Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik!

Tuesday, May 20, 2014

Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik! Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk seminar Missing Chapter 2014 anjuran Tuan Jamal, sifu FbAds Malaysia.

Seminar Facebook Ads Missing Chapter 2014 Terbaik!

Mungkin ramai yang dah tahu dan mengenali seorang insan bernama Tuan Jamal yang menggelar dirinya Sifufbads. Ya, memang dia sifu dan master dalam segala tools yang disediakan di facebook. Segalanya!

Facebook marketing merupakan salah satu lagi lubuk untuk melebarkan sayap perniagaan kita di laman sosial tersebut, dengan jumlah pengguna facebook sendiri yang begitu ramai, maka tiada yang mustahil untuk menjana ribuan ringgit dalam masa sehari!

Aku begitu kagum dengan petah beliau berbicara di hadapan ratusan usahawan yang mencari ilmu, tidak lupa juga yang sanggup datang dari Terengganu, Johor dan rasanya ada yang dari Sabah dan Sarawak juga semata-mata untuk mendengar seminar beliau.

Kekuatan beliau dalam mengolah setiap tips dan teknik begitu telus, detail dan rasanya tidak akan ada di mana-mana ebook, video atau apa juga di carian internet. Tiada ayat 'gula-gula' bagai semua tapi penuh dengan content yang mebuatkan semua terpaku tekun untuk mendengar.

Fanpage Sebagai Alternatif Website

Itulah gambaran yang aku dapat daripada seminar tersebut. Fanpage korang tu sebenarnya merupakan gantian laman sesawang milik kita bukan sepenuhnya tetapi cara penjagaannya haruslah sepertimana kita menjaga blog kita sendiri.

Kerana di fanpage itulah terdapatnya prospek pembeli kita. Daripada likers yang kita peroleh itu lah yang akan menjana pendapatan bagi kita. Baik dari segi engagement, copywritting yang menarik perhatian, segalanya lengkap sepanjang seminar itu diadakan.


Fanpage umpama kedai alam maya kita di facebook yang mana kita berinteraksi dengan pembeli yang singgah kedai kita untuk berjual beli.

Apa yang menjadi masalah bagi sesetengah orang ialah aktiviti membeli likes itu sendiri sebenarnya tidak bagus kerana mereka bukanlah targetted buyer kita. Memang patut pun kita duk promote produk kita sampai habis air liur pun takda sale jugak. 

Teknik bidding juga diajar satu persatu di mana setiap bid seperti CPC, CPM, OPCM mempunyai tujuannya yang tertentu. Teknik ini pada aku sangat penting bagi mengurangkan kos perbelanjaan kita untuk mendapatkan targetted prospek. 

Kalau silap, boleh jadi rugi besar! Itu pentingnya ilmu dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Jadi jangan takut untuk melabur untuk ilmu yang bermanfaat. Lebih baik bayar RM100 untuk hadir seminar daripada rugi RM1000. :)


Fanpage Dengan Website. Mana Lagi Bagus?

Pada aku, dua-dua bagus. Pertama, fanpage kita di facebook tu bukan 100% kita punya. Jadi kita tak boleh nak tergantung terus dengan fanpage. Kita perlu ada satu aset simpanan database kita sendiri untuk client kita.

Sebagai contoh, facebook berhak untuk unpublish page yang dirasakan melanggar etika facebook. Apa etika facebook? erkk maaf lah aku tak kaji pulak algo facebook ni. haha.

Tetapi apa yang pasti, aku sangat berpuas hati dengan seminar yang diadakan tempoh hari. Sifu Jamal, anda memang hebat! Jarang saya jumpa seminar yang siap ada buat demo depan orang ramai buat ads ala-ala bengkel camtu. Siap tunjuk terus sales yang terjana! Mantap!

p/s : Aku diinterview untuk testimoni seminar haritu. Mintak-mintak masuk video. hehe. Oh lupa mention, blogger Azri Johan pun datang jugak.


Share :

13 comments

  1. Perggghhh..terbaiklah bro!

    Itu baru betul2 sifu...fuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jugak kat ko bro atas perkenalkan beliau dengan aku. memang dialah orangnya yang aku cari. nice!

      Delete
  2. Lupa nak komen pakai name url...hahhaah

    ReplyDelete
  3. Aku dpt tiket tapi nak g ada urusan lain :'(

    ReplyDelete
  4. saya punya fanpage pun pernah kena unpublish sebelum ni

    ReplyDelete
  5. memang terbaik laa seminar haritu.. tatau lak tuan pun pergi... saya pun ada masa nie.. kalo tak leh berkenalan..

    ReplyDelete
  6. Kene tau semua tu. Baru kita nampak perbezaannya tentang pemasaran facebook, google ads, email dan blog. Hoho..lepas tu baru kita leh set target yang kita nak.

    ReplyDelete
  7. Fanpage sekarang ni dah tak terurus, sekadar update agar terus aktif sahaja. Kekangan masa membataskan segalanya tetapi jika punya matlamat pemasaran, memang FB tidak boleh dipandang rendah. Ianya lubuk sasaran penting kerana jaringan penggunaannya yg luas dan ramai. Semoga matlamat anda tercapai!

    ReplyDelete
  8. Kita ada dua-dua. FB & fanpage. Tapi dua-dua tak aktif..he..he.Tapi tak dinafikan ianya strategy yang baik untuk marketingkan..

    ReplyDelete
  9. Guna saluran yang betul disedikan oleh Facebook untuk pengiklanan. Barulah berhemah.

    ReplyDelete
  10. Patut kawe yg pegi ehh.. Masih terkebil-kebil lagi memikirkan cam ne nak make full use FB page ni..

    ReplyDelete
  11. Memang sesuai menghadiri seminar seperti ini sekiranya mahu buat bisnes secara online. Menjemput prospek datang menjenguk produk kita.

    ReplyDelete
  12. Memang padat dengan info dan ilmu seminar ni. Kalau tak pernah buat FB Ads, mau krem kepala nak absorb semua ilmu yang diturunkan.

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts