Pembelajaran di peringkat universiti sememangnya lebih mencabar berbanding dengan masa sekolah dulu. kalau masa sekolah, kita diberikan kerja sekolah setiap hari dan perlu disiapkan tanpa banyak karenah sebab takut kena rotan.
Berbeza dengan kehidupan di universiti di mana korang akan berhadapan dengan pelbagai karenah pensyarah pulak. Ada pensyarah yang bagus pengajarannya dan ada jugak yang mengajar ikut suka hati mereka.
Akibatnya, pelajar itu sendiri yang susah nak paham apa yang diajarkan oleh pensyarah tersebut. Bukan sebab pensyarah itu tidak professional tapi lebih kepada cara penyampaian mereka yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pelajar.
Pilih Pensyarah Dengan Betul
Ramai di antara kita yang belajar kat universiti ini lebih cenderung untuk belajar dengan pensyarah pilihan diorang. Sebabnya nanti tak ada lah korang pening kepala atau pun segan nak bertanyakan soalan. Lebih-lebih lagi kalau pensyarah korang tu foreigner.
Lebih elok kalau korang buat servey dulu tentang siapa dan bagaimana seseorang pensyarah tu mengajar.
Jangan main hentam je ambil nak belajar dengan mereka. Kalau tak kena cara belajar dengan cara kita, alamat lingkup lah pelajaran korang nanti. Macam berpengalaman je, ya memang aku pernah kena dulu.
Lebih elok kalau korang buat servey dulu tentang siapa dan bagaimana seseorang pensyarah tu mengajar.
Jangan main hentam je ambil nak belajar dengan mereka. Kalau tak kena cara belajar dengan cara kita, alamat lingkup lah pelajaran korang nanti. Macam berpengalaman je, ya memang aku pernah kena dulu.
Teknik Berjaya di Alam Universiti
Memandangkan masa kita semua belajar di universiti ni terhad sebab satu semester tu dalam 4 ke 5 bulan sahaja, jadi biasalah kalau korang akan hadapi peperiksaan demi peperiksaan dalam masa yang terdekat.
Jadi sebab itu fokus korang amatlah penting untuk 4 ke 5 bulan tersebut untuk menjaga carry mark ataupun markah terkumpul sehingga peperiksaan akhir nanti.
Dengan menggunakan beberapa teknik yang aku sendiri gunakan sekarang, ianya agak berkesan pada aku tapi tak tahu lah kepada orang lain. Antaranya :
1) Belajar sambil menulis, mendengar dan berfikir adalah yang terbaik untuk korang paham apa yang diajarkan oleh pensyarah korang nanti.
Masalah yang paling kritikal kat sini bila pensyarah korang asyik membebel panjang tanpa memegang satu pun pen maker untuk menerangkan apa yang diajarkan.
Masalah yang paling kritikal kat sini bila pensyarah korang asyik membebel panjang tanpa memegang satu pun pen maker untuk menerangkan apa yang diajarkan.
Jadi kena bijak lah tegur dia ke macam mana, ataupun terpaksa belajar dengan kawan korang sendiri. inilah perbezaan yang paling ketara berbanding di zaman sekolah dahulu.
2) Pastikan setiap apa yang diterangkan, samada melalui percakapan ataupun perbincangan di dalam kelas tu, korang tulis isi penting supaya korang tidak akan terlepas pembelajaran tentang topik tersebut.
Ini penting untuk rujukan korang buat masa hadapan, lebih-lebih lagi ketika menghadapi peperiksaan. Banyak bakal soalan nanti tak lari daripada apa yang korang belajar dalam kelas.
3) Fokus 200% ketika di dalam kelas. Jangan lah masih nak main dengan telefon bimbit korang tu lagi buat masa ni. Kalau girlfriend ke boyfriend korang hantar mesej pun jangan balas. Bukan dia yang tolong kita nak jawab soalan nanti kalau tak boleh jawab.
Nampak ayat aku macam simple, fokus dalam kelas. Tapi tak ramai yang alert dengan nasihat aku ni. Percayalah, kalau korang fokus dalam kelas, insyaallah apa yang korang belajar tu senang nak recall balik.
4) Berinteraksi dengan pensyarah. Diorang ni pun manusia jugak. Jadi kalau korang duk tunjuk semangat nak belajar dengan dia tu, acah-acah rajin belajar depan dia pun okay.
Biarkan diorang kenal siapa korang tu. maksud aku bagi dia ingat nama korang, jadi kalau ada masalah ke tak paham, korang takan segan nak bertanya.
Kalau korang amalkan 4 killer tips ni dalam pembelajaran korang, insyaAllah korang akan berjaya nanti dengan usaha serta doa tu. Lagi satu, jangan tinggal solat! Hubungan dengan yang Esa pun kena jaga jugak. Tak guna berjaya tapi tak dapat berkat belajar. Semoga bermanfaat.
Share :
Belajar dekat mana nie bro? Bestnye boleh pilih pensyarah... Sy duduk swasta pn tak boleh nak main pilih2...
ReplyDeletekat uiam je bro. pilih tu pun kalau masih ada kekosongan. setiap lecturer ada kuota berapa student dia boleh ajar.
DeleteAku dah lama tinggalkan ipt, dah tak ingat cara macam mana aku belajar dulu. Apa pun mmg penting untuk fokus dalam kelas....
ReplyDeleterindu dgn zaman politeknik...
ReplyDeleteskg da keje, relax je..
hihi
Sokong dengan teknik berjaya di alam universiti. kena fokus selalu. enjoy sekali sekala memang boleh. Tetiba rindu dengan zaman universiti walhal baru berapa bulan habis.
ReplyDeletebelajar ni memang seronok. Serius, memang seronok. Tapi sekarang..memang aku dah malas dah nak belajar. haha..
ReplyDeletememang cabaran besar jadi seorang mahasiswa
ReplyDeletePernah sekali kena ulang modul..gara2 tak suka dengan cara penyampaian pensyarah tu..haha
ReplyDeletehuhu sekarang nie dah nak final exam, tapi nak study tue malas je nak buka biku..
ReplyDelete