Pemasaran Email Memang Terhebat

Monday, March 31, 2014

Setelah Lama Bercuti

Akhirnya setelah seminggu lebih aku bercuti, dapatlah jugak aku curi masa sikit untuk update blog ni. Maaflah kepada yang rajin singgah tapi takda apa yang baru. 

Banyak yang aku pelajari dalam beberapa minggu ni termasuklah terjebak dalam dunia internet marketing yang mana sangatlah baharu bagi aku. Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu yang berguna untuk akan datang.

Melibatkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan dan bentuk jana pendapatan sampingan ni pada aku bukan sahaja membuka mata kita untuk melihat peluang yang ada tetapi kegunaannya untuk masa akan datang juga.

Daripada pemerhatian aku sendiri, dalam perniagaan internet ini lebih tertumpu kepada teknik promosi yang digunakan. Ya, ada banyak teknik promosi yang boleh kita gunakan untuk meningkatkan jualan kita.


Pemasaran Email Menjamin Keuntungan Lebih Baik

Antara yang paling popular ialah teknik pemasaran email yang digunakan oleh ramai otai-otai usahawan internet pada masa sekarang. Dalam sistem jual beli itu sendiri, jualan akan lebih banyak terhasil jika kita berinteraksi terus dengan prospek pembeli dan pemasaran email adalah yang paling berkesan sekali.

The secret to getting more sales from your lists is to create small campaigns for each, and always be reaching out to touch those people.

Namun, bagaimana cara yang harus kita ambil untuk mendapatkan prospek kita sendiri juga harus diambil kira. Memandangkan kos untuk email autoresponder juga sudah memerlukan kos yang tinggi jika prospek kita semakin ramai, itu bukanlah satu halangan untuk kita menidakkan teknik promosi pemasaran email ni.

Sebagaimana yang aku bagitau sebentar tadi, targetted email list memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, beberapa teknik tarik trafik untuk mengumpul prospek pembeli yang berkesan haruslah menepati beberapa kriteria tertentu.

Idea yang baharu sahaja aku fikirkan dalam beberapa minggu menceburi bidang pemasaran internet ini mungkin boleh diambil manfaat untuk anda sekalian. Teknik ini adalah merupakan teknik aku sendiri yang meminimumkan kos pengelenggaraan kita.


Mailing List Prospek Pembeli Sebenar

Membina landing page yang professional
Landing page yang nampak professional biasanya meningkatkan lagi tahap keyakinan pembeli kepada produk yang ingin kita jual disamping menerapkan ayat yang menarik perhatian pembeli.

Namun bagi aku juga, menggunakan platform blog personal juga mempunyai kekuatan tersendiri dengan menjadikan diri kita sebagai testimonial yang pernah mencuba produk tersebut sekaligus memberi kepercayaan kepada produk yang ingin kita jual.

Memberikan bahan bernilai secara percuma
Teknik ini lebih menjurus kepada teknik mengumpul email list yang berkesan dengan memberi satu bahan yang mempunyai nilai yang tersendiri seperti bahan yang biasanya dijual tetapi kita berikannya secara percuma kepada prospek kita.

Menentukan bahan yang ingin diberikan juga haruslah berkaitan dengan jenis produk yang ingin kita jual kerana mereka yang mendaftar ini pastinya mereka yang serius ataupun memang berminat untuk mendapatkan produk anda tersebut. 

Selari dengan autoresponder yang berbayar, jadi jangan takut untuk mengeluarkan modal kerana insyaallah pulangannya nanti pasti lebih berbaloi.

Follow up email yang sistematik
Memandangkan sistem autoresponder ini menggunakan sistem balas email secara automatik, jadi eloklah kiranya kita menetapkan teknik yang sesuai bagi follow up email kepada prospek kita.

Sistem follow up email ini pada aku terbahagi kepada dua, yang pertama adalah untuk jualan secara pasif (tanpa closing date) dan yang kedua ialah secara aktif (dijual beberapa hari sahaja).

Namun keduanya tetap mengaplikasikan teknik penjualan yang lebih kurang sama di mana keduanya akan menggunakan 3 perisian email utama : 

1. Pertamanya ialah pendahuluan, terima kasih dan pengenalan.
2. Kedua, pengisian produk, kandungan. soft-selling dan lebih kepada mesra pembeli.
3. Ketiga, menumpukan kepada urgency ataupun teknik yang agak memaksa sedikit supaya mereka lebih cepat bertindak, closing date dan sebagainya.


Checklist Jika Kurang Berkesan

3 perisian utama (list building recipe) tersebut bagi aku cukup penting dan jika sudah mencapai tahap ketiga, anda masih belum mendapat jualan, maka beberapa langkah harus dilihat semula seperti : 

1. Ayat yang digunakan mungkin tidak bersesuaian dengan jenis prospek produk kita. Ayat yang digunakan haruslah berbeza bahasanya bagi setiap kategori produk, begitu juga target prospek kita sama ada lelaki mahupun perempuan, pelajar atau sudah bekerja, masih bujang atau sudah berumahtangga.
2. Landing page kurang menarik untuk mereka membeli. Kekuatan untuk menjana jualan adalah kepada keyakinan dan kepercayaan pembeli jadi sebab itu pentingnya menimbulkan keyakinan pembeli terhadap kita.

Ini adalah antara yang aku pelajari dalam dunia pemasaran internet. Sungguh tak aku sangka banyak lagi ruang yang harus diperbaiki dalam usaha mencari pendapatan sampingan dengan internet ni.

Perkongsian ini juga adalah idea aku sendiri daripada pemerhatian, pemikiran dan minat mendalam dalam dunia blogging + pemasaran internet. Aku juga tak pernah menghadiri sebarang kelas marketing, webinar dan sebagainya jadi segala kekurangan, harap dapat dikongsikan di ruangan komen di bawah.

p/s : perkongsian ini juga kepada mereka yang pm inbox facebook mengenai soalan pemasaran internet yang aku lakukan. 

Memandangkan aku sendiri sibuk dengan tugasan aku sebagai pelajar, perkongsian ini sebagai ganti kepada mereka yang minta aku buat kelas SEO, study case dan internet marketing. Insyaallah akan datang kalau berkesempatan aku cuba buat kelas untuk anda semua.

Share :

40 comments

  1. aku lebih suka guna blog. Tapi tak dinafikan kalau guna pemasaran email ni..berkesan untuk niche tertentu sahaja. Tak semua niche leh masuk dan sesuai untuk buat duit. Kalau pemasaran blog, semua jenis niche leh sebat. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gabung kedua-duanya jadi lagi hebat.

      Dan ada list yang responsif lagi bagus daripada trafik blog yang banyak, bukan? :)

      Delete
    2. betul tu. kalau blog ni kita boleh goreng pape je. hehe

      Delete
    3. blog + emel marketing...mmg boleh kebabooom!

      thanks masta shah!

      Delete
  2. tudiaaaa panjang aihh -_-

    pendapata ek? :3

    ReplyDelete
  3. pemasaran email kalau digabungkan dengan blog akan menjadi lebih baik. Blog untuk mencari pelanggan manakala pemasaran email untuk follow up pelanggan yang diperolehi daripada blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. blog medium terbaik cari pelanggan. email sebagai medium interaksi dengan pembeli. itu sahaja.

      Delete
  4. Assalammualaikum...khai,

    dulu mselim3 pernah gak terlibat dengan e-mail marketing.. sebab masa tu , penangan e-book.. untung 100% . Modal kecil untung besar janji pemasaran menggunakan e-mail kena dan tepat pada golongan sasaran.. Janji rajin dan tak cepat putus asa. Tapi sekarang lebih tumpu pada blog aje..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sasaran yang tepat tu pun penting jugak. jangan silap target sudah lah. rugi je nanti.

      Delete
  5. tgh pulun belajar pasal bab ni selain SEO.. boleh dikatakan email marketing antara senjata pakar affiliate.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO tarik trafik, email marketing untuk interaksi dengan prospek. jangan sia-siakan. jangan putus asa belajar SEO tuan! (Y)

      Delete
  6. Aku pernah jugak 'terbuat' emel marketing cara 'org takde duit'...mmg kdr keberhasilannya lebih tinggi berbanding klik yg diperolehi melalui blog.

    tinggal nak kena laburkan modal dan usahakan apa yg bro tulis kat atas tu...

    thanks bro utk perkongsian ni! terbaik bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba-cuba dulu bro lama-lama mahir lah nanti. teruskan! ada masa nak personal coach, tau kan kat mana nak cari aku. macam biasa lah. hehe

      Delete
  7. masih terkial2 tentang pemasaran guna email...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fokus pada trafik generation dulu bro. sebab tanpa impression, tak ada lah prospek. guna la SEO ke adword ke fb ads.

      Delete
  8. saya booking kelas online dengan bro!..terbaik perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. booking kelas online? haha. kelas online saya kat sini je bro. kalau personal tu dah lain cerita dah. sebab itu makan masa saya jugak, tenaga dan lain-lain. :P

      Delete
  9. Replies
    1. blog pun power jugak, masih ada kekuatan tersendiri jugak bro. bagi dalaman power dulu baru google suka.

      Delete
  10. tak pernah try lagi pemasaran email ni..tak pernah tergerak hati nak buat huhu

    ReplyDelete
  11. mantap! otai baru sedang dilahirkan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. otai? hehe aku masih petai je bro. masih belajar. mari la sesama belajar, ambil mana teknik yang sesuai dengan diri kita.

      Delete
  12. semua ada trick nak jada duit sah bukan mudah semua pelru perancagan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu suri. yang penting perancangan kena jelas.

      Delete
  13. dah penah buat..memang best hasilnya..tapi susah sikit nak maintain..sebab kekangan masa juga..dh buat..susah nak tinggalkan..nak follow up message tu kekadang malas..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak ar. layan karenah diorang ni nanti, soalan kemain banyak. hehe

      Delete
  14. Opps kawe pun sibuk bercuti last two weeks. Sama lah kita ehhh. Btw, e-mail marketing ni adehhh tak larat lah.. too costly dan banyak ambil masa. Kalau tak tahan hati, payah ehhh. Ni kerja marketer full time je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro. memang costly, mau paling cikai pun 30USD sebulan untuk autoresponder je. yang penting kita try bila blogger jadi IM. :P

      Delete
    2. Masaalahnya bila yg cikai tu mmg cikai betul. Abis duit je guna. Satu-satunya autoresponder yg kawe cuba dan puas hati ialah Aweber. Tapi hang tau la brp sebulan nak bayar. Tu belum lagi bila list dah banyak, kena upgrade. Masaalahnya bila dalam list dah banyak tapi bila kita e-mail nobody respond (beli produk), adehh parah :D

      Delete
    3. hahaha. risiko tu memang tak boleh elak lah. nak untung, pasti bersedia untuk merasa rugi. hehe

      Delete
    4. Nak untung je boleh tapi macam last talk kita tempoh hari memang tak panjang pun kan.. Tapi ada buisness lain jangka panjang dan takde harga turun punya.. If you know what i mean :P

      Delete
    5. yeah, ada yang lebih konsisten bagi income insyaallah. :)

      Delete
    6. Saya pakai trafficwave, pada saya terbaik sebab walaupun list dah banyak, yuran dia tetap (fix) je (usd17.95). Team yg saya masuk ni pulak ada teambuild..kerja promosi dibuat secara berkumpulan, ada formula camna nak guna secara free. Sekarang sy guna autoresponder secara free je sampai bila-bila..memang best!

      Delete
  15. tengah belajar strategi ni
    terima kasih entri ni byk membantu

    ReplyDelete
  16. Betul, pemasaran email ni memang berkesan. Tapi ada juga yg salah guna. Mereka curi jutaan email ntah dari mana ntah. Pastu blast email promosi. Cara yg salah, tapi masih ramai yg guna.

    ReplyDelete
  17. Aim target, shoot and grab.. kena cara memang masyuk.. ko bila nak lanje kepsi? aku tuntut ni.. kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la gombak. bukan jauh pun dari tempat ko kerja tu kann. hehe

      Delete
  18. singgah sini dari entry blogger remaja blog HH :))
    SELAMAT BERKENALAN, jemput singgah blog Syira ye ..dah berwajah baru :)

    ReplyDelete
  19. Hmm.. belum terfikir untuk marketing through email. Tapi boleh ditanda untuk kegunaan masa depan.

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts