Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik!

Tuesday, May 20, 2014

Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik! Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk seminar Missing Chapter 2014 anjuran Tuan Jamal, sifu FbAds Malaysia.

Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik!

Mungkin ramai yang dah tahu dan mengenali seorang insan bernama Tuan Jamal yang menggelar dirinya Sifufbads. Ya, memang dia sifu dan master dalam segala tools yang disediakan di facebook. Segalanya!

Facebook marketing merupakan salah satu lagi lubuk untuk melebarkan sayap perniagaan kita di laman sosial tersebut, dengan jumlah pengguna facebook sendiri yang begitu ramai, maka tiada yang mustahil untuk menjana ribuan ringgit dalam masa sehari!

Aku begitu kagum dengan petah beliau berbicara di hadapan ratusan usahawan yang mencari ilmu, tidak lupa juga yang sanggup datang dari Terengganu, Johor dan rasanya ada yang dari Sabah dan Sarawak juga semata-mata untuk mendengar seminar beliau.

Kekuatan beliau dalam mengolah setiap tips dan teknik begitu telus, detail dan rasanya tidak akan ada di mana-mana ebook, video atau apa juga di carian internet. Tiada ayat 'gula-gula' bagai semua tapi penuh dengan content yang mebuatkan semua terpaku tekun untuk mendengar.

Fanpage Sebagai Alternatif Website

Itulah gambaran yang aku dapat daripada seminar tersebut. Fanpage korang tu sebenarnya merupakan gantian laman sesawang milik kita bukan sepenuhnya tetapi cara penjagaannya haruslah sepertimana kita menjaga blog kita sendiri.

Kerana di fanpage itulah terdapatnya prospek pembeli kita. Daripada likers yang kita peroleh itu lah yang akan menjana pendapatan bagi kita. Baik dari segi engagement, copywritting yang menarik perhatian, segalanya lengkap sepanjang seminar itu diadakan.


Fanpage umpama kedai alam maya kita di facebook yang mana kita berinteraksi dengan pembeli yang singgah kedai kita untuk berjual beli.

Apa yang menjadi masalah bagi sesetengah orang ialah aktiviti membeli likes itu sendiri sebenarnya tidak bagus kerana mereka bukanlah targetted buyer kita. Memang patut pun kita duk promote produk kita sampai habis air liur pun takda sale jugak. 

Teknik bidding juga diajar satu persatu di mana setiap bid seperti CPC, CPM, OPCM mempunyai tujuannya yang tertentu. Teknik ini pada aku sangat penting bagi mengurangkan kos perbelanjaan kita untuk mendapatkan targetted prospek. 

Kalau silap, boleh jadi rugi besar! Itu pentingnya ilmu dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Jadi jangan takut untuk melabur untuk ilmu yang bermanfaat. Lebih baik bayar RM100 untuk hadir seminar daripada rugi RM1000. :)


Fanpage Dengan Website. Mana Lagi Bagus?

Pada aku, dua-dua bagus. Pertama, fanpage kita di facebook tu bukan 100% kita punya. Jadi kita tak boleh nak tergantung terus dengan fanpage. Kita perlu ada satu aset simpanan database kita sendiri untuk client kita.

Sebagai contoh, facebook berhak untuk unpublish page yang dirasakan melanggar etika facebook. Apa etika facebook? erkk maaf lah aku tak kaji pulak algo facebook ni. haha.

Tetapi apa yang pasti, aku sangat berpuas hati dengan seminar yang diadakan tempoh hari. Sifu Jamal, anda memang hebat! Jarang saya jumpa seminar yang siap ada buat demo depan orang ramai buat ads ala-ala bengkel camtu. Siap tunjuk terus sales yang terjana! Mantap!

p/s : Aku diinterview untuk testimoni seminar haritu. Mintak-mintak masuk video. hehe. Oh lupa mention, blogger Azri Johan pun datang jugak.
Continue Reading----->

Gambar Sekitar SBB 2014 Meriah!

Tuesday, March 11, 2014

Gambar Sekitar SBB 2014. Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati Network pada tahun ini adalah paling meriah yang pernah aku rasa berbanding tahun sebelumnya. 

Gambar Sekitar SBB 2014
Abaikan gadis-gadis di sebelahku. 

Kehadiran 350 blogger dari seluruh negara, Brunei dan Indonesia menarik perhatian ramai terutama media dan juga sesama blogger itu sendiri. Pada aku, inilah masa yang paling tepat untuk bersua muka secara dekat dengan blogger yang kita kenal di alam maya selama ini.

Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2014 kali ini ditaja oleh pelbagai pihak dan syarikat besar seperti Yeos Malaysia, Lazada, MyNic, Ephyra dan banyak lagi. Dengan penajaan yang begitu banyak ni, memang tak terkata lah meriahnya. 

Gambar Sekitar SBB 2014

Gambar Sekitar SBB 2014
Ni adalah blogger Hafiz Mohd, pemenang bagi contest Yeos Malaysia tempoh hari, memenangi Samsung Note 3! Tahniah bro.

Gambar Sekitar SBB 2014
Kehadiran selebriti seperti Norman Hakim dan isterinya, Memey ketika slot Ephyra memeriahkan lagi suasana.

Gambar Sekitar SBB 2014
Ahli panel mini forum blogger Hazman Fadzil, RedMummy, Ben Ashaari dan Zarul Umbrella.


Gambar Sekitar SBB 2014
Alamak, lupa pulak nama mat salleh dari Itali ni. Aku suka dia cerita bab SEM dengan SEO serta Internet Marketing Strategy, memang terbaik!

Gambar Sekitar SBB 2014
Ni bro BoniKacak! Nyanyikan satu lagu khas untuk Yeos selaku penaja utama SBB 2014 kali ni. Sekali terlupa lirik, tapi tetap cool! 

Gambar Sekitar SBB 2014
Ni abam speaker yang hensem. Sempoi dan santai tapi best, jadi suasana lebih meriah!


Gambar Sekitar SBB 2014
Bro Zarul Umbrella dengan tagline, "The Singing Blogger" bercerita kisahnya dalam dunia blogging.

Gambar Sekitar SBB 2014
Antara blogger hebat yang hadir. Dari kiri, BoniKacak, Azri Johan, Kozumiro, Khairil Mazri.

Gambar Sekitar SBB 2014
Antara keseluruhan blogger yang hadir bergambar beramai-ramai sebelum bersurai! Meriah!

Secara keseluruhannya, segalanya berjalan dengan sangat lancar disertai dengan tentatif program yang diselitkan dengan cabutan bertuah setiap kali selepas sesi forum atau ucapan dari pelbagai pihak.

Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah aku tak siapa yang tahu. Dalam banyak-banyak cabutan bertuah tu, tak tersenarai pun nama aku untuk menang hadiah. haha. Belum ada rezeki la tu.

Terima kasih kepada #TeamDenaihati atas penganjuran program sebesar ini, terima kasih kepada yang sudi hadir, yang sudi tegur aku, jumpa aku. Korang memang the best! Semoga tahun mendatang akan lebih hebat lagi.

credit gambar : ILuvTour.com dan AkuBioMed.com
Continue Reading----->

Pengundian Malaysia Social Media Week 2014 Bermula

Tuesday, February 4, 2014

Pengundian Malaysia Social Media Week 2014

Malaysia Social Media Week 2014 kini dah masuk fasa pengundian, atau dalam makna yang lain dah masanya untuk korang semua menjalankan tugas membuat pengundian blog manakah yang layak dinobatkan sebagai yang terbaik.

Untuk pertama kalinya aku mencalonkan diri dalam MSMW2014 kali ini dengan menamakan blog ini dalam kategori Best Educational Blog sebagaimana yang terkandung dalam blog ini mengenai pembelajaran dunia SEO.


Pengundian Bermula

Setiap orang hanya layak mengundi satu blog SAHAJA bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Oleh itu, buatlah penilaian dengan sebaik mungkin sebelum membuat undian korang tu.

Boleh tak buat email banyak kemudian undi blog sendiri? Haha. Yang ini aku tak pasti Kalau korang rajin nak buat, pergilah sign up beratus email dan undi blog korang tu. Tapi kita perlu sedar, kemenangan itu nanti pastinya akan menjadi pertikaian kalau blog korang tersebut dirasakan tidak layak menang.


Kepentingan Menjadi Pemenang

Kemenangan ini pasti menjadi perhatian pihak pengiklanan dan autoriti blog tersebut untuk dijadikan sebagai idola ataupun bahan rujukan orang ramai. Jadi kemenangan itu semestinya memberikan penghormatan ataupun kepuasan kepada penulisnya.

Merujuk kepada penulisan di blog aku ni sendiri, aku tidak dapat menilai sejauh mana bergunanya penulisan aku ini kepada orang lain tapi apa yang pasti aku menulis untuk berkongsikan ilmu yang aku sendiri perolehi untuk pengetahuan korang semua.

Menjadi pemenang semestinya impian bagi setiap blogger, begitu jugak aku. hehe. Tapi Segalanya terletak di tangan pembaca blog ni jugak, semuanya bergantung kepada pemerhatian korang terhadap penulisan yang terkandung dalam blog ni.

Pada aku, penganugerahan ini adalah satu penghormatan yang tinggi nilainya dan dalam masa yang sama menaikkan lagi motivasi aku untuk terus mencari ilmu SEO dan kongsikan di blog ni.

Banyak lagi ruang untuk kita belajar mengenai SEO ni kerana perubahan google algorithm yang sentiasa dikemaskini saban tahun. Mungkin aku akan cari penulis lain jugak (guest post) untuk berkongsikan ilmu SEO mereka nanti.

InsyaAllah kalau berkesempatan, aku akan cuba buat satu subdomain khas untuk korang bertanyakan kepada aku atau berkongsi ilmu masing-masing mengenai SEO. Lebih kurang macam mini forum mengenai SEO lah dalam bahasa melayu.

Kepada korang yang belum mengundi bahagian Best Educational Blog tu, boleh la tengok dan buat penilaian sebaiknya sebelum mengundi. Selamat mengundi, laksanakan tanggungjawab anda. :)
Continue Reading----->

Malaysia Social Media Week 2014 Kembali Lagi

Tuesday, January 21, 2014

Malaysia Social Media Week 2014 Kembali Lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rasanya seperti baharu sahaja Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013 berlangsung tahun lalu. Kini tibalah masanya blogger-blogger hebat tampil menunjukkan kehebatan dan pengaruh mereka dalam dunia internet ni.

Dalam banyak blogger dan webmaster ang tersenarai, rasanya ramai lagi yang lebih hebat tapi masih belum menampilkan dirinya selaku yang terhebat. Terhebat di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk akan kehebatan blog atau website yang di miliki tetapi lebih kepada penghargaan kepada sesebuah blog tersebut.



Malaysia Social Media Week 2014 Lebih Meriah

Menghimpunkan ramai blogger yang hebat dari seluruh Malaysia, MSMW2014 merupakan satu fenomena di mana hari penganugerahan kepada mereka yang sememangnya layak untuk diangkat menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Dihadiri juga dengan barisan artis dan menteri jemputan untuk memeriahkan algi majlis pada malam gala penganugerahan itu nanti, rasanya kehadiran tetamu nanti bukan sahaja calon tetapi juga menarik minat pihak media untuk membuat liputan secara langsung atau tidak langsung.

Bagi saya sendiri, penganugerahan ini lebih kepada menaikkan semangat dan motivasi diri kepada setiap penulis dan pemilik website untuk terus bekerja keras demi memajukan industri dunia internet ini bagi memberikan yang terbaik kepada pengguna.

Namun, apa yang pasti, yang hebat tetap jadi yang terhebat dalam kalangan pembacanya walaupun tidak menang anugerah ini sekali pun malah jadikan kekalahan itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Continue Reading----->

Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia

Wednesday, October 9, 2013

Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia

Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia? Aku dulu pernah la jugak berjinak-jinak dengan dunia forex ni. Tapi tak lama aku bertahan sebab takde modal yang besar.

Apa pulak forex dengan instaforex ni? Dua benda yang berbeza tapi tak jauh beza. Forex tu nama aktiviti pertukaran mata wang asing dan instaforex ni macam platform untuk kita buat trade duit tu la.

Takde platform lain ke? Sebenarnya ada banyak lagi platform untuk forex ni tapi memang yang ini aku syorkan kalau korang ada berminat nak ceburi bidang ni.

Sebabnya syarikat ni ada pusat dia kat Malaysia dan staf dia pun boleh cakap bahasa melayu. Semuanya jadi mudah kalau ada apa-apa masalah kalau support terbaik.


Email Daripada InstaForex Malaysia

Broker Antarabangsa InstaForex amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Kempen Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia kini sedang berlangsung. Melalui penyertaan anda di dalam Kempen Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia, anda akan berpeluang untuk dinobatkan sebagai pemenang sekaligus membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Inspira. 

Sekiranya anda mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta baru yang berkilat berada di dalam garaj anda, maka segeralah mendaftar bagi memastikan bahawa diri anda layak untuk menyertai Peraduan Proton Inspiran untuk Pedagang Forex Malaysia, dan mungkin kali ini tuah akan memihak kepada anda!

Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai peraduan ini, pastikan anda memenuhi kesemua syarat-syarat Kempen Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia seperti yang berikut: Mengisi akaun perdagangan anda sekurang-kurangnya $ 1,000, mendaftar di laman pendaftaran kempen, dan berdagang dengan jumlah keseluruhan dagangan sekurang-kurangnya 1,500 lot.

Kempen Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia ini akan bermula dari 7 Februari 2013 hingga 25 Julai, 2014. Oleh yang demikian, pada Julai 2014, salah seorang daripada para peserta peraduan akan diumumkan sebagai pemenang, serta akan berlangsung acara penyerahan kunci kepada pemilik kereta Proton Inspira! 

Sekiranya anda seorang yang bersifat terbuka dan dinamik, dan ingin merasai keselesaan di kota metropolitan dan membawa rakan bersiar-siar, anda harus segera merebut peluang keemasan ini dengan menyertai Kempen Proton Inspira untuk memiliki hadiah utama dari InstaForex - Proton Inspira.

Penentuan bagi pemenang Proton Inspira akan dilakukan melalui prosedur yang benar-benar telus. Pemenang Proton Inspira akan ditentukan secara rawak oleh algoritma yang telus menggunakan beberapa nombor Proton (lihat prinsip pembentukan nombor proton). Pendaftaran peraduan berakhir satu jam sebelum nombor Proton ditetapkan.

Mana-mana peserta yang menyertai Kempen Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia berpeluang untuk meningkatkan kebarangkalian untuk menang - lebih banyak akaun yang didaftarkan untuk kempen ini, maka lebih tinggi peluang untuk anda menang!

Maklumat terperinci mengenai penyertaan peraduan dan Kempen Proton Inspira untuk Pedagang Forex malaysia boleh diperolehi di halaman Peraturan Kempen.

Hadiah cabutan bertuah Proton Inspira ini dijalankan dalam siri pertandingan dan kempen dengan jumlah hadiah melebihi daripada 500 000 USD. Sekiranya anda merupakan pelanggan InstaForex - maka anda berpeluang untuk mendapatkan sebahagian daripada jumlah ini dan membawa pulang salah satu daripada premium dan kereta kelas perniagaan - Porsche Cayenne dan Porsche Cayman!

Sincerely,
InstaForex PR Releases Department

Teringin nak dapatkan teknik trade forex yang betul? Download di sini :  Ebook Rahsia Forex Sebenar. Sahabat blogger aku, ThaqibZaki kini mula menjana profit tak terkalah!

Continue Reading----->
 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts