Rasanya dah berbulan jugak aku menyepi daripada dunia blogging ni ye. haha. sebenarnya fokus aku untuk sebulan dua yang lalu adalah kepada penambahbaikan dari segi asset blog yang aku miliki untuk lebih banyak buat duit. Ya, aku lebih fokus kepada blog yang boleh bagi income yang aku rasa lebih berbaloi daripada yang lainnya.
Tak banyak yang aku dapat kongsikan lagi kat blog ni sebab dah selalu main coding dan setup blog serta support-support tertentu lebih terarah kepada blog-blog lain termasuklah belajar lagi pasal SEO dengan forum-forum indonesia, blog-blog mat salleh, webinar dan macam-macam lagi.
Jadi sedikit sebanyak mood menulis tu dah jadi agak kelaut. Sampai masa tu, ingat nak take down ke website ni tapi apabila teringat tujuan utama blog ni ditubuhkan adalah untuk memberi seberapa banyak manfaat kepada blogger lain tentang dunia internet dan SEO walaupun pernah mendapat tentangan dan sindiran daripada beberapa pihak tertentu, aku teruskan jugak menulis tentang apa yang aku tahu untuk manfaat semua orang.
Fokus Blog Bernilai Tinggi
Tiba masanya kita tak boleh nak fokus kepada satu blog sahaja. Ya, aku tak nafikan sesetengah daripada blogger yang berjaya sudah cukup dengan satu blog sahaja, menjana income dengan pelbagai produk affiliate, advertorial, review dan sebagainya, tetapi bagi mereka yang ingin fokus kepada satu niche tertentu, boleh la pelan-pelan mengatur strategi baru daripada bawah untuk peringkat permulaan blog berniche anda. 

Ramai yang terlalu risau dengan backlink. Sebenarnya tak perlu pun off-page SEO tu. Bukan maksudnya tak penting, backlink sangat penting untuk rankingkan sesebuah website. Tapi untuk kesan jangka panjang, anda haruslah tidak terlalu aggresif untuk buat backlink. Ini kita panggil backlink velocity. Ianya sangat berkait dengan seberapa kerap anda buat posting untuk blog tersebut.
Kalau untuk buat blog set and forget macam saya sekarang, anda haruslah fokus kepada building backlink dengan konsistan menggunakan teknik tier backlink yang dirasakan cukup untuk mengalirkan juice untuk rank top google first page. teknik juice ini dah biasa orang guna untuk jenis set and forget! Selagi mana kekuatan juice yang diberikan kepada blog itu tidak ditandingi, selagi itulah akan tetap duduk first page google.
Banyak cakap banyak salah dan silapnya. Aku sendiri pun belajar daripada orang lain, daripada bahan bacaan yang ada di google serta webinar SEO yang aku sertai. Sesetengah orang berjaya buat, sesetengah orang tak menjadi. Banyak sangat faktor yang mempengaruhi. boleh jadi domain yang anda beli itu tidak cukup bagus atau mempunyai reputasi tidak baik.
Insyallah akan datang kalau aku mula konsistan dengan blog-blog aku ni, aku akan cuba bukak course ini kepada korang semua ya.
Dengar macam ada kontest SEO sedang berlangsung. Semoga berjaya blogger sekalian. Semoga terus rancak dunia blogger Malaysia!

Share :
No comments:
Post a Comment
Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.