Akhirnya setelah seminggu lebih aku bercuti, dapatlah jugak aku curi masa sikit untuk update blog ni. Maaflah kepada yang rajin singgah tapi takda apa yang baru.
Banyak yang aku pelajari dalam beberapa minggu ni termasuklah terjebak dalam dunia internet marketing yang mana sangatlah baharu bagi aku. Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu yang berguna untuk akan datang.
Melibatkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan dan bentuk jana pendapatan sampingan ni pada aku bukan sahaja membuka mata kita untuk melihat peluang yang ada tetapi kegunaannya untuk masa akan datang juga.
Daripada pemerhatian aku sendiri, dalam perniagaan internet ini lebih tertumpu kepada teknik promosi yang digunakan. Ya, ada banyak teknik promosi yang boleh kita gunakan untuk meningkatkan jualan kita.
Pemasaran Email Menjamin Keuntungan Lebih Baik
Antara yang paling popular ialah teknik pemasaran email yang digunakan oleh ramai otai-otai usahawan internet pada masa sekarang. Dalam sistem jual beli itu sendiri, jualan akan lebih banyak terhasil jika kita berinteraksi terus dengan prospek pembeli dan pemasaran email adalah yang paling berkesan sekali.The secret to getting more sales from your lists is to create small campaigns for each, and always be reaching out to touch those people.
Namun, bagaimana cara yang harus kita ambil untuk mendapatkan prospek kita sendiri juga harus diambil kira. Memandangkan kos untuk email autoresponder juga sudah memerlukan kos yang tinggi jika prospek kita semakin ramai, itu bukanlah satu halangan untuk kita menidakkan teknik promosi pemasaran email ni.
Sebagaimana yang aku bagitau sebentar tadi, targetted email list memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, beberapa teknik tarik trafik untuk mengumpul prospek pembeli yang berkesan haruslah menepati beberapa kriteria tertentu.
Idea yang baharu sahaja aku fikirkan dalam beberapa minggu menceburi bidang pemasaran internet ini mungkin boleh diambil manfaat untuk anda sekalian. Teknik ini adalah merupakan teknik aku sendiri yang meminimumkan kos pengelenggaraan kita.
Mailing List Prospek Pembeli Sebenar
Membina landing page yang professionalLanding page yang nampak professional biasanya meningkatkan lagi tahap keyakinan pembeli kepada produk yang ingin kita jual disamping menerapkan ayat yang menarik perhatian pembeli.
Namun bagi aku juga, menggunakan platform blog personal juga mempunyai kekuatan tersendiri dengan menjadikan diri kita sebagai testimonial yang pernah mencuba produk tersebut sekaligus memberi kepercayaan kepada produk yang ingin kita jual.
Memberikan bahan bernilai secara percuma
Teknik ini lebih menjurus kepada teknik mengumpul email list yang berkesan dengan memberi satu bahan yang mempunyai nilai yang tersendiri seperti bahan yang biasanya dijual tetapi kita berikannya secara percuma kepada prospek kita.
Menentukan bahan yang ingin diberikan juga haruslah berkaitan dengan jenis produk yang ingin kita jual kerana mereka yang mendaftar ini pastinya mereka yang serius ataupun memang berminat untuk mendapatkan produk anda tersebut.
Selari dengan autoresponder yang berbayar, jadi jangan takut untuk mengeluarkan modal kerana insyaallah pulangannya nanti pasti lebih berbaloi.
Follow up email yang sistematik
Memandangkan sistem autoresponder ini menggunakan sistem balas email secara automatik, jadi eloklah kiranya kita menetapkan teknik yang sesuai bagi follow up email kepada prospek kita.
Sistem follow up email ini pada aku terbahagi kepada dua, yang pertama adalah untuk jualan secara pasif (tanpa closing date) dan yang kedua ialah secara aktif (dijual beberapa hari sahaja).
Namun keduanya tetap mengaplikasikan teknik penjualan yang lebih kurang sama di mana keduanya akan menggunakan 3 perisian email utama :
1. Pertamanya ialah pendahuluan, terima kasih dan pengenalan.
2. Kedua, pengisian produk, kandungan. soft-selling dan lebih kepada mesra pembeli.
3. Ketiga, menumpukan kepada urgency ataupun teknik yang agak memaksa sedikit supaya mereka lebih cepat bertindak, closing date dan sebagainya.
Checklist Jika Kurang Berkesan
3 perisian utama (list building recipe) tersebut bagi aku cukup penting dan jika sudah mencapai tahap ketiga, anda masih belum mendapat jualan, maka beberapa langkah harus dilihat semula seperti :1. Ayat yang digunakan mungkin tidak bersesuaian dengan jenis prospek produk kita. Ayat yang digunakan haruslah berbeza bahasanya bagi setiap kategori produk, begitu juga target prospek kita sama ada lelaki mahupun perempuan, pelajar atau sudah bekerja, masih bujang atau sudah berumahtangga.
2. Landing page kurang menarik untuk mereka membeli. Kekuatan untuk menjana jualan adalah kepada keyakinan dan kepercayaan pembeli jadi sebab itu pentingnya menimbulkan keyakinan pembeli terhadap kita.
Ini adalah antara yang aku pelajari dalam dunia pemasaran internet. Sungguh tak aku sangka banyak lagi ruang yang harus diperbaiki dalam usaha mencari pendapatan sampingan dengan internet ni.
Perkongsian ini juga adalah idea aku sendiri daripada pemerhatian, pemikiran dan minat mendalam dalam dunia blogging + pemasaran internet. Aku juga tak pernah menghadiri sebarang kelas marketing, webinar dan sebagainya jadi segala kekurangan, harap dapat dikongsikan di ruangan komen di bawah.
p/s : perkongsian ini juga kepada mereka yang pm inbox facebook mengenai soalan pemasaran internet yang aku lakukan.
Memandangkan aku sendiri sibuk dengan tugasan aku sebagai pelajar, perkongsian ini sebagai ganti kepada mereka yang minta aku buat kelas SEO, study case dan internet marketing. Insyaallah akan datang kalau berkesempatan aku cuba buat kelas untuk anda semua.
Share :
aku lebih suka guna blog. Tapi tak dinafikan kalau guna pemasaran email ni..berkesan untuk niche tertentu sahaja. Tak semua niche leh masuk dan sesuai untuk buat duit. Kalau pemasaran blog, semua jenis niche leh sebat. haha..
ReplyDeleteKalau gabung kedua-duanya jadi lagi hebat.
DeleteDan ada list yang responsif lagi bagus daripada trafik blog yang banyak, bukan? :)
betul tu. kalau blog ni kita boleh goreng pape je. hehe
Deleteblog + emel marketing...mmg boleh kebabooom!
Deletethanks masta shah!
tudiaaaa panjang aihh -_-
ReplyDeletependapata ek? :3
typo lah. dah betulkan.
Deletepemasaran email kalau digabungkan dengan blog akan menjadi lebih baik. Blog untuk mencari pelanggan manakala pemasaran email untuk follow up pelanggan yang diperolehi daripada blog.
ReplyDeletebetul tu. blog medium terbaik cari pelanggan. email sebagai medium interaksi dengan pembeli. itu sahaja.
DeleteAssalammualaikum...khai,
ReplyDeletedulu mselim3 pernah gak terlibat dengan e-mail marketing.. sebab masa tu , penangan e-book.. untung 100% . Modal kecil untung besar janji pemasaran menggunakan e-mail kena dan tepat pada golongan sasaran.. Janji rajin dan tak cepat putus asa. Tapi sekarang lebih tumpu pada blog aje..
mselim3
sasaran yang tepat tu pun penting jugak. jangan silap target sudah lah. rugi je nanti.
Deletetgh pulun belajar pasal bab ni selain SEO.. boleh dikatakan email marketing antara senjata pakar affiliate.. :)
ReplyDeleteSEO tarik trafik, email marketing untuk interaksi dengan prospek. jangan sia-siakan. jangan putus asa belajar SEO tuan! (Y)
DeleteAku pernah jugak 'terbuat' emel marketing cara 'org takde duit'...mmg kdr keberhasilannya lebih tinggi berbanding klik yg diperolehi melalui blog.
ReplyDeletetinggal nak kena laburkan modal dan usahakan apa yg bro tulis kat atas tu...
thanks bro utk perkongsian ni! terbaik bro
cuba-cuba dulu bro lama-lama mahir lah nanti. teruskan! ada masa nak personal coach, tau kan kat mana nak cari aku. macam biasa lah. hehe
Deletemasih terkial2 tentang pemasaran guna email...
ReplyDeletefokus pada trafik generation dulu bro. sebab tanpa impression, tak ada lah prospek. guna la SEO ke adword ke fb ads.
Deletesaya booking kelas online dengan bro!..terbaik perkongsian ini..
ReplyDeletebooking kelas online? haha. kelas online saya kat sini je bro. kalau personal tu dah lain cerita dah. sebab itu makan masa saya jugak, tenaga dan lain-lain. :P
Deleteaku masih guna blog je
ReplyDeleteblog pun power jugak, masih ada kekuatan tersendiri jugak bro. bagi dalaman power dulu baru google suka.
Deletetak pernah try lagi pemasaran email ni..tak pernah tergerak hati nak buat huhu
ReplyDeletemantap! otai baru sedang dilahirkan.. :D
ReplyDeleteotai? hehe aku masih petai je bro. masih belajar. mari la sesama belajar, ambil mana teknik yang sesuai dengan diri kita.
Deletesemua ada trick nak jada duit sah bukan mudah semua pelru perancagan betul
ReplyDeletebetul tu suri. yang penting perancangan kena jelas.
Deletedah penah buat..memang best hasilnya..tapi susah sikit nak maintain..sebab kekangan masa juga..dh buat..susah nak tinggalkan..nak follow up message tu kekadang malas..:P
ReplyDeleteagak ar. layan karenah diorang ni nanti, soalan kemain banyak. hehe
DeleteOpps kawe pun sibuk bercuti last two weeks. Sama lah kita ehhh. Btw, e-mail marketing ni adehhh tak larat lah.. too costly dan banyak ambil masa. Kalau tak tahan hati, payah ehhh. Ni kerja marketer full time je.
ReplyDeletebetul tu bro. memang costly, mau paling cikai pun 30USD sebulan untuk autoresponder je. yang penting kita try bila blogger jadi IM. :P
DeleteMasaalahnya bila yg cikai tu mmg cikai betul. Abis duit je guna. Satu-satunya autoresponder yg kawe cuba dan puas hati ialah Aweber. Tapi hang tau la brp sebulan nak bayar. Tu belum lagi bila list dah banyak, kena upgrade. Masaalahnya bila dalam list dah banyak tapi bila kita e-mail nobody respond (beli produk), adehh parah :D
Deletehahaha. risiko tu memang tak boleh elak lah. nak untung, pasti bersedia untuk merasa rugi. hehe
DeleteNak untung je boleh tapi macam last talk kita tempoh hari memang tak panjang pun kan.. Tapi ada buisness lain jangka panjang dan takde harga turun punya.. If you know what i mean :P
Deleteyeah, ada yang lebih konsisten bagi income insyaallah. :)
DeleteSaya pakai trafficwave, pada saya terbaik sebab walaupun list dah banyak, yuran dia tetap (fix) je (usd17.95). Team yg saya masuk ni pulak ada teambuild..kerja promosi dibuat secara berkumpulan, ada formula camna nak guna secara free. Sekarang sy guna autoresponder secara free je sampai bila-bila..memang best!
Deletetengah belajar strategi ni
ReplyDeleteterima kasih entri ni byk membantu
Betul, pemasaran email ni memang berkesan. Tapi ada juga yg salah guna. Mereka curi jutaan email ntah dari mana ntah. Pastu blast email promosi. Cara yg salah, tapi masih ramai yg guna.
ReplyDeleteAim target, shoot and grab.. kena cara memang masyuk.. ko bila nak lanje kepsi? aku tuntut ni.. kahkah..
ReplyDeletemai la gombak. bukan jauh pun dari tempat ko kerja tu kann. hehe
Deletesinggah sini dari entry blogger remaja blog HH :))
ReplyDeleteSELAMAT BERKENALAN, jemput singgah blog Syira ye ..dah berwajah baru :)
Hmm.. belum terfikir untuk marketing through email. Tapi boleh ditanda untuk kegunaan masa depan.
ReplyDelete