Setelah sekian lama aku menggunakan platform blogspot, kini aku mula mengorak selangkah kehadapan dengan menggunakan platform berbayar wordpress. Aku pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku bertukar platform sedangkan blogger platform sudah cukup kuat untuk SEO kalau kena caranya?
wordpress atau blogger
Kalau korang follow perkongsian aku dari dulu, aku pernah cakap nak merancang untuk melangkah kehadapan dalam entri Cubaan Melangkah ke Peringkat Seterusnya yang mana aku bercadang untuk menjadi web developer dan bertukar ke platform WordPress adalah langkah pertama dan paling penting dalam membina satu website yang multifunction.
Bertukar ke platform WordPress agak mencabar bagi aku sebab struktur coding (bahasa coding) yang digunakan berbeza. Kalau guna Blogger platform dulu, aku bermain dengan bahasa HTML manakala WordPress ni guna PHP. Nasib baik custom CSS dia tak beza pun.
Thesis Theme Pilihan Utama
Pemilihan theme thesis ni memang dari aku guna platform Blogger dulu dah memang minat sangat sebab theme yang ringan, SEO Optimized, clean design dan macam-macam lagi. Kalau guna Thesis 2.x lagi best, dah siap setup markup schema dan responsive! Responsive ni sangat penting sebab pengguna mobile dah semakin ramai.
Cakap pasal pengguna mobile ni, aku pernah promote satu entri kat page 500k dan aku dapati 85% pengunjung yang datang adalah pengguna mobile! Mungkin kita boleh buat andaian, “Alaa tu pengunjung daripada facebook, memang lah banyak mobile user!” . Yaa betul, facebook user memang kebanyakkannya mobile user tetapi satu perkara yang harus kita ambil tahu :
“Organic user yang datang daripada search engine juga mempunyai portion yang tinggi daripada mobile sekitar 45-50%. Cuba bayangkan kalau theme kita tak mobile user, kita mungkin kehilangan separuh daripada targetted traffic yang datang dan memang satu kerugian kerana kehilangan prospek yang berkualiti”
Namun, sengaja aku guna Thesis 1.8.5 untuk memahirkan diri sendiri dengan custom coding CSS dan custom function. Bagusnya custom CSS dan custom function ni kita boleh override semua default CSS dengan function yang ada jadi 100% kita boleh customize ikut suka hati kita. Sebab itu kita pernah nampak blog berita ke blog tech, tapi base theme guna thesis. Memang terbaik lah!
Guna WordPress Dengan Tujuan Tertentu
Kalau dulu aku tak bercadang untuk bertukar ke platform WordPress atas sebab-sebab yang aku nyatakan dalam entri “Kenapa Aku Tak Tukar ke WordPress?” , sekarang aku dah buat keputusan kalau nak lebih advanced, kena tukar ke WordPress. Jadi, aku sahut cabaran my boss Shah Danial untuk teruskan minat membina website berautoriti yang lebih advanced dari segi coding.
Okeh, kira langkah pertama sudah aku lakukan, belajar PHP pun google je, dalam dua tiga minggu ni memang banyak masa aku habiskan main coding je, tu yang tak terupdate. haha. Nak membina blog berautoriti pun lebih mudah untuk peringkat permulaan dengan penggunaan teknik SEO redirection. Apa tu? Jeng jeng jeng!
Untuk apa blog berautoriti ni? Tujuan utama aku adalah untuk membina satu rangkaian Private Blog Network dan perlukan satu kajian khas mengenai blog networking ni macam cara nak elakkan footprint, relevancies dan macam-macam lagi. Fokus pertama adalah pembinaan autoriti website dahulu baru lah selitkan link untuk jaringan juice link.
Secara personal, aku lebih suka interface wordpress ni berbanding blogger. Daripada pengalaman aku sendiri guna blogger platform, aku dapat rasakan yang memang sebenarnya menggunakan platform wordpress ni adalah lebih advanced. Maksud advanced di sini bukanlah lebih bagus kalau masih dalam kategori niche ‘blogger’, tapi advanced kat sini adalah untuk customize theme dia sahaja. Advanced untuk coding dengan function-function yang tak ada dalam platform blogger. Itu sahaja.
Memang pada awalnya aku rasa amat janggal dan asyik usha je blogger dashboard tu bila dah start tension tengok dashboard wordpress ni. Tetapi lama-lama mengadap coding semua, dashboard blogger pulak jadi janggal nak login. Kepada korang yang memang dah lama guna wordpress, kenapa korang guna dan pilih wordpress? Bagaimana penilaian korang dari segi SEO?
Share :
No comments:
Post a Comment
Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.