Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rasanya seperti baharu sahaja Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013 berlangsung tahun lalu. Kini tibalah masanya blogger-blogger hebat tampil menunjukkan kehebatan dan pengaruh mereka dalam dunia internet ni.
Dalam banyak blogger dan webmaster ang tersenarai, rasanya ramai lagi yang lebih hebat tapi masih belum menampilkan dirinya selaku yang terhebat. Terhebat di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk akan kehebatan blog atau website yang di miliki tetapi lebih kepada penghargaan kepada sesebuah blog tersebut.
Malaysia Social Media Week 2014 Lebih Meriah
Menghimpunkan ramai blogger yang hebat dari seluruh Malaysia, MSMW2014 merupakan satu fenomena di mana hari penganugerahan kepada mereka yang sememangnya layak untuk diangkat menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.Dihadiri juga dengan barisan artis dan menteri jemputan untuk memeriahkan algi majlis pada malam gala penganugerahan itu nanti, rasanya kehadiran tetamu nanti bukan sahaja calon tetapi juga menarik minat pihak media untuk membuat liputan secara langsung atau tidak langsung.
Bagi saya sendiri, penganugerahan ini lebih kepada menaikkan semangat dan motivasi diri kepada setiap penulis dan pemilik website untuk terus bekerja keras demi memajukan industri dunia internet ini bagi memberikan yang terbaik kepada pengguna.
Namun, apa yang pasti, yang hebat tetap jadi yang terhebat dalam kalangan pembacanya walaupun tidak menang anugerah ini sekali pun malah jadikan kekalahan itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Share :
bro ada masuk juga ke...?
ReplyDeletetak tau lah nak nominate ke tak. macam tak ade orang undi je. hehe
Deletebiar saya kasi undi punya!
Deletedah calonkan diri bro. hehe
DeleteBgus juga kalau masuk utk menjenamakan blog =)
ReplyDeletebetul tu bro. lagi kalau menang, boleh senang sikit nak dapatkan advertising ni.
Deletetry la,, mana tahu ko boleh menang,, biar aku tolong vote dan promote,, aku rajin lagi ni,, :D
ReplyDeleteamboi. rajin benor ko ni. tengok la nanti macamana. :)
Deletebro pergi event ni??
ReplyDeletetak pergi kott. mungkin laa sebab ada hal sikit hujung bulan tu.
Deletesiapa layak boleh mencuba mana rezeki.teringin nak pergi tapi tak tahu lagi semoga berjaya siapa yang bertanding
ReplyDeletebetul tu suri. mane tahu rezeki menang kan. tuah manusia siapa yang tahu. hehe
Deleteoh ingatkan masuk, kalau masuk ok jugak.. nanti aku undi.. hehehe
ReplyDeleteiyee je ko ni nak undi. :D
Deletemasuk je. menang kalah belakang ceritanya.
ReplyDeletetak nak undi blog ni :p
ReplyDeletehahaha. gua wrestling lu mau?
Deleteaku rasa lah ramai blogger bawah tanah yang hebat - hebat , tapi aku tak perasan lagi.
ReplyDeletekalau blogger yang kearah politik pun aku rasa penulisan mereka ada yang hebat - hebat.
penulisan orang politik memang hebat. sangat makan dalam kalau kita baca.
DeleteSeamat berjaya bro. Saya pun mencalonkan diri juga tetapi belum diluluskan oleh MSMW.
ReplyDeleteAku tak masuk MSW sebab masih baru lagi dalam dunia blog. kalau bro masuk aku undi. :)
ReplyDeleteDone undi, all the best!
Deletethanks bro. sangat dihargai. :D
DeleteEmm bro tak masuk ke???
ReplyDeletemasukk. tu ada banner kat sidebar tu. kalau sudi nak undi, sila lahh.
DeleteRamai yang sudah sertai termasuk saya mencalonkan 2 blog. :-)
ReplyDeleteuishh ade peluang nak menang tu. hehe
DeleteAssalammualaikum.. khai,
ReplyDeleteingat mselim3 nak masuk gak pencalonan difikir2 nanti lah ada byk perkara nak "touch up" blog nie.. Maklumlah blogger tua..huhuhuhu...
mselim3