Malaysia Social Media Week 2014 Kembali Lagi

Tuesday, January 21, 2014

Malaysia Social Media Week 2014 Kembali Lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rasanya seperti baharu sahaja Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013 berlangsung tahun lalu. Kini tibalah masanya blogger-blogger hebat tampil menunjukkan kehebatan dan pengaruh mereka dalam dunia internet ni.

Dalam banyak blogger dan webmaster ang tersenarai, rasanya ramai lagi yang lebih hebat tapi masih belum menampilkan dirinya selaku yang terhebat. Terhebat di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk akan kehebatan blog atau website yang di miliki tetapi lebih kepada penghargaan kepada sesebuah blog tersebut.



Malaysia Social Media Week 2014 Lebih Meriah

Menghimpunkan ramai blogger yang hebat dari seluruh Malaysia, MSMW2014 merupakan satu fenomena di mana hari penganugerahan kepada mereka yang sememangnya layak untuk diangkat menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Dihadiri juga dengan barisan artis dan menteri jemputan untuk memeriahkan algi majlis pada malam gala penganugerahan itu nanti, rasanya kehadiran tetamu nanti bukan sahaja calon tetapi juga menarik minat pihak media untuk membuat liputan secara langsung atau tidak langsung.

Bagi saya sendiri, penganugerahan ini lebih kepada menaikkan semangat dan motivasi diri kepada setiap penulis dan pemilik website untuk terus bekerja keras demi memajukan industri dunia internet ini bagi memberikan yang terbaik kepada pengguna.

Namun, apa yang pasti, yang hebat tetap jadi yang terhebat dalam kalangan pembacanya walaupun tidak menang anugerah ini sekali pun malah jadikan kekalahan itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.


Share :

28 comments

  1. Replies
    1. tak tau lah nak nominate ke tak. macam tak ade orang undi je. hehe

      Delete
    2. dah calonkan diri bro. hehe

      Delete
  2. Bgus juga kalau masuk utk menjenamakan blog =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro. lagi kalau menang, boleh senang sikit nak dapatkan advertising ni.

      Delete
  3. try la,, mana tahu ko boleh menang,, biar aku tolong vote dan promote,, aku rajin lagi ni,, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi. rajin benor ko ni. tengok la nanti macamana. :)

      Delete
  4. Replies
    1. tak pergi kott. mungkin laa sebab ada hal sikit hujung bulan tu.

      Delete
  5. siapa layak boleh mencuba mana rezeki.teringin nak pergi tapi tak tahu lagi semoga berjaya siapa yang bertanding

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu suri. mane tahu rezeki menang kan. tuah manusia siapa yang tahu. hehe

      Delete
  6. oh ingatkan masuk, kalau masuk ok jugak.. nanti aku undi.. hehehe

    ReplyDelete
  7. masuk je. menang kalah belakang ceritanya.

    ReplyDelete
  8. aku rasa lah ramai blogger bawah tanah yang hebat - hebat , tapi aku tak perasan lagi.
    kalau blogger yang kearah politik pun aku rasa penulisan mereka ada yang hebat - hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penulisan orang politik memang hebat. sangat makan dalam kalau kita baca.

      Delete
  9. Seamat berjaya bro. Saya pun mencalonkan diri juga tetapi belum diluluskan oleh MSMW.

    ReplyDelete
  10. Aku tak masuk MSW sebab masih baru lagi dalam dunia blog. kalau bro masuk aku undi. :)

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. masukk. tu ada banner kat sidebar tu. kalau sudi nak undi, sila lahh.

      Delete
  12. Ramai yang sudah sertai termasuk saya mencalonkan 2 blog. :-)

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum.. khai,

    ingat mselim3 nak masuk gak pencalonan difikir2 nanti lah ada byk perkara nak "touch up" blog nie.. Maklumlah blogger tua..huhuhuhu...

    mselim3

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts