Taubat Aku Beli Age Domain? Ya memang aku dah taubat nak beli domain berusia ni. Tak tau lah mana silapnya tapi aku rasa agak leceh nak beli domain yang berusia ni.
Memang kita selalu digembar-gemburkan dengan kelebihan mempunyai domain berusia ni tapi TAHUKAH korang bahawa domain yang berusia ni perlukan penelitian yang khusus dan terperinci sebelum korang membelinya?
Banyak faktor yang perlu diperhatikan seperti Trust Flow, Backlink Health, Backlink profile dan sebagainya. Harus diingat satu perkara, membeli domain berpagerank tinggi tidak semestinya domain itu 'sihat' dan backlink profile domain tersebut haruslah dilhat dahulu supaya ianya sesuai dengan niche blog yang bakal kita pilih nanti.
Domain Sedap dan Tinggi Exact Match Domain
Kebanyakan domain yang mempunyai volume search yang tinggi adalah domain yang mempunyai bunyi yang sedap. Contoh seperti libraryarticles.com, marketingtoday.com dan macam-macam lagi.Tapi itu juga masih tidak menjamin kesihatan domain tersebut. Membeli domain diibaratkan seperti mengambil anak angkat yang sudah agak dewasa mengikut jumlah umur dan latar belakangnya harus diambil kira.
Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku membeli expired domain dan masa tu memang zero pasal kajian domain ni. Selepas setup kat blog, sampai sekarang artikel tu masih tidak diindex walaupun dah guna template super power (on page betul) dan off page sesuai dengan blog baharu.
Selepas aku membaca artikel tentang "how-to-build-a-high-pr-blog-network" ni, baru aku sedar yang aku telah buat kesilapan besar. Dan ianya ternyata benar apabila aku beli domain lain, dengan entri yang sama dari segi tajuk, domain baharu mendahului domain yang lama dari segi index status.
Checking The Backlink Profile Of The Domain
This is freaking important!
This is freaking important!
This is freaking important!
Haa tu ayat yang aku baca dari blog Tung Tran tadi tu. Memang sangat sangat penting untuk check dulu profile domain tu. Kalau tak, memang korang akan mengalami murung yang berpanjangan nanti.
Kalau ada yang masih ingat dalam entri aku sebelum ni, aku pernah berjanji untuk kongsikan mengenai google Pagerank. Sampai sekarang masih simpan draft artikel-artikel tersebut.
Terfikir jugak nak buat Private High Pagerank Blog Network sendiri. Aku perasan dan ada IM yang mulakan PBN ni dah mula memperoleh pagerank yang tinggi perlahan-lahan. Bagus! Boleh je nak buat rangkaian blog untuk naikkan pagerank dengan blogger lain, tapi malu ah. Blog aku ni baru lagi.
Share :
masa aku pi meeting wakil google singapore dulu pon ada diorg advise psl kena check benda alah tu semua
ReplyDeleteitulah. kalau tak check, memang terasa rugi sangat buat blog yang dah siap sempurna tapi tak index.
Deletebenda baru yang saya baru tahu!
ReplyDeleteAssalammualaikum,...bro khairol,
ReplyDeleteage domain apa maksudnya... adakah kita beli domain yang pernah kita guna suatu tika dulu... kurang faham.
mselim3
age domain ni adalah domain yang sudah berusia. kiranya domain tersebut pernah digunakan oleh blog lain dan mungkin dah dapat pagerank yang tinggi serta backlink yang bagus.
Deletenamun tak mustahil domain tersebut mempunyai rekod yang buruk. merujuk soalan mSelim, domain tu boleh jadi domain yang pernah kita guna ATAUPUN domain yang orang lain dah guna. bezanya, kalau domain tu kita pernah guna dulu, kita tau lah sejauh mana kekuatan domain tersebut dan niche yang pernah kita guna sebelum ni.
manakala kalau domain tu kita beli dari orang lain/expired domain, kita tak tahu sejauh mana kekuatan dan kesihatan domain tersebut. jadi penelitian secara khusus adalah sangat penting sebelum membeli domain tersebut. harap membantu.
Betul jugak tu, dulu rajin jugak beli domain name. tapi tak cek betul-betul sbb beli tu kejar pagerank tinggi dgn back link yang banyak. akhirnya blog tu tak ke mana, penat badan je setup..
ReplyDeleteoooo baru faham benda alah ni :)
ReplyDeletehm.. ilmu yang bermanfaat ni walaupun den tak rajin nak beli age domain ni
ReplyDeletebro macam mana nak check kekuatan domain, backlink samada ok atau x bro
ReplyDeletealamak saya pon baru lepas beli domain. langsung tak paham macam mana nak check..
ReplyDeleteOh, baru tahu, ada kesan sampingan juga ye beli domain lama ni. Ni kira domain terpakai la ye?
ReplyDelete