Adakah keyword Pakar SEO Malaysia itu menjadi penanda aras tentang siapa yang lebih pakar SEO? adakah disebabkan carian tertinggi di google dengan keyword tersebut sudah boleh diangkat menjadi pakar?
Satu perkara aku nak jelaskan, permainan keyword di google ini tiada beza pun dengan perlawanan contest SEO yang lain, yang berbeza hanyalah keyword yang dirankingkan dan sebenarnya tidak membawa sebarang makna sekali pun. Jadi jangan sempitkan pemikiran hanya disebabkan permainan keyword semata-mata.
Tiada istilah menunjuk ataupun membangga diri apabila artikel kita di carian tertinggi bahkan kita akan lebih selesa jika dianggap sebagai orang biasa yang hanya menulis sekadar berkongsi ilmu semata-mata dengan harapan ianya memberi manfaat kepada pembaca blog kita. Itu sahaja.
Bahayanya Menyertai Contest SEO
Baru-baru ini, aku menerima satu pertanyaan berkaitan SEO yang menyatakan bahawa :Apakah bahaya daripada menyertai contest SEO yang dianjurkan dan apakah kesan buruk kepada penganjur dan pesertanya.
Sebenarnya banyak kelebihan daripada keburukan daripada menyertai contest SEO. Antaranya ialah :
- Kita dapat tahu sejauh mana tahap autoriti yang google berikan kepada blog kita sama ada ianya cukup bagus, cukup disayangi google ataupun masih ditahap mancari hala tuju di carian google.
- Memberikan kelebihan kepada blog yang menyertai contest kerana dengan menyertai contest seumpama itu, maka terhasil lah satu entri yang memenuhi keperluan SEO google sekali gus memberikan sedikit SEO point kepada domain tersebut untuk dirankingkan di carian tertinggi google untuk artikel-artikel yang lain.
- Dapat berkenalan dengan blogger lain dengan kunjungan balas sekali gus membina jenama kita dalam dunia blogging melalui hubungan yang terjalin antara blogger.
Namun, satu perkara yang harus diingat, permainan keyword yang ingin dirankingkan jugak haruslah diambil berat. Ini kerana penggunaan keyword yang salah boleh mengakibatkan kita memberikan informasi yang salah kepada pengguna google itu sendiri.
Sebagai contoh, keyword "Laman Sosial Paling Popular di Dunia", jikalau entri yang menyertai kontest SEO tersebut tidak menceritakan pun laman sosial seperti facebook dan twitter yang sememangnya popular malah menceritakan satu laman sosial yang baharu untuk tujuan promosikan laman sosial yang baharu tadi.
Dari segi promosikan laman sosial yang baharu memang tidak salah tetapi keyword yang digunakan tersebut adalah salah di sisi google kerana memberikan maklumat yang salah kepada pengguna google yang memerlukan fakta yang betul.
Contoh keyword lain yang dirankingkan seperti "pakar SEO Malaysia" tempoh hari, jikalau pihak google dapat kesan yang artikel yang menduduki antara carta teratas adalah sekeping gambar sahaja, pastinya artikel tersebut adalah artikel yang memberikan maklumat yang salah kepada pengguna google.
Akibatnya, domain yang memberikan maklumat yang salah itu boleh jadi diban terus daripada carian google. Jadi berhati-hati ketika kita menyertai contest SEO, pastikan keyword tersebut tidak menyalahi terma google.
Dan satu lagi kesan negatif yang aku baru jumpa ialah kes yang sama seperti masalah di atas. Penggunaan keyword yang mungkin salah juga menjadikan sesetengah orang beranggapan ianya seperti suatu yang serius dan fakta sedangkan keyword tersebut tiada bezanya dengan merangkingkan keyword-keyword yang lain.
Share :
ok aku ambil contoh kau tu kan, Google boleh tau ke tajuk kita tu misleading kalau kita tulis dalam bahasa melayu? Hehehe
ReplyDeleteaku rasa google ada penanda aras yang translatekan semua artikel kat dunia alam maya ke bahasa inggeris. kes-kes misleading tu biasanya kalau yang menyalahi fakta besar je aku rasa, kalau setakat misleading yang kecil ni, entah. lepas jela kot. hahaha
Deletesatu lagi keburukan adalah google mgkn dismiss blog2 yang menaikkan satu keyword trend ataus panas dgn secara mendadak dalam satu2 masa.. jd, nak tengok contest, kena usha dulu keyword ape yang nak dipertandingkan..
ReplyDeletekalo keyword "abam paly", memang konfem ok.. takde masalah :p
nak join contest*
Deleteowhh. betul jugak tu. thanks bro sudi kongsi pendapat. (Y) meh ko buat kontest "abam paly" meh. hadiah bank in RM100k! :v hahaha
DeleteAssalammualaikum... khai,
ReplyDeletemselim3 ada jugak baca pasal artikel yang ada byk tag .. google akan anggap spam... tp artikel kita berkaitan(related) .. bukan mainan keyword semata2.. adakah google akan kena kan penalty pada blog kita? dan apakah tanda2 blog kita kena penalty... pengalaman khai lah.. cer cita...
"sharing is caring"
mselim3
waalaikumsalam mselim3. ya memang penggunaan tag yang banyak pun dianggap spam keyword dengan rel="tag" kerana tag itu pada dasarnya adalah keyword lain yang melabelkan sesebuah entri. seeloknya tag/label tidak melebihi 5 supaya tidak dianggap spam tag oleh google.
Deletecontoh kena penalti yang biasanya kita dapat lihat adalah pada jumlah trafik yang datang ke blog kita. kalau trafik yang datang ke blog kita datangnya daripada google search itu sendiri, kehilangan ranking artikel kita di SERP pastinya memberikan kesan kepada jumlah trafik yang diterima.
Jika ini terjadi, seeloknya perhatikan kembali beberapa artikel yang terdahulu yang memungkinkan dikenakan penalti google, dan kemudian cuba baikpulih artikel tersebut. jika masalah SERP berlarutan, boleh hantar tiket ke google support untuk tujuan reconsideration. harap membantu.
tag tu lebih baik satu perkataan atau banyak perkataan? contoh
Delete1) kita
2) kita comel
mana satu lagi mantap dalam SERP dan tidak menggangu haiwan Google?
yang kedua. gunakan tag yang bervalue. tag ni bukan satu perkataan keyword gitu. dia boleh jadi banyak word dalam satu tag. yang penting bervalue.
DeleteBetul ker keyword Pakar SEO Malaysia di politikkan? tak faham sangat sebenarnya huhuhu..
Deletebtw.. saya masih tak jelas penerangan di atas tentang soalan bagaimana nak tahu kalau blog kita diban...atau kena penalti..
lihat pada jumlah trafik tu maksudnya macamana? adakah jumlah semakin berkurangan? Adakah kita akan dimaklumkan bahawa blog kita diban?
kita akan dapat lihat jumlah trafik kita akan menurun secara mendadak kerana artikel kita dicarian google sudah dihapuskan. kehilangan kedudukan artikel kita di carian google semestinya memberikan kesan kepada jumlah trafik yang datang.
Deleteada yang dimaklumkan dan ada yang tidak. kebiasannya yang mendapat makluman ialah artikel kita tu dilaporkan sebagai artikel yang disalahguna seperti copy paste artikel, artikel yang biasanya menjadi hak orang lain. (Agak susah nak dijelaskan).
yang kedua tidak diberitahu kerana atas sebab-sebab yang melanggar etika google itu sendiri dan bukan disebabkan laporan dari pihak orang lain.
tapi kesannya tetap sama iaitu penurunan trafik secara mendadak akibat kehilangan kedudukan di carian google engine seperti yang dinyatakan di atas.
terima kasih ya.. beri penjelasan... :D
DeleteKadangkala ianya tak semestinya tepat bergantung pada kehendak :)
ReplyDeletegi buat kerja. gi buat kerja.
ReplyDeleteabaikan tu semua. haha
hahaha. kerja aku memang bersepah ni bro. tapi ngadap blog paling best. camano ehh.
Deletenice sharing on seo....
ReplyDeletethanks sudi singgah sini Rossa Calla.
Deletesangat menarik untuk dibincangkan ...terutama oleh pakar seo Malaysia!
ReplyDeletehaha aku ni rajin bt contest...tp tau ada org ckp contest seo xbagus klu bt haha..macam pelik aje kn..
ReplyDeletekena hati-hati bro dengan keyword kalau nak buat kontest. dia tak ada la masalah besar sangat, cuma berjaga-jaga lah. :)
DeleteSesetengah orang mungkin beranggapan sekiranya keyword panas itu berada di carian atas google mereka sudah dianggap pakar seo tetapi bagi aku ianya tidak lebih daripada percubaan untuk menguji on page seo blog aku sendiri tanpa melakukan off page seo.
ReplyDeleteya, eloknya memang begitu. kita cuma nak ukur sejauh mana kekuatan blog kita, tak ada cerita lebih. itu sahaja.
DeleteDulu macam pernah kena penalti..
ReplyDeleteSekarang dah ok balik...banyak belajar seo dengan join contest seo
Aku tak pernah pakai pun keyword tu. Banyak lagi keyword lain yang boleh dimanfaatkan disamping memberi maklumat yang betul.
ReplyDeleteAik ada isu ke? kita thot just suka-suka, bukan contest pun kan..Hmm..susah jugak kalau macam nikan..
ReplyDeleteada isu sikit tapi tak ada lah heboh sangat. setakat cakap belakang sahaja. memang suka-suka je pun. ambil contoh macam kontest SEO "10 Blogger Terbaik Malaysia" suatu ketika dahulu. Bagi para peserta mungkin ianya hanya idea dan pandangan kita tentang siapa blogger terbaik di Malaysia. Boleh jadi peserta memilih orang yang salah/citarasa pilihan sendiri.
Deletetetapi bagi orang yang benar-benar mencari siapakah blogger yang benar-benar terhebat, maka mereka akan mendapat fakta yang salah. Begitu lah antara kesan buruk kepada pembaca blog jika kontest SEO tersalah keyword.
Dan semestinya ini memburukkan lagi reputasi google itu sendiri dan seperti yang dinyatakan, domain kita boleh dihapuskan oleh google kerana menyediakan fakta yang salah kepada pengguna google. :)
Ish ish ish .... hmmm ... tak tahu nak kata apa ... cuma satu je, bertanggungjawablah dengan apa yang anda mahu lakukan dengan dunia internet ini, dan blog anda.
ReplyDeleteItu sahaja.
Thanks for advice belajo2 buat seo
ReplyDeleteThanks atas maklumat dan info berguna.. Walaupun aku tak pandai main SEO..
ReplyDeletebolehkah bantu akak untuk dapatkan google adsense..blog akak masih belum daftar dengan adsense lagi
ReplyDeletehttp://urapulampegaga.blogspot.com/
ebertcomel@gmail.com
Dulu ada juga peluang nak menang contest SEO, tapi sekarang SEO semakin sukar diramal, sekejap je di page 1 dan terus menjunam tanpa ada kenaikan.
ReplyDeleteermmm...
ReplyDeleteSusah nak cari siapa pakar seo malaysia. Ada yang kata pakar. Bila cari lebih spesific, pakar seo. Blog indonesia yang banyak naik page 1.
ReplyDeletePerghh..boleh tahan. Bahaya gak r.. stanzaku
ReplyDelete