletesempat lagi........
hahaha. mane ade. tu hak cipta persendirian. kahkahkah.
Deletebro gambar gadis di sebelah tu tak perkenalkan ke?
ReplyDeleteps...nanti kalau berkesempatan KB akan jumpa bro..in future insya Allah!
gadis? okay yang hujung sekali tu Hazanis, yang kat tengah-tengah tu NurMujahidah Ismail. sila lah berkenalan.
Deletesteady bro!!! masa untuk networking... btw sebelah Khairil Mazri tu ada;ah Kozumi... http://www.kozumiro.blogspot.com/
ReplyDeletesteady je bro. hehe. oh haritu perasan macam rambut dia panjang. bila pendek macam gini jadi tak berapa nak kenal. thanks bro ingatkan, dah edit backlinks.
Deletehebat.. meriah hehe
ReplyDeletecik Lulu tak pergi ke? mai la join event blogger sekali.
DeleteKawe nak tegur ramai org kalu ikut plan. Tapi semua nampak busy jer, so terpaksalah KIV dulu. Mungkin di lain hari insya-allah. AT least kawe dah jumpa lah face to face Khairol Asrol ni.. Hensem gak bila tengok depan-depan... Tengah control ke tu? :D
ReplyDeletehahaha. tau la dio menang iPhong! bak meh nak pinjam sehari dua. hahaha. akhirnya jumpa jugak kita ye.
DeleteAssalammualaikum...khai,
ReplyDeletewah.. meriah nyer.. event nie.
mselim3
muslim pun dijemput hadir jugak kalau ada masa di lain hari. mari la ramai-ramai berkumpul.
DeleteInsaallah.. next time kita jumpa k... kalau tak jumpa kat benut.. jumpa kat bandar Batu Pahat..hehhe..happy kenal khai.
Deletemselim3
sama la..tak tersenarai pun dalam cabutan bertuah tu T_T
ReplyDeletesaje nak komen kali ke dua sebab terbaca ni
ReplyDelete"Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas."
boleh gitu?haha
hahaha. boleh aje. memang seeloknya dapatkan backlink dari komen blog ni. senang nak buat kunjungan balas. + ada value SEO + Alexa jugak.
Deletemat saleh tu nama dia Nicola Fusco la! (-_-')
ReplyDeletecantiknya gambar-gambar....
nice to meet you khairul.
sorry deh kalau tergurau tu! :)
owh yeke. biarkan lah nama dia gitu. yang penting mat salleh. hehe. nice to meet you too. takdo apo deh. gurau-gurau tu biasa lah. :)
Deletemeriah sebab ramai orang :)
ReplyDeletehttp://nurulzayani.blogspot.com/
tau takpe. nampak dah awok dari jauh. segan je nak tegur. hehe
Delete1. Gambar no 1 aku kira boleh jadi gambar terbaik SBB2014. Nicelah bro...sweet jer...hahahahha
ReplyDelete2. Terima kasih mention nama aku kat situ...malu plak rasa masta sebut nama..thanks bro!
3. Memang meriah tahun ni...mmg bermakna..nak2 dapat kenal ramai blogger hebat macam bro...
4. tahun depan, kita pergi lagi yer...yeahhh!
haha. yang sweet tu aku kan? kehkehkeh.
Deletetahniah sebab sudah hadir dalam sebuah event besar ini sedih takbisa hadir saya tahun lalu bisa hadir hope next year bisa hadir lagi
ReplyDeletesemoga ketemu di tahun hadapan ya gan.
DeleteRamai yang memberi komen yang positif dengan anjuran ni. Kenangan yang memang takkan dilupakan ni.
ReplyDeletetak nampak bro bahrain pun. tak pergi ke?
DeleteWow.. aku tak dapat pegi. Jadi aku patut rasa jeles dengan semua ini..
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya menghadiri majlis sbb 2014. Aku masih nelum berkesempatan lagi ke sana.
ReplyDeletemari lah pergi bro. boleh kita jumpa sembang sikit. hehe
Deletegambor mek cAH dok ready. krik3 -.-'
ReplyDeletehaha takpo. dok ready pun comey dohh. :D
DeleteAlhamdulilah, semua berjalan lancar.. apa yang ena terkilan sedikit, ramai blogger ena tak sempat nak jumpa.. hurmmmm apatah lagi nak bergambar... huaaaaaaaaaa.. hang pun cek x jumpa jumpa.. errrrrrrrrrr
ReplyDeleteawat hang tak join geng muja semua tu. depa duk berjalan sana sini sinun bergambar lagi. tak pa laa. lain kali boleh jumpa. :)
Deletetuah ayam nampak di kaki, tuah aku tak siapa yang tahu
ReplyDeleteTuah kau dekat gambar pertama tu lah, dapat bergambar dgn awek comel... aiii geram aku
Aku nak bersembang dengan hang haritu tapi macam segak plak.
ReplyDeleteMemang meriah... gua pun tak sempat nak bersembang panjang2 dgn lu....di SBB 2014 tempoh hari.... tak nak kacau dgn group korang tu..lebih lagi lu rapat dengan Muja... tak nak ganggu. he..he...nampak tuannya muda lagi tapi hebat bab SEO. Tuan Hasrul Hassan pun puji dengan bakat yang ada pada lu...
ReplyDeleteMoga terus berusaha lagi dan kongsi bersama kita orang semua. Sama-sama belajar.. sebab ilmu tak akan habis.